Assalammualaikum dan selamat pagi ! Hehe.. Bertemu kita lagik dalam blog sesengal ubi keledek aku ni. Hehe. Hari ni, aku update live dari Plaza Alam Sentral ! Haha.. Kat mana? Kat Shah Alam la.. Miahahahaha.. Well .. Kejahatan disitu ye.. Hehe..
Baiklah, oleh kerana kini aku di tempat kerja dan sedang bersenang lenang, jadi mari aku share dengan korang 3 Tanda orang baru hendak bangun tido ! Hehe.. Mesti korang tau kan? Aku tak kira, tak kira ! Nak share jugak ! Hehe.. Ayuhhhhhhhh....
- Tanda Pertama
- Okeh, bila orang baru bangun tido ni kan, terdapat satu kelainan pada tone suara dia ! Yeee. Suara diorang akan bertambah kegarauan dan kelihatan seperti Jamal Abdillah sikit. Hehe.. Percayalah, walau diorang cover suara camne sekali pun, diorang takkan mampu untuk mengatakan, " Weh, aku dah lama bangun okeh !" Hahaha.. Kan kan kan?
- Tanda Kedua
- Bentuk lingkungan mata pasifik berubah bentuk ! Haha.. Ini satu fenomena aneh yang biasa terjadi bila seseorang itu terpaksa diganggu waktu tido mereka dan bergegas ke sesuatu tempat, sama ada nak jumpa kawan, lawan dan alien. Haha.. Alaaa.. Senang cerita, kebengkakan mata la.. Hehe..
- Tanda Ketiga
- Tanda terakhir ni ada hubung kait dengan tanda kedua. Lebih kurang macam tali persaudaraan tu utuh la. Hehe.. Nak tau apa dia? Kesan bijih atau dedebu pasir kering di mata, dan pinggir bibir. Hehe. Kadang kadang ia sebesar beras, kadang kadang hanyalah sebesar kelemumur ~ Hehe.. Elehh.. Takmo ngaku konon ! Betul la tu ! Haha
Itu la sedikit sebanyak tanda tanda yang aku sendiri alami ! Haha. Jangan terkantoi sudah ! Double check itu penting okeh, bak kata Shah Rukh Khan lagi
" Humko Humise Churalo ... "
Bila diterjemah jadi.,.
" Humm.. Ko dah hamis, cer mandi dulo ! "
Challow beteee !! :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks