Tampilkan postingan dengan label Sengal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sengal. Tampilkan semua postingan

Aku Dan Awan !







Awan oh awan..
Kenapa kau bergerak dalam slow-mo?
Tetiap kali kau bergerak dalam slow -mo tu la
Perut aku berkeroncong tatkala menatap dirimu..




Awan oh awan.. 
Bila kupandang wajah mu nan ayu..
Hati ku tenang setenang tenang ikan pekasam bawah tudung saji.
Kau tahukan aku kat bawah ni selalu tunggu kau ! 
Kau tahukan aku sanggup menahan diri dari terkucil
Semata mata nak tunggu kau berarak ..




Awan oh awan..
Kenapa kau kejap muncul , kejap kau hilang..
Aku dah ready dengan biskut chipsmore ni hanya untuk kau..
Tapi kau tiup ia ke tepi.. 
Kau biarkan ia jatuh ke rumput rampai..




Awan oh awan ..
Diketika kau hilang sebentar,
Aku kutip biskut tu,
Dan aku tiup tiup seumpama kau..
Lalu ku makan dengan penuh ketenangan..
Sungguh ranggup sekali biskut itu awan..




Awan oh awan..
Kalau boleh, jangan lah hilang lagi..
Aku nak tengok kau berarak..
Biar pun kau tak pernah anggap aku ada kat bawah nih..
Aku tetap nak tengok kau jugak.. 
Melihat kau dari jauh pun sudah memadai buat aku.. 
Aku mencintai mu awan berbentuk Atasinchi.. 




Awan oh awan..
Aku balik ni awan..
Lepas nih mungkin aku takkan datang tengok kau lagi..
Sebab aku dah ada Awan Dania kat Astro ..
Sorry awan.. 








Koyok Ditempek  :   Sorry, entri aku agak pelik malam ni.. Sama macam Nuffnang jugak.. Perasaan aku sangat la berkecamuk macam meggi renyuk goncang makan tu.. Huhu..  




Read more »

Hari Isnin Oh..





Assalamualaikum..  Kehadapan dan kebelakang serta ke kiri dan kekanan wahai pembaca pembaca blog Sengal Zone sekalian Universe ! Whoaaaaaa.. Isnin dah kan hari ni? Patut la aku terasa kebosanan.. Haha.. Well.. Aku yakin seyakinnya korang pon mesti bosan gak kan? Ada tak rasa lemau? Korang ni kuih raya ke hape? Haha..





Okeh, sambil sambil korang sedang menjalankan aktiviti korang tu kan, apa kata korang dok bersandar kejap.. Sandar je la kat mana pon.. Sandar pada dinding ke, sandar pada pokok ke, sandar pada kenangan pon boleh.. Haha.. Dah sandar eh? Bagus..





Sekarang ni try pulak ambik sebatang pen or pensel kan.. Kepitkan diantara muncung korang.. Kemudian bangun dengan hati hati, jalan pergi kedapur, jangan bagi pen atau pensel tu jatuh tau.. Sampai dah dapur? Bagus.. Sila bancuh milo ais untuk aku.. Dengan cara sebegini, confirm korang takkan bosan.. Korang mesti ulangi aktiviti tu tetiap hari Isnin okeh..  Nescaya korang takkan jadi lemau seperti kuih raya lagik..





Ekceli, entri aku ni pon ada berbaur lemau selemau lemaunya nih.. Idea aku tepu dan membeku nih.. Camne eh? Nak hempuk pala kat kusyen ke hah? Tak pun hempuk kepala dalam tepung gandum? Haha.. Okeh la, aku nak pergi berlari lari depan mak aku jap ni.. Untung untung kena sound kan.. Haha.. Chowwwww...







Koyok Ditempek  :  Hua Hua.. Korang dah baca Novel Exclusive Sengal Zone? Alaaa.. Yang Haikal dan Nur tu laa.. Hehe.. Nak tau tak Haikal Dan Nur (Siri 2) dah siap dah. Tapi, aku rasa macam malas publish lagik.. Lalalala.. Melainkan ada orang buatkan aku Milo ais baru aku publish ! Haha.. Kekejaman berleluasa.. :P
Read more »

Krim Kekal Cantik Selalu !

