Tampilkan postingan dengan label peribadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label peribadi. Tampilkan semua postingan

Senangnya Menghukum Orang !









Assalamualaikum.. Selamat pagi wahai pembaca yang sedang mengonlinekan diri.. Dah breakfast? Belum eh? Jom breakfast jom ! Haha.. Kalau la hologram tu ada kan ke best.. Hehe.. Boleh bertemu secara virtual woo.. Jadi, senang la sikit nak mencari kawan kawan baru.. Hehe..





Well.. Pagi ni di Kuantan agak sejuk, kabus still ada lagi sampai sekarang. Maybe sebab semalam agak kehujanan kot. Sejuk sejuk camni memang membuatkan kita rasa macam nak tido je kan? Tambah tambah lagi dengan bantal, katil yang seolah olah memanggil manggil untuk dimanja. Ecehhh..





Aku nak share cerita dengan korang nih, pagi tadi , aku gi la hantar adik aku gi sekolah kan, balik tu kebetulan perut ni terasa nak nasi lemak. Lalu, lepas je hantar diorang, aku pon drive la gi gerai nasi lemak yang agak dekat dengan rumah aku ni.. Lagi pun nasi lemak tu murah je.. RM1 je sebungkus.. Sedap pon sedap.. Hehe..





Waktu aku tengah tunggu turn untuk dapat nasi lemak tu kan, aku terdengar makcik makcik ni dok bergosip. Well.. Biasa la kan, perempuan dengan gosip gosip ni memang dah macam darah daging kan? Hehe.. So.. Aku pun pasang la telinga.. Kalau aku tak pasang telinga pun, confirm dengar jugak.. Sebab diorang dok cakap tu sikit punya loudspeaker pulak.. Sampai hujung jalan pun boleh dengar lagi.. Huhu..





Diorang dok bergosip tentang laki seorang makcik nih, bekas penagih yang baru keluar dari pusat pemulihan. Si makcik dua dua ni dok kutuk kaw kaw punya.. Siap cerita lagi epilog kejahatan yang dilakukan oleh si laki ni dahulu kala. Macam macam cerita aku dengar, mencuri ada, merembat buah orang, dan macam macam lagi la.. Huhu.. Tetiba aku rasa macam aku duk kat kedai kutuk mengutuk pun ada. Haha..





Lepas tu, dalam tak habis lagi dok bergosip, datang makcik ketiga ni. Makcik ketiga ni lebih kearah neutral sikit.. Dia dok pertahankan yang laki nih dah berubah banyak dah sejak masuk pemulihan .  Dah solat kat masjid, dah ada pekerjaan tetap.. Tapi yang makcik dua dua tu bermatian matian dok kutuk balik.. Cakap yang laki tu berlakon je, tipu la itu la ini lah.. Haihhhhh...





Aku yang dok tengah tengah tu kan, tetiba rasa macam nak amik telur rebus lapan bijik, pastu makan , pastu kentut semerdu merdu nya kat makcik makcik yang dok bergosip tuh.. Dah la aku sorang je laki kat situ.. Terjebak pulak dalam kancah pergosipan.. Hehe.. Serius aku dipersimpangan delima time tuh..





Lepas aku dapat nasi lemak aku kan, aku terus blah dari situ. Dalam kereta pulak aku duk terfikir tentang gosip makcik tu. Ya.. Makcik makcik tu dah berjaya mempengaruhi kotak fikiran aku.. Haha.. Aku terfikir yang, layak ke makcik makcik tu nak menghukum laki tu? Kalau betul la laki tu dah berubah, kenapa nak dipersoalkan perubahan itu? Haihhhhh...





Haa.. Lagi satu, kesalahan lepas yang dilakukan laki tu tak patut woo diungkit balik.. Benda dah lepas, lepas lah, memang la mendatangkan kesan dalam, dan orang akan ingat.. Hmm.. Tapi bagi aku, setiap manusia mana la sempurna sangat, sebaik baik dan sejaga jaga mana pun mesti ada buat silap  punya.. Mesti ada tergelincir jugak.. Dan.. Sepatutnya, makcik makcik tu menyokong perubahan laki tu, bukan dok kondem ! Haihhh.. Kan aku dah tergosip jugak.. Adehhhh..





So.. Last word untuk entri ni adalah, memaafkan itu adalah satu perkara yang mencucikan hati.. Kita kena ingat yang kekadang, kita ada gak buat silap tanpa kita sedar.. Kita maybe tak nampak, tapi mesti ada orang lain yang nampak woo.. Jadi , jangan senang senang hukum orang sewenang wenangnya.. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat dia, inikan kita yang hina ni.. Renung renungkan yeee.. :)









Koyok ditempek  :  Maaf zahir batin kengkawan ! :)







Read more »

Halu Halu Halu !





             Assalamualaikummmmm .. Kummm.. Kumm... Eh, bergema pulak.. Macam kat dalam gua la . Kat mana aku ni? Ehhh... Macam ku kenal ini tempat, tapi... Tapi... Haaaaa.. Ni blog aku neh. Dengan konfiden dan tanpa segan silunya, aku conpom ini blog aku.. Hehe..





