Tampilkan postingan dengan label lawak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lawak. Tampilkan semua postingan

Hari Isnin Oh..





Assalamualaikum..  Kehadapan dan kebelakang serta ke kiri dan kekanan wahai pembaca pembaca blog Sengal Zone sekalian Universe ! Whoaaaaaa.. Isnin dah kan hari ni? Patut la aku terasa kebosanan.. Haha.. Well.. Aku yakin seyakinnya korang pon mesti bosan gak kan? Ada tak rasa lemau? Korang ni kuih raya ke hape? Haha..





Okeh, sambil sambil korang sedang menjalankan aktiviti korang tu kan, apa kata korang dok bersandar kejap.. Sandar je la kat mana pon.. Sandar pada dinding ke, sandar pada pokok ke, sandar pada kenangan pon boleh.. Haha.. Dah sandar eh? Bagus..





Sekarang ni try pulak ambik sebatang pen or pensel kan.. Kepitkan diantara muncung korang.. Kemudian bangun dengan hati hati, jalan pergi kedapur, jangan bagi pen atau pensel tu jatuh tau.. Sampai dah dapur? Bagus.. Sila bancuh milo ais untuk aku.. Dengan cara sebegini, confirm korang takkan bosan.. Korang mesti ulangi aktiviti tu tetiap hari Isnin okeh..  Nescaya korang takkan jadi lemau seperti kuih raya lagik..





Ekceli, entri aku ni pon ada berbaur lemau selemau lemaunya nih.. Idea aku tepu dan membeku nih.. Camne eh? Nak hempuk pala kat kusyen ke hah? Tak pun hempuk kepala dalam tepung gandum? Haha.. Okeh la, aku nak pergi berlari lari depan mak aku jap ni.. Untung untung kena sound kan.. Haha.. Chowwwww...







Koyok Ditempek  :  Hua Hua.. Korang dah baca Novel Exclusive Sengal Zone? Alaaa.. Yang Haikal dan Nur tu laa.. Hehe.. Nak tau tak Haikal Dan Nur (Siri 2) dah siap dah. Tapi, aku rasa macam malas publish lagik.. Lalalala.. Melainkan ada orang buatkan aku Milo ais baru aku publish ! Haha.. Kekejaman berleluasa.. :P
Read more »

Krim Kekal Cantik Selalu !

Assalamualaikum ! Anda inginkan muka yang anjal, pejal, kejal dan jugak mantappp? Ingin jugak kelihatan muda senantiasa? Bercahaya , berseri dan ber ber ber lain lagi? Jangan risau mudah saja tu.. di Sengal Zone, kami ada jawapan bagi semua itu.. Hehe.. Terima la produk terbaru dari Sengal Zone ! Iaitu krim Kekal Cantik iaitu Sengal - Da ! Krim yang mampu menegangkan kaki dan jari jemari anda.. Jeng jeng jeng... Saksikan laaaaa ( Gaya Iwan dangdut )







Krim Sengal - Da 





" Kecantikan itu mudah dikecapi dengan ada nya Photoshop ! "








Hehe.. Nak order? Boleh boleh, taip Sengal-da dan hantar ke NO JIRAN anda.. Okeh? Selamat hari Jumaat !!!! Okbai !






Koyok Ditempek  :  Aku pakai Fair and Lovely mak aku punya tadi.. Mana la tau, kot kot transform jadi Lee Min Ho kan.. Err.. Bangga kejap.. Miahahaha.. :P


Read more »

Lagu Raya Yang Super Fail !





Assalamualaikum !! Raya ketiga dah kan hari ni? Hehe.. Still mau pergi beraya? Ermm.. aku mengesyorkan korang membawa sekali lagu raya yang bakal memukau dan mengeletek gegendang telinga sahabat taulan anda nanti.. Hehe.. Ekceli, lagu ni aku dapat dari page member UNISEL aku.. Dek kerana aku tergerak hati nak klik dan play, maka terpancul dan terhasil la satu nada yang memang sungguh mengasyikkan jiwa tapi di exposekan dalam versi lagu raya yang memang FAIL laaa bagi diriku.. Miahahahaha.. Kejam tak aku? Tak kejam? Errrr.. Korang tengok la sendiri video kat bawah ni okeh..

