Assalamualaikum ! Anda inginkan muka yang anjal, pejal, kejal dan jugak mantappp? Ingin jugak kelihatan muda senantiasa? Bercahaya , berseri dan ber ber ber lain lagi? Jangan risau mudah saja tu.. di Sengal Zone, kami ada jawapan bagi semua itu.. Hehe.. Terima la produk terbaru dari Sengal Zone ! Iaitu krim Kekal Cantik iaitu Sengal - Da ! Krim yang mampu menegangkan kaki dan jari jemari anda.. Jeng jeng jeng... Saksikan laaaaa ( Gaya Iwan dangdut )







Krim Sengal - Da 





" Kecantikan itu mudah dikecapi dengan ada nya Photoshop ! "








Hehe.. Nak order? Boleh boleh, taip Sengal-da dan hantar ke NO JIRAN anda.. Okeh? Selamat hari Jumaat !!!! Okbai !






Koyok Ditempek  :  Aku pakai Fair and Lovely mak aku punya tadi.. Mana la tau, kot kot transform jadi Lee Min Ho kan.. Err.. Bangga kejap.. Miahahaha.. :P


Read more »

Resipi Milo Ais Terbaik Yaw Aw Aw !

Assalamualaikum ! Selamat tengah hari ! Bertemu lagi anda bersama Chef Ding Dang dalam rancangan Masak Masak Kejadah Sengal Zone ! Hari ni saya selaku pemegang amanah Chef Chef antara Nigeria dengan ini nak bagi resipi SPECIAL kat you alls ! Uhuk uhuk.. ( Menepis bulu mata lentik masuk mata )





Resipi kita hari ni adalah Milo Ais Yaw Aw Aw ! Sebut Yaw Aw Aw tu mulut kena kasi muncong sampai ke dahi jiran sebelah ohkeh? Kalau tak muncung,  mandrum mandrim dia tak menjadi.. Resipi ni sesuai diamalkan ketika fajar menyingsing, ketika matahari di ufuk kiri dan jugak majlis majlis berkhatan.. Okeh, tanpa membuang masa jom tengok bahan bahan untuk resipi terbaik ini..





Resipi Milo Ais Yaw Aw Aw ! 






Bahan bahan nya ..


18 Sudu besar gedabak Milo.
5 kati Susu pekat manis 
Secubit gula / Semanis kurma
1 Gelas free Fresh n White.
Sudu anti berkarat / Stainless steel iron man.
Air yang HOT stuff..
Ais batu dari Antartika..






Cara penyediaan ..


Masukkan 3/5 kati susu pekat manis kedalam gelas free tu...


Kemudian renjis renjis dipilis gula secukup rasa.
.
Lepas tu, korang tuang air yang hot tu separuh je kedalam gelas sambil korang shoot gambar diri sendirik.. Wajib pose secara gedik gedik santai tau..


Setelah itu, masukkan sedikit demi sedikit Milo sambil menyebut Aw Aw Aw Yaw dan kacau sehingga diri kamu merasakan gegaran ala ala goyang gerudi.. Jangan lupa dik non, tinggalkan sikit milo tu untuk 
gerakan penyudah ( smackdown ) nanti tauuu... 


Lepas itu, masukkan beberapa ketoi Ais Antartika tersebut dengan penuh lemah gemalai..


Last sekali, taburkan baki milo tu sambil cakap 
" If you smellllllllllllllll... What the ____ is cooking !!" 

* Sila isi nama anda ye ! 
sambil guling guling dari dapur ke ruang tamu..


Maka siaplah resipi Milo Ais Yaw Aw Aw ! 








So. Apa tunggu lagi, jangan segan silu untuk mencuba okeh ! Hehe..






Koyok Ditempek : Hoho.. Aku lebih prefer Milo ais kat mamak dari kat kedai melayu.. Lebih pekat woo ! :D




Read more »

Aku Taknak Tinggal Sebelah !



Dulu dulu, di sebuah sekolah rendah, tahun 1995 sebelum Nokia 3310 dan Space Impact tercipta..




Oudean :  Weh, ko berak dalam seluar eh? Eeeee.. Tak malu..