             Err... Abaikan drama pepetang di atas, sebab aku dengan ini ingin membersihkan segala sawang mawang bawang yang penuh dalam blog aku ni. Uhukkk.. Ekceli kan , (Sambil sapu sampah laman jiran aku) bukan aku tak nak update blog aku ni.. Ekceli lagi kan (Sambil alih pasu bunga jiran ke rumah aku) aku mengalami permasalahan dalaman yang bertukar jadi lurah dendam dengan internet aku nih.. Grrrr.. Sebab tu la aku mengsepi kan diri seketika cuma. Err..





              Maybe pada korang , hendak seribu daya saing, taknak, beriban dalih kan? Tidakkk.. Aku memang nak update blog aku ni. Tapi beberapa kejadian aneh yang menghadkan daya updatean aku. Seperti....









  • Internet yang amat dengki.

  • Henpon Nokia 5530 aku jatuh dalam kolah ( Sekarang tengah koma )

  • Semut aku menggoda aku untuk berbuka puasa. 

  • Cik Salmah jiran kampung sebelah jatuh basikal.







               Haaa.. Err.. Itulah sebab musabab kenapa aku tidak mengupdate ini blog Sengal Zone selama beberapa hari. Ehemmmm.. So.. Pada mereka yang merindui diriku, ku sampaikan kiriman doa dalam mimpimu.. Ecehhhh.. Haha.. Okeh la, aku serius laaa ... Pada mereka yang merindui Sengal Zone, terima kasih aku ucapkan. Nak duit raya?  Hehe.. Okeh la, nak gi bancuh air jap.. Hari ni aku bancuh air oren woo.. Bukan sebarang oren !!! Haha.. Chowwwww... Eh, jap, Selamat Berbuka !! =))












Read more »

Alahai alahai...

          Assalamualaikum.. Wohoo.. Amacam posa korang? Hehe.. Masih lagi gagah perkasa nampak.. Chewahhhhh.. Bagus bagus.. Jangan dok pi dapur buat buat hilang ingatan dah laa.. Mana la taukan, kot kot tak teringat hari ni dah start posa dah.. Hehe.. Teringat pulak time kecik kecik dulu.. Time masih muda belia remaja gitu.. Errr...





           Okeh, okeh, aku takmo cita tentang posa diwaktu zaman aku kanak kanak ribena ni sebab sekarang ni aku dilanda ujian yang teramat besar.. Hehe.. Time tak posa, "benda" tu takde la nampak menggoda dan mengiurkan.. Tapi.. Sejak posa ni yang baru beberapa jam ni. Ia nampak sungguh menggoda dan menggiurkan.. Tertelan air liur jugak la . Hehe..





          Alahaiii.. Takpe udin, ni cobaan je ni.. Alaaa.. Macam cerita P.Ramlee tu.. Hehe.. Cobaaaannnnn ! Ish.. Ish... Cobaaaann !! Nak tau apa dia "benda" tu? Errrr...















         Ni la "suspek" yang menggoda aku . Haihhh.. seksi kan dia? hehe.. Well.. Kena kuatkan pertahanan diri ni.. Aku nak gi buat tai chi jap.. Haha.. Selamat berpuasa !! :)





Read more »

5 Jenis Pemandu Di Malaysia !

            Assalamualaikum.. Ahad menjelma lagi.. Dan aku masih disini.. Chewahhhhhhh... Err.. Ekceli, baru je balik beli barang dapur dengan mak aku ni. Maklum la esok kan dah nak berpuasa. Tunggu malam ni diorang umum je. Hehe..





            Well well west, hari ni, jalan raya di sekitar Bandar Kuantan ni agak sibuk. Yelah, masing masing duk nak beli barang. Ada jugak yang aku tengok dok usha usha baju raya. Perghhhhhh.. Awal sungguh mereka ni. Hehe.. Hmmm.. Disebabkan hari ni, aku drive hampir sehari suntuk. Maka, ada la beberapa perkara tentang pemanduan yang mengguris hati dan hidung ku ni.. Haihhh.. Semestinya la pemandu pemandu di Malaysia. Disebabkan itu, aku dah buat beberapa jenis kategori pemandu di Malaysia ni. Haaa.. Nak tau? Nak? Jum tengok !!!









  • Pemandu Kedekut Cahaya

    • Jenis pemandu ni adalah pemandu yang kedekut nak memberikan lampu signal ketika membelok! Haaaa.. Yang membahayakan, time tengah sedap sedap je follow, tetiba je masuk simpang.. Tak ke hangin? Nak lagi hangin? Tengah tengah ready nak masuk simpang, tetiba je ada kereta meluru keluar. haihhhh.. Angin tak? Hehe..




  • Pemandu Terkejut Terkejut

    • Jenis pemandu ni pulak adalah jenis pemandu yang suka sangat menekan brek semasa memandu. Brek tetap ditekan walaupun tiada sebarang kemungkinan membuatkan mereka ingin menekannya. Akibat nya? Orang yang follow belakang turut sama berada dalam situasi "Terkejut terkejut" . 




  • Pemandu Botox

    • Jenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar "mencucuk" belakang kenderaan lain sebagai  tanda diorang power rangers. Haaa.. Aktiviti "mencucuk" umpama cucuk botox ni boleh membahayakan kesihatan dan membuatkan terjadinya situasi cucuk mencucuk .