So.. Dah tengok? Mesti dalam hati dok berkobar kobar nak jadikan ringtone henpon kan? Takpun buat caller ringtones nih ! Haha.. Okeh la, selamat mendengar lagu raya yang super failed ni ! Hehe...










Koyok Ditempek  :  Raya kedua semalam, mood aku down gila gila.. :| Haihhh.. 


Read more »

Aku Taknak Tinggal Sebelah !



Dulu dulu, di sebuah sekolah rendah, tahun 1995 sebelum Nokia 3310 dan Space Impact tercipta..




Oudean :  Weh, ko berak dalam seluar eh? Eeeee.. Tak malu..


Seman  :  Mana ada .. Tu coklat nano nano la lekat.. ( gaya confident )


Oudean : EEEEEE.. Seman berak dalam seluar ! Aku kasi tau kawan kelas ! 


Seman : Takde laaaaa.. Tu coklat nano nano laaaaa ( Start nak nangis )


Oudean : Tak kira, ko tipu .. Ayooohhhh !! 


Seman : Ko nih... Tak nak kawan la dengan ko camni.. Uhukk uhukk..


Oudean : Taknak kawan sudah, namamu Dollah , k*p** mu sebelah !




Seman terdiam dalam seminit tiga puluh dua saat. Kemudian..




Seman : Ummm.. Dean....


Oudean : Ape? 


Seman : Kita kawan balek boleh?


Oudean : Kenape plak?


Seman : Sebab , aku taknak hilang K*p*k aku sebelah.. Nanti camne aku nak bagi anak aku minum  susu??


Oudean : Okeh, kawan balik ..




Maka, mereka pon berjalan merentasi longkang untuk mencari berudu yang disangka kan ikan pada waktu itu dengan penuh riang gumbira..








Koyok Ditempek : Ini adalah kenangan aku time kecik yang xdpt dilupekan. Hehe.. 16 tahun dulu..  Hmmm.. 







Read more »

Wordless Wednesday #1 : Apekah?















Read more »

Jom Karaoke Lagu Kool Ni !

        Assalamualaikum, Haaa.. Nak karaoke? Taknak? Tapi aku nak .. Haha.. Alaaa.. Jom la, sesekali je pon.. Lagi pun lagu ni kool sangat ! Seriussss !  Aku bagi lirik sekali kat bawah video ni tau, alaaa.. Senang sikit korang dan aku bernyanyi seiring irama ! Ecehhh.. Jom laaaaa .. Jom ek ..









Lagu ter"kool" masa kini..
Mempersembahkan...




Siap sekali dengan lirik serta cara menyampaikan lagu ni.




Dengan kerjasama Sengalman dan Mat Kool !




Terimalah ...












Lirik :


[ Mat Kool ft Mat Sengal ]






Mat Kool , Mat Kool, kawanku..


Mari kita ikut Mat Kool


Main main selalu..


Syok nya syok nya ada 


Mat Kool ~




Rap*


Ohoooooiiiiiii Mat Kool ( 15harkaat )


Kalau aku ikut , ikut , ikuttt .. ( 2.2 saat je )


Ko mau kemana yaaaa ! Hah, hah hah ( dengan gaya menumbuk )








Pompuan *


Alahaiiii dondang sayangggg... ( bergolek turun tangga )


Mat Kool sayanggg.. ( bergolek turun eskalator )


Belanja laaaa eskrem yawww !  ( sendeng bahu kat patung mekdi )




* Kemudian ulang balik rangkap atas sekali 












Selamat karaoke dan berimaginasi okeh ?
=)














Koyok Ditempek   :  Kuasa imaginasi ada didalam anda ! hehe.. 







Read more »

Lawak 3 Lelaki Kacak !









            Assalamualaikum !! Wohooo .. Malam sudah menjelma dan tarikh bakal silih berganti ! Takpe takpe, itu bererti umoq kita dah berganjak satu hari lagik ! Umo aku pon sama la camtu.. Errr.. Takpe, aku pakai SK-II ! Haha.. Keanjalan hidung milik setiap jejaka ! Kan kan kan? Hehe..