Seman  :  Mana ada .. Tu coklat nano nano la lekat.. ( gaya confident )


Oudean : EEEEEE.. Seman berak dalam seluar ! Aku kasi tau kawan kelas ! 


Seman : Takde laaaaa.. Tu coklat nano nano laaaaa ( Start nak nangis )


Oudean : Tak kira, ko tipu .. Ayooohhhh !! 


Seman : Ko nih... Tak nak kawan la dengan ko camni.. Uhukk uhukk..


Oudean : Taknak kawan sudah, namamu Dollah , k*p** mu sebelah !




Seman terdiam dalam seminit tiga puluh dua saat. Kemudian..




Seman : Ummm.. Dean....


Oudean : Ape? 


Seman : Kita kawan balek boleh?


Oudean : Kenape plak?


Seman : Sebab , aku taknak hilang K*p*k aku sebelah.. Nanti camne aku nak bagi anak aku minum  susu??


Oudean : Okeh, kawan balik ..




Maka, mereka pon berjalan merentasi longkang untuk mencari berudu yang disangka kan ikan pada waktu itu dengan penuh riang gumbira..








Koyok Ditempek : Ini adalah kenangan aku time kecik yang xdpt dilupekan. Hehe.. 16 tahun dulu..  Hmmm.. 







Read more »

Wordless Wednesday #1 : Apekah?















Read more »

Jom Karaoke Lagu Kool Ni !

        Assalamualaikum, Haaa.. Nak karaoke? Taknak? Tapi aku nak .. Haha.. Alaaa.. Jom la, sesekali je pon.. Lagi pun lagu ni kool sangat ! Seriussss !  Aku bagi lirik sekali kat bawah video ni tau, alaaa.. Senang sikit korang dan aku bernyanyi seiring irama ! Ecehhh.. Jom laaaaa .. Jom ek ..









Lagu ter"kool" masa kini..
Mempersembahkan...




Siap sekali dengan lirik serta cara menyampaikan lagu ni.




Dengan kerjasama Sengalman dan Mat Kool !




Terimalah ...












Lirik :


[ Mat Kool ft Mat Sengal ]






Mat Kool , Mat Kool, kawanku..


Mari kita ikut Mat Kool


Main main selalu..


Syok nya syok nya ada 


Mat Kool ~




Rap*


Ohoooooiiiiiii Mat Kool ( 15harkaat )


Kalau aku ikut , ikut , ikuttt .. ( 2.2 saat je )


Ko mau kemana yaaaa ! Hah, hah hah ( dengan gaya menumbuk )








Pompuan *


Alahaiiii dondang sayangggg... ( bergolek turun tangga )


Mat Kool sayanggg.. ( bergolek turun eskalator )


Belanja laaaa eskrem yawww !  ( sendeng bahu kat patung mekdi )




* Kemudian ulang balik rangkap atas sekali 












Selamat karaoke dan berimaginasi okeh ?
=)














Koyok Ditempek   :  Kuasa imaginasi ada didalam anda ! hehe.. 







Read more »

Bosan Dalam Lif? Try Ni !





           Haluuuuuuuuuuuu eberibodi , bertemu lagik kita di petang Isnin yang suam suam kuku ni. Amacam hari ni? Mesti dah ready nak pergi bazaar kan? Hehe.. Bagi yang dok dalam opis tu kan, mesti kene naik lif kan? Well, bagi mereka yang akan naik lif mahupun benda yang sewaktu dengannya tu kan, aku nak bagi beberapa teknik menghilangkan kebosanan secara sengal didalam lif ! Hehe..





             Ermm.. Mesti korang bosan kan duduk dalam lif , tambah tambah kalau berhimpit himpit dengan orang yang tak dikenali, mesti malu malu , tengok atas la, tengok henset la dan jugak banyak lagi la benda yang boleh cover cover kemaluan itu kan? kan kan ? So.. Meh aku nak bagi beberapa langkah SENGAL yang boleh dibuat dalam lif ! Cool woo..











  1. Salam semua orang yang naik lif dengan penuh bersemangat.


  2. Dalam dok berhimpit himpit tu, buat bunyik "Meowwwww" secara slow bagai membisik di awan lalu.


  3. Tenung seseorang secara rawak dengan penuh khusyuk , kemudian jerit "Arghhhhhh.. Dia kat siniiii !!" dengan penuh ketakutan macam terjumpa hantu Ju On !