  • Pemandu Hilang Ingatan

    • Jenis pemandu sebegini pulak selalunya terjadi pada orang yang pelupa dan pendatang baru. Mereka sering kali membuat keputusan diluar jangkaan seperti, membelok sesuka  hati akibat ketidakpastian jalan dan jugak membrek secara mengejut untuk melihat arah. Bahaya kan?




  • Pemandu Terjulur

    • Jenis pemandu ni pulak jarang jarang ada, tapi aku baru je kena tadi. Pemandu terjulur adalah pemandu yang sering mengeluarkan tangan atau kepala dari tingkap hanya untuk bersembang dengan rakan di kenderaan sebelah. Huhu.. Bahaya woooooo... Hilang kepala kang..






             Well..  Ni la jenis jenis pemandu yang dkategorikan oleh aku mengikut aku punya pengalaman di jalan raya.. Hehe.. Nasihat aku, ikutlah peraturan yang ditetapkan . Sebab, sekali silap je, tak boleh nak putar balik masa woooo.. Aku pun suke gak drive lelaju ni.. Haha.. Sampai mak aku kalau naik dengan aku dok brek dengan kaki je.. Okeh la, aku nak gi jamah kuih raya jap ! Tataaaaa. Selamat posa !! Jangan yang yok je oke ! =)








Read more »

7 Blogger Yang Di Skodeng.







        Assalamualaikum.. Huarghhhhh.. Aku dah start ngantuk dah ni.. Sabtu yang amat slow hari ni.. Hehe.. Amacam hari korang? Best ke? Atau pun suam suam kuku? Aku macam ni la, dengan internet yang kejap okeh, kejap slow gegila.. Membuat aku rasa nak je pergi letak kuali atas bumbung pastu sambung wayar direct pada  modem aku ni. Mana la tau kan, kot kot miracles tu happen tetiba.. Hehe..





          Okeh, malam ni aku nak share dengan korang 7 blog hasil aku skodeng hari ni. Hehe.. Ekceli lebih dari tujuh , tapi sebab aku minat nombor 7 dan aku rasa nombor tujuh itu comel  dan kiut, aku senaraikan je la.. Hehe.. Kriteria pemilihan? Ermm.. Secara dari hati je.. Mana yang terlintas tu, aku amik dan buat list.. Nak tau blogger mana yang jadi pilihan aku hari ni? Haaa.. Jom tengok !!











          Well well west, itula 7 Blogger yang aku skodeng ini hari.. Hehe.. Esok esok, mana la tau korang aku senaraikan kan? Aku chow dulu.. Tataaaaaaaaaa... !!







Read more »

Perabot Besar Untuk Raya !

             Ehemmmm.. Assalamualaikum !! Hehe.. Jumaat kan ini hari ? Bererti lagi beberapa hari je lagi kita nak masuk ke bulan Ramadan ! Dah ready ke nak puasa ni? Hehe.. Puasa lepas lepas yang berlubang tu dah ganti eh? Bagus bagus.. Hehe..





              Setibanya bulan Ramadan, pasti la kan lepas tu dah Raya. Dan confirm jugak la ramai yang akan buat persediaan sambut Aidilfitri. Ada yang nak tukar sofa, tukar langsir, dan kalau boleh semua nak ditukarkan atas nama "RAYA" kan? Hehe.. Well.. Dalam entri ni, aku nak share beberapa gambar perabot yang mana la tau, kot kot korang berminat ke nak jadikan milik korang di hari raya nanti.. Cer tengok cer tengok !!









Supersized Furniture






Supersized Furniture






Supersized Furniture






Supersized Furniture






           
          Haaa.. Amacam? Berminat tak? Haha.. Kalau berminat sila order dengan kedai perabot yang berhampiran okeh? Aku nak bersiap nak ready gi mesjid.. Tataaaaaaaaaaaa... Selamat membeli perabot yeee !!! 








Read more »

Selamat Pagi Udin !









       Assalamualaikum ! Selamat pagi rakan rakan dan sahabat handai ku sekalian alam ! Awal bangun ? Haha.. Well well west, ada pepatah omputih mengatakan " Early birds gets the best worm " yang kalau diterjemahkan dalam bahasa kita ni kan bererti, " Awal burung dapat terbaik cacing " . Hehe.. Tak la, tu tunggang langgang namanya. Meh aku susun balik ayat tadi, " Burung yang paling awal akan dapat cacing yang paling best " Hehe.. Senang paham kan? Ecehhh..





        So.. Aku hari ni, lepas je subuh tadi, tido balik , pastu dah terbangun ni, gi basuh muka, basuh kimpalan benih, basuh kemancungan hidung dan terus mengadap laptop ni. Bukan apa, rasa jari ni gatai nak menaip. Dan nak bercerita dengan korang ni. Tadi kan, aku kan, kan kan kan.. Errr.. Sambung kat bawah yee...





        Jeng jeng jeng, tadi kan, aku gi usha perkarangan rumah aku ni, sedut la udara kesegaran dan jugak menyapu sebarang dua. Tiba tiba, aku terdengar, ada suara nyaring mengucapkan " Selamat pagi, Udin ".. Lalu dengan tak semena mena , aku pun  menggunakan GPS dua bijik ni memerhati sekeliling dengan penuh muka toya. Tapi takde orang, bila aku berpaling keatas, ada seekor burung aku macam raja udang dok tengok aku.