            Well.. Malam ni , aku nak share dengan korang satu kisah lucu tentang 3 lelaki kacak ! Yup .. Sumber cerita ni di copy paste dari Syok ! Hehe.. So.. Ayuh melayan bebola mata kita ni dan standby la untuk ketawa ! Jummm..











         Seorang imam telah terserempak dengan 3 orang pemuda yang agak kacak dok melepak semasa beliau hendak pergi ke Surau. Lalu beliau pun menegur mereka :






Tok Imam: Assalammualaikum. Kamu bertiga mari ke surau kita berjemaah solat Zohor. Sempena Bulan Ramadhan ni elok lah kita berjemaah. Lagi berkat.



Ali: Waalaikumsalam imam. Errr…takpe lah imam. Kami ni malas skit kalu nak ke surau. Maklumlah penat berpuasa.



Abu & Ahmad: A'ah, betul tok imam. Letih la.







               Selepas mendengar alasan tersebut, tok imam cuba memujuk mereka lagi.






Tok Imam: kalu kamu bertiga boleh solat berjemaah dengan aku. Aku akan izin kan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anakku Salmah.












              Selepas mendengar offer daripada tok imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju. Takkan mereka hendak melepaskan peluang berkahwin ngan Salmah, gadis yang paling cantik dan ayu dikampung mereka. Lalu bertolaklah mereka berempat ke surau.








              Apabila surau membetulkan saf barisan, tok imam tersebut menyuruh Ali tersebut Azan. Apabila Ali azan tok imam terus menampar pemuda tersebut.








Ali: kenapa tok imam tampar saya? Suara saya tak sedap ke azan?




Tok Imam: suara tak sedap kepala hotak ang. Aku suruh azan bukan suruh takbir raya.










           Lalu ketawalah Abu & Ahmad kerana kejahilan Ali. Azan kemudian diteruskan dengan lancarnya oleh Ahmad.








          Apabila imam mula mengangkat takbir pertama, imam tidak kusyuk lalu beliau mengangkat takbir kali kedua dan perkara berulang lagi. Apabila imam ingin mengangkat takbir kali ke-4, Abu menegur tok imam dan menawarkan diri menjadi imam. Tok imam pun bersetuju.




          Apabila Abu tersebut mengangkat takbir je terus toleh ke belakang memandang tok imam.








Abu: tok tengok, saya angkat takbir sekali jek. Bukan macam tok banyak2 kali.









         Pang!! Seorang lagi terkena penampar jepun dari tok imam. Marah lah amat tok imam pada mereka yang begitu jahil tentang solat.






         Oleh kerana perasan muka tok imam telah merah padam menahan marah, Ahmad menawar kan diri supaya menjadi imam. Oleh kerana sudah lewat tok imam membenarkan Ahmad menjadi imam.






         Tanpa tak disangka Ahmad menjadi imam cukup baik. Samaada dari segi tertibnya mahupun bacaannya. Selepas selesai membaca doa tok imam memuji Ahmad.








Tok Imam: tak ku sangka rupa-rupanya ang boleh menjadi imam yang baik sekali. Ang mmg sesuai menjadi calon menantu aku.










            Lalu Ahmad menjadi riak dan bangga dengan pujian tok imam.








Ahmad: Biasa lah tok. Itu belum ambik wudu’ lagi. Kalu dah ambik wudu’ lagi saya hebat tok.

Selepas mendengar apa yang ahmad kata Tok Imam terus pengsan dan tidak bangun2 terus.






~ SEKIAN ~








Koyok Ditempek :
Macam ni punya orang pon ada ka ? Hehe.. :P



Read more »

Goda Orang Kena Petir ?

         Goda orang kena petir ke? Aishhhhh.. Ini la yang jadi dalam video dibawah ni ! Amaran okeh, mereka yang berumur 19 tahun setengah DILARANG menonton video ini kerana dikhuatiri mengalami simptom gegaran kepala lutut dan kuku jari ! Sebarang perlakuan di dalam video ni jangan la ditiru okeh? Arahan dari World Wrestling Entertainment (WWE). Jadi, sila la tengok !!!









          Sila tonton sampai habis ini video ! 














Amacam? Kan aku dah cakap ! ;P










Read more »

Entri 6 : Cuba Teka Mana Satu Lelaki !