  4. Tiap tiap floor yang stop, buat bunyik "ting tong", pastu buat muke tak bersalah.


  5. Bila korang tinggal berdua je dengan orang yang naik lif, jentik cuping telinga kanan die, pastu buat buat macam bukan korang yang buat.


  6. Kentut secara senyap dan kemudian anda pun senyapkan la diri anda.


  7. Rapatkan muka ke pintu lif.


  8. Angkat tangan dan mula buat ombak ! Ala ala wave tu la.. Kemudian ajak orang lain pun buat.


  9. Apabila pintu lif terbukak, lari sekuat hati keluar, dan kemudian masuk balik dengan cool.


  10. Lompat kuat kuat, kemudian cakap " Lif ni tak terjatuh ke?".





          



            Uhukk.. Jangan lupa try okeh, langkah langkah diatas ni boleh menghilangkan rasa bosan dan malu dalam diri anda ketika berhadapan dengan lif ! Okeh la, aku nak gi bazaar ni, sapa nak ikut? Jommm.. Hehe =)





Read more »

Lawak 3 Lelaki Kacak !









            Assalamualaikum !! Wohooo .. Malam sudah menjelma dan tarikh bakal silih berganti ! Takpe takpe, itu bererti umoq kita dah berganjak satu hari lagik ! Umo aku pon sama la camtu.. Errr.. Takpe, aku pakai SK-II ! Haha.. Keanjalan hidung milik setiap jejaka ! Kan kan kan? Hehe..





            Well.. Malam ni , aku nak share dengan korang satu kisah lucu tentang 3 lelaki kacak ! Yup .. Sumber cerita ni di copy paste dari Syok ! Hehe.. So.. Ayuh melayan bebola mata kita ni dan standby la untuk ketawa ! Jummm..











         Seorang imam telah terserempak dengan 3 orang pemuda yang agak kacak dok melepak semasa beliau hendak pergi ke Surau. Lalu beliau pun menegur mereka :






Tok Imam: Assalammualaikum. Kamu bertiga mari ke surau kita berjemaah solat Zohor. Sempena Bulan Ramadhan ni elok lah kita berjemaah. Lagi berkat.



Ali: Waalaikumsalam imam. Errr…takpe lah imam. Kami ni malas skit kalu nak ke surau. Maklumlah penat berpuasa.



Abu & Ahmad: A'ah, betul tok imam. Letih la.







               Selepas mendengar alasan tersebut, tok imam cuba memujuk mereka lagi.






Tok Imam: kalu kamu bertiga boleh solat berjemaah dengan aku. Aku akan izin kan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anakku Salmah.












              Selepas mendengar offer daripada tok imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju. Takkan mereka hendak melepaskan peluang berkahwin ngan Salmah, gadis yang paling cantik dan ayu dikampung mereka. Lalu bertolaklah mereka berempat ke surau.








              Apabila surau membetulkan saf barisan, tok imam tersebut menyuruh Ali tersebut Azan. Apabila Ali azan tok imam terus menampar pemuda tersebut.








Ali: kenapa tok imam tampar saya? Suara saya tak sedap ke azan?




Tok Imam: suara tak sedap kepala hotak ang. Aku suruh azan bukan suruh takbir raya.










           Lalu ketawalah Abu & Ahmad kerana kejahilan Ali. Azan kemudian diteruskan dengan lancarnya oleh Ahmad.








          Apabila imam mula mengangkat takbir pertama, imam tidak kusyuk lalu beliau mengangkat takbir kali kedua dan perkara berulang lagi. Apabila imam ingin mengangkat takbir kali ke-4, Abu menegur tok imam dan menawarkan diri menjadi imam. Tok imam pun bersetuju.




          Apabila Abu tersebut mengangkat takbir je terus toleh ke belakang memandang tok imam.








Abu: tok tengok, saya angkat takbir sekali jek. Bukan macam tok banyak2 kali.









         Pang!! Seorang lagi terkena penampar jepun dari tok imam. Marah lah amat tok imam pada mereka yang begitu jahil tentang solat.