           Lalu, dengan comel nya, timbul satu persoalan, apakah burung itu yang mengucapkan? Adakah jugak ia menyekodeng diriku ini kerna diriku amat berharga dan, adakah aku ada super power? Haha.. Sapa yang nak jawab ni? Hanya burung , aku dan dot dot dot je .. Err.. Macam drama pulak ni. Hehe..





         So.. sebagai penutup entri ni, aku nak cakap, jangan anda mudah diperburungkan oleh burung okeh? Haha.. Selamat menjalani hari Khamis yang ceria dan jangan lupa senyum speerti burung okeh !!! :)







Koyok Ditempek :  Gua frust, tak dapat redeem Mcd semalam ! Alaaa.. Yang kupon FREE tu .. Huk huk huk..











Read more »

Aku Mencari 99999 !











              Assalamualaikum and selamat petang !! Wohooo.. Apa korang tengah buat eh? Makan pisang goreng bersama keropok ke? Haaaa.. Aku tau, ni mesti dok ready nak balik kerja kan? Ececehhhh.. Hehe.. Selamat pulang dan selamat memutar stereng dan handle okeh ! Brek dan signal jangan dilupakan tau ! Uhukk..





              Ehemmm.. Di petang hari ni, aku nak bagi pengumuman penting ni ! Haha.. Alaa.. Takdelah penting mana pun, cuma bagi aku, ia satu penghargaan yang tak ternilai woo.. Seriusss !





                Okeh okeh, aku story okeh ! Ekceli, kalau korang perasan kan, pageviews blog sememeh aku ni dah 99909 kan? Alhamdulillah ! Pencapaian yang boleh membuatkan aku menghembus dan menghela napas panjang! Syukur woo.. Blog yang diilhamkan oleh sahabat baik aku ni ada jugak orang sudi masuk kan. Arigatooooo !





                 So.. Kini, aku nak habaq mai kat ampa ampa semua ni ! Aku sedang mencari orang yang view blog Sengal Zone aku ni yang bernombor 99999 ! Hehe.. Macam angka giliran time aku UPSR plak rasenyer.. haha.. Well.. Aku mencari orang yang bernombor 99999 ! Kalau ada, sila printscreen dan tunjukkan kat aku ! Hehe. Tunjuk la kat Facebook ke, Twitter ke, Email ke atau entri blog . Sebab aku bercita cita nak buat blog review untuk ituwww.. Adehh.. tergediik suda.. :P





                  Jadi, kesimpulannya, aku sedang memburu pemilik angka 99999 ! Haha.. Jangan korang call POLIS sudah okeh ! Errr.. aku dah la tak BERSIH lagi ni.. Larikkkk ! =)









Read more »

Cantik Tak Header Ku ?

            Assalamualaikum !! Wehh.. Aku nak habaq mai kat ampa ampa dan ampa semua ni.. Header blog aku buat kali ke lapan belas ratus bertukaq lagi. ! Haha.. Header ni lebih simple , kemas dan menenangkan. Alaaa.. Ingat lagi tak pencarian Sengal Zone Top 10 Blogger ari tu? Err.. Aku terlupa plak nak senaraikan diorang.. Tak pe takpe, lepas ni aku masukkan senarai itu okeh? Hehe..























            Well.. Seperti yang anda nampak dalam gambarajah diatas, peratusan aku menukar header blog aku ni agak meningkat ketahap esofagus ! Haha. Merepek dah aku ni.. Adehhhh.. Errr.. Gamba diatas ni adalah header lama aku dimana aku menempekkan muka sememeh gua ala ala Son Goku disitu ! Berbeza dengan header baru aku sekarang di mana aku telah bertukar menjadi pokok pokok kekelabuan di kedua dua belah header tersebut.








              Maka, dengan itu, aku kini , menjadi pokok pokok untuk menenangkan hati korang korang semua ! Ecehhhh.. Mampu kah diriku ini berbuat sebegitu? InsyaAllah ~!! Hehe..








              Errrr.. Aku blah kejap okeh, mak aku panggil makan nasik ! Nanti aku datang lagi dengan permainan kasut terbang ala ala Din Dang ! Haha.. Nakkk ? 










Koyok ditempek :     Aku rasa nak buat cabaran 10 entri la ! Hee 









Read more »

Aku Sayang Anggur !









              Assalamualaikum ! Uihhh.. Lama pulak aku tinggalkan ini blog kegemaran Mak aku ! Hehe.. Takpe takpe, aku sudah kembali . Hehe.. Betul betul kembali ni.. Tak caya? Pergi baling batu kat tingkap jiran anda.. Kalau anda kena pekikan serta lolongan jiran anda, itu bererti aku benar ! Try laa..





              Well.. Banyak benda aku nak story mory dekat korang ni. Ecehhh... Tapi, nanti la eh.. Buat masa ni, aku nak setelkan beberapa perkara dulu. Al maklum la, aku sekarang dah jadi penanam anggur yang berjaya ! Haha.. Gua dah berhenti beb ! Sebab? Biar la diriku ini yang mengetahuinya. Hehe..