Try korang teka, antara pasangan kat bawah ni, mana satu LELAKI !


Jawapan ada di bawah sekali gambar ni ! 


Teka la dengan penuh lemah gemalai ! 








....












Hehe.. Semua ni lelaki weh ! Haha.. 











Koyok Ditempek  :  Sekarang lelaki nak jadi pompuan, pompuan nak jadi lelaki.. Hmm.. Dunia akhir zaman ! 







Read more »

Burung Hantu Yang Sedang Ketawa !

              Assalamualaikum dan selamat malam kepada rakan rakan ku ! Hehe.. Dah nak tido ke? Lek lu der ! Wa nak bagi lu senyum dan sengih sepanjang time lu ketidoran ! Haha..



               Adeh.. Aku bukan mat rempit ye ! Tapi aku Mat Sempit ! Haha.. Boleh tak camtu? Boleh la kan? Yesssss ! Okeh, aku suka memerhati dan mengskodeng. Disebabkan itu, aku selalu terjumpa gambar gambar menarik yang aku rasa patut di sharekan kepada umum! Sebab gambar ni buat aku terkekek kekek kechumelan dekat atas tilam aku ni. sampai kan cicak pon mengeleng kepala bila tengok aku gelak sorang sorang ! Haha..



               Erm.. Kat bawah ni semua gambar burung hantu ! Yup yup ! Diorang ni comel sangat woo.. Rasa nak picit sampai puas.  Korang tengok la gambar diorang ni, mesti korang akan terhibur dan geram ! Caya laaa ! Jum tengok... Zassss !









        









































             Amacam? diorang ni nampak macam tergelak kan? Haha.. Sungguh comel woo.. Geram pakcik ! Hehe.. Sebenarnya, diorang ni bukan tengah gelak ke ape ke pun, cuma memang dah perangai diorang camni ! Hehe.. Kira macam ekspresi diorang ni macam nampak diorang sedang bergumbira kan? Hehe.. Itu lah kebesaran Allah ! SubhanAllah !







Koyok Ditempek :  Oleh kerana aku sudah mula menjadi mata kuyu ! Time untuk tido ! Gudnite Geng Bas Sekolah ku ! Hehe.. 





Read more »

Istilah Komputer Yang Sengal !







            Haluuu.. Aku kembali lagi ! Haha.. Sekarang aku takmo speaking London dah. Haha.. Aku sekarang ni kembali berbahasa kesayangan ku. Kalau tak, susah aku nak expresskan kesengalan ku itu.



            Aku jalan jalan dalam dunia maya ni kan. Terjumpa satu istilah yang sangat la sengal ! Haha.. Korang baca la kalau nak tau sejauh mana kesengalan istilah tersebut. aku nak sambung main Angry Birds ni ! Marah burung burung tu nanti ! Haha..




             Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah



  • Hardware : barang keras

  • Software : barang lembut

  • Joystick : batang bahagia

  • Plug and Play : cucuk dan main

  • Port : lubang

  • Server : pelayan

  • Client : pelanggan



Contoh Ayat :


" That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."




Selepas di translate :





" Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan. "





Sumber dari :  Lawakjenaka.com

















Koyok Ditempek : Adehhhh.. Speechless kejap aku ! Haha..









Read more »

Aku Berhabis Duit Demi Kau Tau Tak !


















           Duit oh duit dimana kau duit ! Macam lagu bangau oh bangau pulak kan? Hehe.. Yuhuuuu ! Petang yang mendamaikan di Shah Alam. Aku still lagi berusaha mengrepair connection Digi aku ni. Adehhh.. Tersangat lah slow melow !



            Eh eh, korang tengah menjamu selera di petang hari . Bak mai sikit boleh ? Hehe.. Tak baik woo makan sorang sorang tanpa mengajak insan d hadapan laptop ini. Hehe. Ayat nak sadis dan sedih je kan. Well.. Ini la yang dinamakan kesengalan ubi keledek cicah kelapa !



             Okeh, kita ke tajuk entri yang agak keganasan di situ ! Korang tau tak , zaman dulu kala, time aku muda mudi dan belia benci dadah kan, aku sanggup perabih duit muit aku semata mata untuk dia ! Yaaa.. Memang aku tengah taufan sekarang nih ! Jangan pegang pegang ! Duduk renggang renggang , ewahhhh..