         Oleh kerana perasan muka tok imam telah merah padam menahan marah, Ahmad menawar kan diri supaya menjadi imam. Oleh kerana sudah lewat tok imam membenarkan Ahmad menjadi imam.






         Tanpa tak disangka Ahmad menjadi imam cukup baik. Samaada dari segi tertibnya mahupun bacaannya. Selepas selesai membaca doa tok imam memuji Ahmad.








Tok Imam: tak ku sangka rupa-rupanya ang boleh menjadi imam yang baik sekali. Ang mmg sesuai menjadi calon menantu aku.










            Lalu Ahmad menjadi riak dan bangga dengan pujian tok imam.








Ahmad: Biasa lah tok. Itu belum ambik wudu’ lagi. Kalu dah ambik wudu’ lagi saya hebat tok.

Selepas mendengar apa yang ahmad kata Tok Imam terus pengsan dan tidak bangun2 terus.






~ SEKIAN ~








Koyok Ditempek :
Macam ni punya orang pon ada ka ? Hehe.. :P



Read more »

Istilah Komputer Yang Sengal !







            Haluuu.. Aku kembali lagi ! Haha.. Sekarang aku takmo speaking London dah. Haha.. Aku sekarang ni kembali berbahasa kesayangan ku. Kalau tak, susah aku nak expresskan kesengalan ku itu.



            Aku jalan jalan dalam dunia maya ni kan. Terjumpa satu istilah yang sangat la sengal ! Haha.. Korang baca la kalau nak tau sejauh mana kesengalan istilah tersebut. aku nak sambung main Angry Birds ni ! Marah burung burung tu nanti ! Haha..




             Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah



  • Hardware : barang keras

  • Software : barang lembut

  • Joystick : batang bahagia

  • Plug and Play : cucuk dan main

  • Port : lubang

  • Server : pelayan

  • Client : pelanggan



Contoh Ayat :


" That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."




Selepas di translate :





" Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan. "





Sumber dari :  Lawakjenaka.com

















Koyok Ditempek : Adehhhh.. Speechless kejap aku ! Haha..









Read more »

Penyakit Pelik ku !

Selamat malam para para sakura ! Eceh. Kawan kawan ku, tadi kan. dalam lebih kurang pukul 11.15 malam tadi, aku mengalami kesakitan perut yang amat serius, ia bergetar getar bagai kan vibrate telefon Nokia 3310 aku yang dahulu kala. Lalu, aku pun mengambil inisiatif untuk pergi berkunjung ke Restoran Mamak berhampiran dengan tempat kediaman ku yang terletak dalam 0.20" batu nautika dari paras mata , bersamaan dengan 50 meter kalau menggunakan selipar!
Lalu, aku pun menghidupkan lah enjin selipar Crocs ku yang berwarna merah merah seksi gitu.. dan bergerak lah menuju ke Restoran tersebut. Bagi mengubati penyakit ku yang memelikkan itu, aku pun lalu dengan pantas mengangkat tangan bak seorang murid yang ingin mengajukan pertanyaan ILMU HISAB dan mengorder la Roti Kosong dan Kuahnya adalah susu pekat, manakala, minumannya pulak, Milo Tarik.
Dengan penuh kekhusyukkan, aku pun makan lah, dah rezeki depan mata, dan secara tiba tiba, penyakit perut ku tadi beransur pulih. Aku makin bingung , bagaimana Roti canai ini mampu mengubati penyakitku tadi, tanyaku di dalam hati.
Kemudian , aku pun mendapat satu akal, iaitu mencecah kan Roti Canai itu kedalam Milo tarik ku yang sedang beralun alun bagai ombak di lautan. Lalu ku suap ke dalam mulut ku, dan ku telan. Wow! marvellousso! Sedap gila! Ini serius, mesti bantu dia (dialog Wonderpets). Tak caya?
try la sendiri ye! Aku tak dapat menggambarkan dengan kata kata perasaan tersebut, dan aku terlalu leka makan sampaikan terlupa nak ambik gambar sebagai bahan bukti kes ini. hehe
Jadi apa tunggu lagi, mari menyerbu Restoran Mamak berhampiran ! Aku nak siapkan assignment nih sambil sambil bermesej mesej dengan Cik teddy aku..
Good night my friends.. Basuh kaki dulu, takut sat lagi ada benda yang bermata merah dok perhatikan.. hehe assalamualaikum ~ =)
.....
*Gambar hiasan, tiada kaitan dengan watak dalam penceritaan :P
Read more »