               Hmm.. Nak tahu tak kenapa aku dilanda kemalasan mengupdate blog? Hmm.. Ekceli , kalau korang perasan kan, dalam sejak dua menjak ni, banyak pulak kes kes sensasi yang melanda dunia blog ni. Haha.. Terlalu banyak kan? Hehe.. That's why aku diam je. Well , aku kan pengstalker yang berjaya. Tu la pasal aku kemalasan seperti mentibang laut bila berkaitan dengan blog aku ni. Hehe..





                Dah start dah merapu kepunden ni. Hehe.. Aku nak share dengan korang satu group yang aku bukak baru ni. Group ni nama dia MATA TERJEGIL KAKI DIDADA  ! Haha.. Group under Sengal Zone ni. Nak join? Search je kat Facebook okeh? Hehe..





                Akhir kata, aku nak pekena teh tarik kejap. Pastu nak sambung tido.. Jangan tak tido pulak ! Nite nite sahabat ku !! :)





               



Read more »

Ini Bukan Entri ! Serius !




















Ini bukan entri..











Ini bukan entri..











Ini bukan entri..











Betul laaa...











Ni bukan entri..











Korang jangan baca lagi ke bawah..











Ini bukan entri ...











Haha.. Aku dah cakap kan...











Cakap lagi sekali kang..











Ini bukan entri..











Arghhhhhhhhh...











Ini memang bukan entri..














Tadaaaa.. Dah jadi satu ENTRI Sengal !! Yihaaaa... 














Korang pun turut menyengalkan diri korang !! 














Arigato ~ :D


























Koyok Ditempek :     Ekceli, gua punya minda tidak stabil akibat di pukul kumbang bertanduk Kamen Rider tadi. So.. Agak agak, ada tak tiket pergi ke Kampung Pening Lalat ha? Hehe.. 















Read more »

Belajar Cara Menggunakan Chopsticks !!













             Helo.. Anda bersama saya Chef Sengal Escalatora Aman. Kita dalam rancangan... Emm.. Ape ape je la. ! Hehe.. Hari ni saya dengan bangga dan hidung kembang sebesar pinggan Giacomo ni, ingin menunjuk ajar anda bagaimana menggunakan itu kayu chop ! Err.. Chopsticks ! Sowii.. Tersasul sebentar.. Jommm...








How To Use Chopsticks For Dummies





          Amacam? Aku boleh jadi sifu Masterchef tak? Haha.. Errr.. Jap, mak aku panggil .. Dia suruh aku tangkap lalat guna chopsticks ! Hehe.. Jumpa lagi nanti !! Chowww...









Read more »

Diorang Isi Tempat Kosong !

           Tempat kosong? Ada tempat kosong tak? Hehe.. Aku nak menyempit.. Haha.. Errr.. Aku kan macam kucing. Boleh merentasi apa apa ruang sekali pun.. Grill sempit depan rumah aku ni pun itu kucing mampu meliuk lentuk kan tubuhnya sampai diirku ini tersimen oleh aksinya itu .. Waaaaaa...





             Uhukk.. Baik lah, dalam entri INI aku ada menyatakan hasrat untuk mereka mengisi tempat kekosongan di dalam ladang keangguran ku berhampiran kebun jiran aku tu kan. Adehhh.. Merepek pulak aku ni.. Haha.. Nak tengok diorang punya hasil tanaman kosong itu??? Haha.. Ayuh goyangkan pinggul sebanyak lapan belas ratus kali.. Ewahhhh...









Peserta 1 ( Ecadwinkyasha )




Satu ecadwinkyasha , Saya dan kawan-kawan saya sedang berjalan untuk pergi ke kedai untuk membeli barang,takkan la nak pergi mandi pula.Sedang kami berjalan-jalan tak larat nak berlari, kami ternampak encik udin sengal. Kami pun apa lagi,  terus mengejar beliau untuk mendapatkan otograph.Tiba tiba, kami terbau kentut encik sengal. Kami kehairanan selama sesaat  lantas segera mengaru garu bontot yang gatal.Malangnya, encik udin sengal telah berlalu pergi. Dan kami terus berlari berkejaran mendapatkan encik sengal .







Peserta 2 ( Siti Farah )






Satu petang , Saya dan Opet gebu sedang berjalan untuk pergi ke kedaiRuncit Pak Leman .


Sedang kami melompat keriangan , kami ternampak seekor Beruang . Kami pun apa lagi, terus diam membantu macam batu belah batu bertangkup . Tiba tiba, kami terbau hancing giler lah . 


Kami kehairanan selama patplohlapan saat lantas segera menggaru garu lubang idung kami . 


Malangnya, udara segar yang masih ada itu telah berlalu pergi.


Dan kami terus pengsan tak sedarkan diri selama doplohpat minit.











Peserta 3 ( Yatzawawee )





satu malam, saya dan awak sedang berjalan untuk pergi ke kedai mapley. sedang kami berjalan - jalan, kami ternampak monyet. kami pun apa lagi, terus kejar dia. tiba tiba kami terbau busuk. kami kehairanan selama beberapa tahun lantas segera menggaru garu ketiak masing masing. malangnya, monyet itu telah berlalu pergi dan kami terus menangis sambil memblahkan diri.