Haha.. Kan aku dah terbuat lirik.



              Aku mohon penyambungan cerita aku ye.. Tumpang sambung ye nek ! Haha.. Okeh, dah la duit aku simpan dalam tabung Mickey Mouse aku korek, pecahkan, pastu smabung pakai gam UHU. Balasan dia amat mengecewakan aku. Isk isk iskk..



              Sanggup kau mengecewakan aku ! Sanggup kau ! Korang tengok la gambar dia ni. Dah la putih gebu, geram mak ! Tengok laaaa !








Tamiya Dash Yonkuro !








                 Actually, dia ni la yang aku dok perabihkan duit pi beli . Pastu dok pakat lawan dalam longkang ! Haha.. Pastu kalah ! Tu yang aku taufan sangat ni ! Hehe.. Jangan marah naaa !










Koyok Ditempek : Aku nak beli Tamagotchi la.. Haha.. Sapa ada nak jual? :P



Read more »

Dia Pun Nak Beryoga Jugak !











            Morning ! Hehe.. Mari breakfast ! Ecehhh.. Menu pagi ni apa kata kita breakfast dengan YOGA ! Hehe.. Exersice la sikit okeh? Nanti boleh ilang segala kemampatan pepejal bernama isi ! Hehe.. Well.. Aku dah melakukan tekan tubi sebanyak 3 kali je. Pastu perut ni ha yang turun mencium karpet rumah aku ni. Hehe.. Tu tanda nya perut ku ini sudah berat ! So.. Korang amacam? Ada exercise tak? Hehe..



            Baiklah, entri pagi ni aku nak tunjuk gambar sesuatu sedang melakukan YOGA ataupun exercise ! Hehe.. Korang kenal kot. Baek ngaku ! Nanti kang kena cakar kang ! Jom usha !


























Hiyaa.. Head spinning satu kali lagi ! auwww 






            So.. Ayuhla kita exercise demi untuk menjaga badan kita ni. Hehe.. Jangan dok terperuk dekat depan laptop je manjang. Radiasi pun banyak jugak woo ! Huuffff.. 1, 2 ,3 ! Tido jap la ! Lalalalalala .. Opsss!









P/S :   Ehemm.. Entri selepas ni, senarai blogger hot mengikut WARNA rumah sukan ! Hehe.. Tunggu ye.. :)





Read more »

Jalan Terkangkang?





               Yuhuuuu.. Tadi , aku jalan jalan kat website Syok.org, bertujuan untuk mencari movie movie baru untuk disedut. Tapi dek kerana internet aku ni slow, aku terpaksa membunuh perasaan ingin mengsedut tersebut kepada membaca beberapa artikel yang ada kat sidebar belah kiri website tersebut.



               Haaa.. Nak tau tak aku jumpa satu artikel best ni ! Haha.. Korang baca la ye !





******************  


Dua orang pelajar Kolej Perubatan bersiar -siar kat bandar. Mereka terserempak dengan orang tua jalan terkangkang -kangkang.



Pelajar A kata "Orang tua itu tentu menghidap Sindrom Petry,"



Pelajar B kata "Tak lah,dia menghidap sindrom Zovitzki,"



Mereka hampir bergaduh pasal hal ni .Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu ?" Mereka bersetuju.



Pelajar A : Kami tengok pak cik jalan terkangkang,boleh kami tahu pakcik menghidap penyakit apa?



Orang tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa?



Pelajar A : Saya fikir pak cik menghidap sindrom petry.



Pelajar B : Saya pulak fikir pak cik menghidap sindrom Zovitzki.



Orang tua : Dua -dua pun bukan....



Pelajar A+B : Habis tuuu??



Orang tua : Emmm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar ... sebab tu aku jalan terkangkang.










P/S :  Moral of the story mory is, kite jangan judge org sewenang wenangnye tau ! Haha..



Read more »

Jaafar Onn VS Onn Jaafar !