Patot tukar ke tak? =(


Selamat malam sahabat ku yg budiman, superman dan ultraman !
hehe.. korang dah tido ke belum? jangan lah tido lagi ! tido la lepas jawab persoalan aku ni..
hmm.. kalau korang nak tido jugak, meh aku baca kan buku Perlembagaan Negara nak? hehe
buku apa? alah, buku yang ada akta - akta, enakmen - enakmen, dan tatacara negara kita la!
hahaha nak nak nak?
okeh, aku nak bertanya dan meminta pendapat korang nih,
korang perasan tak, link blog nih, nama dia Sengalman?
alah, yang sengalman.blogspot.com tuh..
perasan tak? hehe.. aku rasa nak tukar la
jadi Sengalzone.blogspot.com
okeh tak agak agak?
ke nak kekalkan jugak yang lama?
aku dah konpius dah nih, dari tadi aku dok pikir, sampai berguling- guling
kat tangga, guling kebawah dan guling keatas..
haha macam tenggiling dah !
haiihhh.. korang jangan diam taw! bagi jawapan,
kalau korang nih diam, aku takkan teragak agak merangkak bawah katil dan toto korang
malam neh.. ngeh ngeh ngeh =P
Ingat! dan AWAS!
heee
=)
Read more »

Madah Sengal Zone 1




Ya ! Kita bertemu lagi dalam segmen terbaru Sengal Zone,
iaitu, segmen Madah Sengal Zone ! hehe.. dalam segmen nih,
aku akan kuarkan satu atau pun sepotong ayat yang aku reka sesuai
dengan apa apa situasi yang aku tengok, rasa, lihat dan sentuh !
eceh.. macam pemboleh ubah plak kan? hehe takde takde !
Ia tiada kaitan langsung oke ! hehe okeh, tanpa membuang
tenaga internet korang, aku nak bagi madah tu ..
madah nya adalah,
......
" Kalau takut dilambung lambung,
jangan pergi ke laut atau bermain dengan
tilam lompat tinggi ! "
......
hehe korang tak paham?
aku pon sama! mari lah kita faham memahami
antara satu sama lain !
hehe oke.. nantikan Madah Sengal Zone ! esok ~
Assalamualaikum, dan jangan lupa makan malam !
=D
Read more »

Sengal Zone Fan Page !

Assalamualaikum sahabat2 ku ! hehe
Dah tidoq ka? erm.. Esok kan dah start balik hari yang penuh dgn kesibukan,
ada yang kerja, ada yg study, ada yg jadi blogger dan buat entri 24 jam non stop.. ada ke eh?
hehe.. walau ape pun yang kita lalui esok hari, pastikan kita terus ceria dan bersemangat seperti kereta Waja oke! hehe ..
Oke2, kalau korang yang mengikuti perkembangan Sengal Zone ni perasan kan,
Sengal Zone banyak berubah kan?
hehe dan hari nih, aku menambah lagi satu perencah atau strategi baru untuk mempopularkan blog aku nih. Nak tahu aku buat ape? Ha.. Aku tambah Fan Page untuk blog aku nih !
hehe dekat Facebook taw! hehe
actually tujuan aku buat Fan Page nih, bukanlah untuk populariti,
tapi untuk menambah sahabat handai dan memudahkan aku nk post entri !
lagi satu, aku nak para para blogger kat facebook tu, promote blog depa kat page aku tuh..
dalam pada sama , aku dan blogger blogger lain dapat berkongsi2 pendapat ke, pape barang ke,
hehe .. aku terfikir tadi, pe salah nye, kalau orang like page aku tu, dan kemudian aku pon pi bukak blog orang tu,
dan automatik la aku akan jadi follower! hehe sebab aku kalau dah bukak blog orang, mmg sah la cari tempat nk follow !
Walaupun kekadang, orang yg aku follow tak follow aku, aku tak kisah pon, sebab bagi aku, masing masing ada hak,
dan aku tak berharap pun untuk di follow balik, sebab aku nk jadi macam Ultraman Cosmos!..
hehe selamatkan orang dgn cara meng"klik" Nuffnang diorang daripada Raksasa Server!
dan selalu nye, aku akan tinggal kan beberapa ayat di shout box!
kalau nak komen pulak, kekadang je aku komen, sbab kekadang gak aku tatau nak komen ape!
haishhh.. kekadang, blog korang nih sangat cantik, sampaikan aku terkesima dan terpegun bila buka dan baca! memang terbaek la! sapa la ajar korang kan.. aku nak blajar jugak weh ! hehe
oke.. sebut pasal blaja kan, aku bnyk blaja dari blog orang lain,
dan hari nih, Kay Nisa , seorang blogger yg agak "otai" tolong aku woo tentang Fan Page nih..
hehe trimas Kay ! hehe ..
nak tengok Fan page aku kat Facebook tak?