         Err.. Korang nak bagi berapa markah untuk diorang ni? Korang kan cikgu cikgu ! Hehe.. Cer citer !!Aku nak out jap ni.. Ade emergency !!! Pritttt.. Jangan lupa terjah blogger diatas okeh? :))












Read more »

Sengal Zone Kembali !





         Assalamualaikum dan selamat hari Khamis kepada anda anda anda yang sedang membaca blog aku ni ! Hehe .. Lama tak bertemu.. Dah besar dah korang kan? Haha.. Ingat ni drama melayu ke? Kejap je besar ! Err.. Sorry.. Aku tak berapa berkenan dengan drama melayu .. Agak mengulangi benda sama jek.





          Okeh, agak agak ada tak orang bertanyakan kemana menghilangnya diriku ini ? Dan mengapakah blog ku ini begitu bersawang sawangan? Hehe.. Jawapan nya adalah... Ehem.. Aku agak busy ke busyan sedikit sejak beberapa minggu kebelakangan ni. Huhu.. Ada la satu dua masalah menimpa diriku ini. Akan tetapi, itu telah berjaya di setelkan oleh diriku ini dengan jayanya.. Ecehhh...





          Dan.. Kini, aku di Kuantan ! Bertukar cawangan ke My10's sini. Hehe. Kenapa bertukar cawangan? Erm.. Demi untuk menjaga ibu dan abah aku, aku memohon untuk bertukar cawangan ! Hehe.. Ye lah, diorang pun tak berapa sihat woo.. Aku pulak , tak sampai hati nak tengok je dari jauh.. Tu la pasal aku berpindah ke Kuantan.. Lagi pun, ibu bapa kita tu kan anugerah yang tak ternilai.. Disaat mereka masih ada ni la kita kena dok ingat, dok jaga, dan ceriakan depa. Nanti suatu masa, bila diorang ni dah di ambil Allah, tak ke kita akan rasa bersalah dan sedih berpanjangan? ..





           So.. Dengan itu, Sengal Zone akan kembali hidup! Hehe.. Itu comeback aku tu. Ewahhh.. Macam artis la pulak. Haha.. Takmo takmo.. Artis tak best.. Serabut woo.. Kan kan kan? Hehe..





            Hmm.. Apa lagik ye aku nak cerita kat korang? Erm.. Jap eh, nak fikir dulu.. Hehe.. Haaaaa.. Korang dah usha Top 10 Blogger? Hehe.. Klik je tab kat atas tu tau ! Err.. Aku nak teman mak aku gi pasar malam ni. Adiossss !! Nak kopok? Hehe..



Read more »

Ia Menenangkan Aku...











          Assalamualaikum dan selamat pagi ! Hehe.. Macam tak biasa pulak kita jumpa pepagi gini ! Hehe.. Mesti la korang dah mengtido di saat ini. Well.. Aku baru je bangun tido lepas dek terkena serangan migrain yang agak mendukacitakan lepas Maghrib tadi. Huhu.. Agak tak best perasaan ketika terkena serangan migrain. Tapi, apakan daya, kehidupan mesti diteruskan. Kan kan kan?





          Hmm.. Korang pernah usha / skodeng gumpalan awan dalam keheningan malam? Hehe. Subhanallah ~ Ia amat cantik woo. Baru tadi je aku menyekodeng awan awan itu. Diorang siap ada geng lagi tu. Hehe.. Comel woo.. Banyak pulak bentuk bentuk kecomelan boleh digambarkan seperti, arnab, burung, teddy bear dan jugak diriku ini . Haha..





           Entri ni bukan nak mengajak korang menjadi budak budak okeh, cuma nak korang menghayati benda dan alam sekitar di sekeliling kita ni. Hehe.. Ia anugerah yang tak dapat ditukar ganti ! So.. Macam aku yang baru baik dari kena attack migrain ni kan, bila usha benda benda macam tu, ia membuatkan aku sedar betapa kerdil nya aku ni ! Hehe.. Dan, ada waktunya, ia membuatkan aku senyum sesorang.. Hehe.. Tak caya? Try laa..





            So.. Kesimpulan  untuk karangan aku pepagi buta ni adalah, kekadang, tak perlu pun benda mahal mahal atau berbayar untuk mencapai ketenangan. Ia memang dah ada di sekeliling kita woo.. Hehe.. Hanya perlu menyedari je... Okeh la, nak gi layan DOTA jap. Jumpa pagi nanti !! Segmen Top 10 Blogger akan dimulakan pagi nanti !! Korangkah 10 Blogger terpilih bulan ni? Nantikan.... ;)











Read more »

Laptop, Jangan Tinggal Daku !

        Assalamualaikum wahai pembaca pembaca blog ku ! Sihatkah anda? Confirm la sihat kan? Aku? Sihat jugak ! Hehe.. Well well west, sudah 2 hari aku tidak mengupdate ini blog ! Adehhh.. Lama gila tu kan? Hehe.. Ada ke yang tertanya mana menghilangnya diriku ini? Ecehhh.. Bajet terkenal macam 24:7 la tu ! Haha..  No no no ! Aku tak menggemari kepopularitian., Bukan nya boleh makan pun kan. Hehe..





