Tampilkan postingan dengan label mimpi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mimpi. Tampilkan semua postingan

9 Mimpi Rasulullah S.A.W


















       Selamat malam para pembaca ! Apa kata sebelum tido ni, jom renungi isi tersirat dalam mimpi mimpi Nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau di Israq Mikrajkan !




Nabi Muhammad saw bersabda:




"Sesungguhnya aku telah mengalami

mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"







1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.




2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.




3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.




4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.




5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku
seraya duduk disebelahku.




7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.




8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.




9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.







BERSABDA RASULULLAH SAW,



     "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"







Sumber dari Halaqah.net 







Read more »

Kalau lah......



Salam Jumaat sahabat sahabatku sekalian !
Sihat ke tak nih? hehe..
Semalam kan, aku bermimpi sangat best..
aku mimpi apa? haha..
aku mimpi aku jumpa satu TUPPERWARE yang boleh tunaikan 5
permintaan, hehe korang gelak eh?
tupperware tu macam yang kita dok bubuh kuih raya tuh..
ala.. yang bulat bulat tu.. hehe
dapat tak gambaran dia? haa.. bagus2..
dan dalam mimpi aku tu, aku tengah dok sedap sedap jogging,
tetiba je jumpa itu barang..
hehe dan tupperware tu siap keluarkan kuih raya lagi.
hehe dan syarat dia , kena makan kuih raya dulu , bru boleh buat hajat.
bukan buang hajat taw! hehe
oke.. tanpa membuang dan memanjangkan masa,
aku hanya sempat buat satu hajat je.
hehe nak taw apa hajat itu?
erm.. aku mintak la nak semua orang diberi layanan sama rata!
hehe eceh.. sebab aku tengok kan, ramai sgt orang pilih kasih skang nih,
aisey, nak kerja pon kena ada kabel, nak sambung study kat Universiti kerajaan pon kena ada kabel,
tapi kereta kabel taknak plak naik ! haha
dalam blog pon lebih kurang camtu gak la, haha kan kan ?
mari kita pikir sesama!
oke , berbalik pada mimpi aku tadi, aku sempat buat satu hajat ja kan?
sebab lagi 4 hajat tu aku dah terbangun tido dah, dek kerana langsir dok belai idung aku..
haishhh... pastu, aku try la jugak tidoq balik, kot kot lah bersambung kan,
tup tup mimpi lari lari plak dah.. lari kat highway LPT ! haha
oke lah, aku nak pi lari lari anak ke kedai nih.
hehe .. take care !
dan trima kasih sbb singgah ke blog
SENGAL ZONE
=)
Read more »