              Ahaaaaaa.. Bertemu la lagik kita di awal pagi nih. Bersahur ke korang ni? Haha.. Aku ni sedang mengunyah kerepek sambal ubi ! Terbaek dari ladang kelapa sawit ! Ehhh.. Nak sikit? Mana boleh, kalau korang makan kerepek aku ni, mana aku nak cari idea lagik? Ini sumber inspira aku tau ! Ahaksz !



              Baeklah, aku cuba straight to the point ye.. Haha..Dun worry, aku cuba lurus ke point nih.. Haha.  Erm.. korang kenapa taknak tido nih? Adakah menantikan ayam jatuh ke gulai kawah? Haha.. Ye lah yelah, aku straight kan diri ini.



               Dulu, time aku sekolah, aku selalu konpius antara Jaafar Onn dan Onn Jaafar ! Haaaaaa.. Time cikgu buat ujian sejarah, aku selamba badak je menulis Jaafar Onn sebagai presiden UMNO ! Haha.. Dengan hidung kembang kempis, lalu berjalan penuh bangga depan kawan kawan. Sekali terlanggar meja daaaa.. Haha..



                Selang beberapa hari selepas itu, cikgu aku pun kembali memulangkan kertas jawapan ujian. Tau tak apa yang dia tempek dekat jawapan aku tu? Haaaaa.. Ni angin ni.. Korang tengok la ye ! Gambar seseorang di tempek ke kertas ujian aku !!










Sedap tak kopi I ? 


              Haaaa.. Pastu, aku yang muka blur ni, membantah tanpa segan silu. Aku cakap la, " Cikgu, ni kan pelakon Cili Padi, bukan yang ni laaaa" . Dengan penuh super power, cikgu aku ketika itu berkata dengan sinis " Awak baca balik jawapan awak " . Aku yang tak mahu mengalah ibarat helang dicucuk subang menjawab dengan lantang dan kuat " Jaafar Onn !!!" 



              Dek kerana kelantangan bersuara aku tu, cikgu aku membuka buku sejarah dan mengacukan jari jemari yang mulus itu kearah satu perkataan yang membuatkan aku berasa nak terkentut berdarah serta pipi berwarna kehijauan.. Tulisan tersebut berkata " DATUK ONN JAAFAR " . Haha.. Ohhh Myyy Jeansss !

Seraya itu, aku tersipu sipu sampai ke penghujung kelas ! Haha







P/S  :  Jaafar Onn best wooo lakunan dia !  ;P









Read more »

Jangan Pergi Spa Di Jepun !





       Assalamualaikum! wohoo.. Dah tengah hari ! Hmm.. Aku still duduk di atas tilam empuk ku ini. Berehat selepas pulang dari kampus. Hehe.. Korang dah makan? Nak belanja aku ke? Boleh boleh ! Silakan pos makanan tersebut ye.. Hehe



        Erm. Aku sebenornye, nak cherite ni. Hehe.. Aku takut woo nak pergi Spa ! Ala.. Spa Q pernah tengok? Hehe.. Macam tu la rupanya. Bukan apa, lepas aku tengok video ni, aku rasa kaget beserta cuak teramat. Hehe.. Mengeletar perut aku tengok video ni. Korang nak tengok? Jum layan ........















      

             Haaaa.. Ada berani ke? Haha







Read more »

Super Mario Sebenar Ditemui !







                     Anda kenal watak diatas? Ya.. Itu la Super Mario. Hehe.. Aku pun tengah main game dia ni sebelum tido ! Hehe.. Tapi, tahukah korang yang beliau ni benar benar wujud? Tak mungkin? Imposibble? Nahi nahi kabhi nahi? Haha.. Korang tersilap dengan aku ni. aku ada bukti yang Mario ni wujud di alam realiti ni !





                      Korang pernah main game Mario Kart? Ala.. yang lumba lumba go kart tu.. Yang boleh ada kuasa nak musnah kan lawan lain tu .. Hehe.. Korang tengok oke gambar rajah dibawah ! Ini lah Super Mario ! Versi sebenar. Pergi suruh dia lompat tinggi pastu makan cendawan. Nanti besar tak dia?  Haha..

Mari bertemu Super Mario sebenar ! Yihiiii..

