         So.. Berbalik pada tajuk entri aku ni. Ermm.. Aku kini berada di Kuantan iaitu kampung halaman diriku untuk menguruskan beberapa hal kekeluargaan yang tak dapat dielakkan. Esok aku bakal pulang ke Shah Alam kembali . Kerja beb !! Hehe..





         Kita abaikan perkara diatas, kita masuk ke bab sedih sikit. Haha.. Sound effect  Winter Sonata  kasi main  sikit. Huhu.. Actually, sebab musabab kenapa aku tidak dapat mengupdate blog aku ni adalah, kerana laptop aku buat hal ! Arghhhhh... Dia tidak dapat mengONkan dirinya ! Huhu.. Aku mengesyaki, charger dia problem. Tapi, boleh jadi jugak Motherboard ! Disebabkan itu, aku hanya mampu update di CC je.. Dah la banyak benda aku nak ceritakan pada teman teman dan sahabat handai berserta Geng Bas Sekolah aku nih.. Huhu.. Ni rasa nak pergi ratah Milo banyak banyak ni. Err..





           Hmm.. Dikesempatan ini , aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih pada mereka yang tetap singgah ke blog buruk aku ni, walaupun aku tak update dua hari ! Hehe.. Korang memang SENGAL ! Terbaikkk !! Err.. Aku nak gi basuh pinggan jap, mana la tau kan, kot kot ada magik laptop aku boleh ON balik .. Hehe.. Boleh ke??










Read more »

Mak Aku Dan Nuffnang? Ehemm..









          Assalamualaikum .. Kehadapan pagi kepagian ! Wohoo.. Ini hari hari pekerja kan? So.. Secara automatiknya, aku pun yang bergelar pekerja ni bercuti dengan sewenang wenangnya. Ahaa.. Aku maybe akan berangkat pulang ke Kuantan petang ni. Hehe.. Lama dah tak balik kampung .. Cuti cuti ni la balik kampung beb.. Jenguk pokok lidah buaya gua. Comel je..





          Well well west.. Entri ni berkisar tentang hubungan mak aku dengan Nuffnang ! Haha.. Apekah? Skandal kah? Hehe.. Ermm.. Lebih kurang camtu gak la.. Meh aku nak cerita permasalahan tersebut dengan nada lemah gemalai dan kentut sepam dua..





            Alkisahnya begini, macam biasala kan, hari hari mendatang ku lalui dengan penuh kesenyuman yang meleret sampai ke ubun ubun. Hehe.. Berkerja, mencari rezeki demi mengisi perut buncit ku ini. Menabung seposen setiap hari demi ingin membeli patung Sailormoon... Errr..  Hehe.. Dan segala gala jenis benda yang mampu menunaikan impian ku nan satu ni.. Ewahhhh..





             Semalam, sedang aku mengformat laptop orang dengan hidung kembang kempisnya kan, aku dapat mesej dari mak aku mengatakan..




" Angah, cek bernilai RM 101 dah sampai.. "





             Hoho.. Itu menandakan duit dalam akaun Nuffnang aku yang di cash out dua bulan lepas baru ku dapat ini hari ! Yaa.. Walaupun jumlah itu tidaklah semegah lain orang, tapi Alhamdulillah laa.. Rezeki berblogging untuk diriku ini tetap ada.. Hehe.. Syukran syukran..





              Itu yang menyebabkan aku terfikir sejenak , mak aku ni ada apa apa ke dengan itu NUFFNANG ? Hehe.. Nampak nya, pelamin anganku musnah begitu saja. Haha.. Takdelah, itu hanyalah imaginasi diriku yang sering bermain dengan diri ku di kala kebosanan dan kebangunan ditengah malaman ini. Hehe..





              So.. itu saja untuk pagi ni. Aku nak gi kemas kemas barang jap, sok nak balik Kuantan ! Yey ! Hehe.. Boleh la aku pergi mencari mentibang laut sekor dua.. Haha.. Eh.. Jap.. lupa nak ucap Thank You Nuffnang !!! Hehe.. Sapa nak choki choki? Jum turun Kuantan !!! :P









Koyok Ditempek : Maaf, my mom tak sukew bergambaw law ! Haha.. 





Read more »

Teknik Promote Blog Aku Terbaru !












            Adehhhh... Tangga itu sungguh curam ! Haha.. Actually, tangga ke bilik aku ni memang ceram dan gulap! Tapi didaki jua oleh beban diriku yang 63kg ni ! Hehe.. Ehh.. Korang di sanaaaaa !! Ni hao maaa !! Hehe.. Wo hen hao ! Ayuh melambai ke arah dinding masing masing.. All together ! Hehe..



        

            Dah.. Aku stop merapu kepunden kejap. Haha.. Aku kini dalam proses memprompot .. Err.. Salah ejaan tu.. Mempromote baru betul.. Hehe.. Ya.. Aku dalam proses mempromosikan blog Sengal Zone ni secara besar besarun ! Hehe.. Aku taip, aku gelak.. Pe kejadah? Haha..





             Cara terkini aku promote blog aku ni adalah dengan memberitahu orang ramai yang singgah service laptop mereka padaku tentang Sengal Zone ! Haha.. Berani gila kan? Well well west... Aku sebenarnya pemalu dan penyegan, tapi bila dah tengok customer customer senyum dan ketawa riang ceria., aku terus jadi tough and berani gitu ala ala Jennifer Lopez ! Ahakss..