korang search je Ini Blog SengalZone k!
hehe.. tenkiu2.. dan aku nk ucapkan trimekasih bnyak banyak kat korang ! ..
sbb bagi aku tempat dlm industri Pemblogan ini! haha trime kasih mak ayah! hehe macam amik award!
so.. aku nk tido dah ni..
sampai kite bertemu lagi sok !
gudnite! Shah Alam ujan lebat weh!
syiok kalau pekena Ubi rebus ngn kopi O !
hehe terliur la tu!
tata
=)
Read more »

SPM On !

Salam ..
dah breakfast blom? hehe
kalau blom , jum makan roti cicah kari..
hehe sedap woo.. ;D
hmm.. pagi pagi nih, sementara tunggu bas aku nak bertolak ke Shah Alam,
aku pon on laptop spiderman aku nih, lalu masuk ke blog aku dan seterusnya
mengupdate la blog Sengal aku nih..
hehe walaupun aku taw kelas aku dah start dah skarang ( 8.3o a.m ), tapi disebabkn masalah yg
tak dapat nak dielakkan, aku still kat Kuantan..
huhu dah la hari nih bermulanya last semester aku..
T~T
oke.. entri aku kali nih untuk adik aku yg bakal mengambil SPM
hari ni start dah !
nak tengok adik aku?
ensem ! lagi ensem dari aku !
hehehe
|
|
|
* Inilah beliau seorang dancer
....
ha.. dah tgk ? hehe..
Ucapan kpd beliau..
"Acik, jawab bebaik soalan tuh, buat yang terbaik tuk diri ko !
angah sayang ko !"
hehe.. dan kepada semua yg ambik SPM skali,
buat bebaik gak !! kalau rasa tak dapat jawab,
relax dulu 3 minit..
oke! pasti boleh !!
:)
so.. akhir penceritaan, aku nak balik Shah Alam, dan nak abiskan semester last nih !
pastuh nak grad !
hopefully sgt sgt semester ni aku akan lagi cool, lagi diam, dan lagi sengal !
oke la, nnt tertinggal bas aku, korang nak antar ke?
hehe take care korang !

Read more »

Ben Ashaari mengubah aku?

Salam
korang tengah watpe? adakah sedang menjamu selera? ataupon sedang bersiar siar?
hehe.. korang perasan tak gaya penulisan aku dah mula berubah?
ada la sedikit skema, tapi takpe, sebab nak memartabatkan bahasa melayu kite nih,
sebab aku nih kan melayu, kulit pon sawo sawo matang gituh..
nak tau kenapa aku mengubahkan gaya penulisan aku.
dan jugak kurang menggunakan short form ?
sebab, aku baca tips kat blog
dia cakap ape? adalah, korang pergi la godek godek sikit blog Ben tu.
Blog dia banyak gak tips utk blogger yang baru cam aku nih,
yang masih lagi tertatih-tatih dalam arena blog nih..
hehe.. so.. itu saja untuk jam ini, jangan lupa bersama saya lagi
dlm rancangan Sengal TV !
akhir kata, jangan kejar nama, tapi kejar la waktu solat ! =)
Read more »