                            

                      Haaaaa.. Apa macam? Tu kan Super Mario tu! Hehe.. Aku nak mintak sign dia jap !  Hehehe.. Okeh la, aku nak pi tidoq, esok lambat bangkit, tak balik Kuantan la aku !Hehe Nite korang ! Tido bebaik okeh ! Tata ~









Read more »

Sms Cara Bunuh Diri !







            Assalamualaikum, semalam kan, time aku dok makan makan tengahhari dengan kawan kawan baik aku kan. Salah seorang kawan baik aku bernama Fafa ni kan, dia bagi la satu mesej yang agak boleh buatkan aku time makan tu tak duduk diam. Haha.. Mesej tu membuatkan aku rasa nak gelak bertubi tubi je. Motif utama mesej tersebut urmm.. korang baca sendiri ye.. Haha



             Tapi dinasihatkan, bila membaca sms tersebut dibawah ni, kena betul betul paham disamping menggunakan imaginasi anda untuk menggambarkan cara cara tersebut okeh? Jum kita tengok



Sms tersebut berbunyik,





Semasa kamu tak bagi khabar berita,
saya pernah terfikir untuk bunuh diri..
Saya gunakan tauhu untuk ketuk kepala saya,
pakai cotton bud untuk potong nadi,
bonceng basikal dan langgar daun pokok,
minum vitamin dengan gelojoh,
terjun bangunan dengan payung terjun,
gantung kepala lembu korban kat tali,
tidur kat landasan kereta api mainan,
Lihatah betapa saya pentingkan teman saya ! 
Hehe.. =)




               Korang dah baca? Paham tak? hehe.. Aku dah ketawa terbahak bahak time baca ini sms. Haha.. Aku baca sambil berimaginasi tindakan yang dibuat dalam mesej ni la.. Cehhh.. Hampehh je kan. Haha..
Well.. Aku dah lama tak dapat mesej yang ada teddy bear la, kambing la, orang la, apa tah lagi, rindu pulak nak dapat mesej2 camtu. Okeh la, aku nak gi makan ni, take care ye sahabat ku sekalian. Challow ~






Read more »

Pelakon Rambo Bakal Diganti !





         Pelakon Rambo, Sylvester Stallone (Gambar) bakal digantikan dengan pelakon baru yang lebih muda dan kecik ! Ini disebabkan kelanjutan umur pelakon tersebut menyebabkan pihak produksi dan pengarah mengambil inisiatif untuk mengambil muka baru !


          Pelakon baru yang nama nya terpaksa dirahsiakan gara gara takut dijadikan bahan buruan berkata yang beliau tak sangka akan menjadi calon pilihan untuk membintangi sekuel filem Rambo terbaru pada 2011!


          Korang nak taw tak siapa pelakon yang bakal menggantikan Sylvester Stallone? Scroll la sampai ke bawah ! 













































Situpai Setalong a.k.a. Rambu Ramba 
        

               Haaa.. Jangan lupa tau tonton filem Rambu ! I likeeeeeee.. Haha ..





P/S : Sekadar gurauan di hari Sabtu ! Hehe.. Aku peminat Rambo taw !











Read more »

Guru Tuisyen Matematik Terlampau !



        

            Haihhh.. aku pun tatau apa nak jadi dengan dunia sekarang ni ! Haihhhh.. Aku sakit hati dan limpa serta paru paru bila tengok video kat bawah ni ! Korang yang berumor 40 tahun je boleh tengok okeh ! Yang under age tak boleh tengok ! Haiippp ! Rotan kang tangan tu. Gatal la korang ni.. Aku takkan tanggung side effect lepas korang tengok benda ni ! Aku dah pesan awal awal kan. so ikut suka hati korang la ! Aku panas ni !!!  Nak tengok sangat eh cikgu tu buat apa? Tengok lahhhhhh !!



































         Hah? Dah tengok? Melampau betul kan? haha.. Aku saja je nak buat korang rasa excited ! haha.. jangan marah ye.. Ini hanyalah gurauan semata mata ! Sorry ! .. aku nak masuk tido dlu eh.. Jangan tido lewat taw, mentang mentang la esok cuti ! hehe Take care.. Enjoy korang punye cuti esok okeh ! Tata Titi Tutu ~ =)



Read more »