            Alhamdulillah, mereka pun layan diriku yang sengal ni. Hehe.. Satu je rahsia terkini dalam memprompot kan blog. Iaitu jangan segan silu dan kena kuat and tough ! Tough dari hati. Bukan badan je tau. Hati pun ada yang tough gila gila remaja ! Hehe..





             So.. Akhir kata aku untuk entri kali ni, Jangan pernah kau ungkap cinta pada yang tak sudi ! Err.. Takde kaitan pun kan? Haha.. Belasah jeeee... Alamak...  Bas Seranas !!! Jangan tinggal dakuuu !!













Koyok ditempek :  Menulis dan menaip lain ! Menulis menggunakan pen, tapi menaip gunakan laptop, pc, ipad, type writer. Haaa.. Lain kan? Haha.. 








Read more »

Kenapa Aku Stop Buat Segmen?









               Hola sahabatku ! Aku tau entri ni agak kontroversi sikit ! Haha.. Takpe , takpe, aku dah ada kekuatan untuk bagitau kenapa aku nak stop buat segmen ! Hehe.. Baiklah, seperti korang tau, dari dulu, blog aku ada buat segmen itu la ini la kan.. Hehe.. Dan aku dah lama dah stop benda ni. Dah dekat dua minggu kot aku stop buat segmen ! Haha.. Mesti ada yang merindui segmen aku kan? Ermm.. Dont worry, segmen aku akan berubah style sikit. Dah lain sikit dan lebih simple..





               Sebelum aku mula menaip ni kan, diingatkan bahawasanya entri ni adalah pendapat aku yang datang dari hati, pengalaman serta perasaan lain macam. Hehe.. Lain macam? Yee.. Lain macam..





              Ermm.. Aku berhenti buat segmen sebab bagi aku, segmen itu tidak memberikan kepuasan yang sebenar dalam blog ! Haha.. Kalau nak tambah follower, nak tarik traffik tinggi, segmen banyak membantu. Hehe.. Jujur aku cakap, aku dah rasa dah ini semua, dan ia membuatkan aku seronok dengan traffik yang tinggi minggi ! Haha.. Tapi.. Aku still rasa tak puas hati. Entah kenapa tah, satu hari tu, aku renung balik segmen segmen aku dulu. Semua nya sama je. Iaitu BACKLINKS !





               Hehe.. BACKLINKS ke blog aku ! Daripada blog korang yang join tu la aku dapat backlinks dan blog aku makin dikenali. Dari segi apa? Hehe.. Senang je, dari link ke entri aku, dari tempekan header aku di blog korang ! Hehe,. Korang paham kan?





                Jujur aku cakap okeh, aku rasa tak best. Aku sangka kepuasan akan ku dapat dari segmen sebenarnya perasaan bersalah menghantui aku. Hehe.. Mesti korang hairan kan? Ermm.. Aku bagi situasi, aku buat segmen, dan syarat dia adalah letak header, link blog aku kan, kemudian korang pun join. Link dan header blog aku kan masih ada dalam entri korang kan, bila pembaca blog korang masuk dan terbaca entri pasal segmen aku kan, confirm la diorang klik link aku dan automatik masuk ke blog aku. So.. Lepas itu apa jadi? Hehe.. Blog aku yang dapat banyak traffik daripada blog yang join !! Tu yang buatkan aku rasa bersalah dan ia tidak adil ! Huhu..





                Yang selalu jadi mangsa adalah blogger blogger baru ni la.. Serius.. Hmm.. Di kesempatan ini, aku nak mohon maaf sebab terpaksa bagitau benda nih. Huhu.. Dan kalau korang nak UNFOLLOW blog aku pon takpe, aku faham.. Tapi, aku akan terus berblog dengan cara aku. Takmo buat segmen dan segala yang melibatkan backlinks ! Ia bukan cara aku.. Maafkan aku ye sahabat .....







Read more »

Aku Tertarik Gila Dengan Entri Mamat Ni !









               Yuhuuuuu.. I'm back ! Hehe.. Well well west, tadi , time aku blogwalking tanpa arah tujuan kan, aku tertarik dengan satu entri ni. Yup.. Entri INI ada kaitan dengan entri aku yang INI .. Erm. Lebih kurang la persamaan dia. Hehe..





                Hmm.. Lepas korang baca entri tu kan, try korang renung balik setiap ayat dalam entri mamat tu. Aku pun rasa macam yang mamat tu rasa, tapi aku tak terluah.. Entah kenapa, aku tak berapa pandai mereka ayat berkaitan isu diatas ! Hehe.. So.. Kalau korang mampu dapat something dari entri brader tu pon bagus la. Tapi, jangan salah sangka pulak okeh. Pada aku, entri mamat tu ada yang betulnya. Serius.. Aku pun dah rasa !





                 So.. Oleh itu, berhati hati la dalam dunia maya ni ! Hehe... Tersilap langkah, anda akan dipergunakan. Wallahhualam ~ Akhir kata, pepatah dari aku, diam diam ubi berisi tetap ada bahayanya ! Hehe.. Chowww.. nak gi makan !! :D









Koyok Ditempek :  Blog blog blog.. Dunia blog ni makin berubah ! Huhu







Read more »