Tampilkan postingan dengan label kehidupan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kehidupan. Tampilkan semua postingan

3 Cara Nak Bagi Jiran Senyum Di Pagi Hari.







Assalamualaikum !! Morning morning peeps ! Ewahh.. speaking pulak di pepagi nan indah ni.. Haha.. Takpe, orang cakap speaking pepagi boleh menjadikan diri HOT ! So.. Mari berskipping.. Errr.. Mari berspeaking di pagi hari !!





Okeh, pepagi cenggini aku nak memberikan tips nak buat jiran anda tersenyum di pagi hari ! Alaaa.. Kita kan 1Malaysia, macam kat rumah aku ni la, belah kanan cina, belah kiri cina, belakang india dan aku pulak di tengah tengah ! Hehe.. Time raya hari tu sempat gak la bergelak ketawa bersama diorang.. Memang sempoi habes tatkala diorang datang beraya kat rumah aku.. Errr.. Rumah mak ayah aku.. Boleh dikatakan, tak rugi la mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga ni.. Siri eus oooo !





Okeh, tanpa membuangkan masa ni, jom tengok tips yang mampu membuatkan jiran anda senyum dipagi hari !! Versi Sengalman..







  • Di pagi hari, ketuk pintu rumah jiran anda dengan mengikut nada lagu anda suka. Ikut tempo dengan sekata tau. Ketuk tanpa henti yee sampai jiran anda bukak pintu.. Bila jiran anda tu bukak pintu rumah dia dan tanya korang apa yang korang buat. Korang cakap je yang korang rindukan jiran anda tu dan ketukan tu sebagai tanda kerinduan yang mendalam di pagi hari..  Confirm akan terukir kerutan kerutan berbentuk senyuman di bibir beliau kalau anda perhatikan dengan penuh khusyuk.. 



  • Apabila anda sedang menyiram pokok bunga, siram la sekali pokok pokok, kereta, ampaian, binatang peliharaan, satelit Astro dan bumbung rumah jiran anda. Alaaa.. Siram la ia dengan penuh rasa bangga sebab anda dah membantu meringankan sedikit bayaran bil air jiran anda. Mesti lepas tu jiran anda akan senyum tatkala melihat anda mundar mandir di depan mahupun tepi rumah beliau.. 



  • Pagi pagi, bila jiran anda nak pergi kerja kan, anda mesti ready dengan satu sepanduk yang menuliskan kata motivasi dan jugak perangsang ! Kemudian, anda readykan diri anda itu di tepi rumah beliau.. Berdiri lah disitu sampai jiran anda mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Sambil berdiri tu , laungkan setiap bait kata kata yang tertulis di sepanduk anda itu dengan lantang, bertenaga, serta sekuat kuatnya.. Lebih afdal lagi kalau anda boleh mengegarkan satu kejiranan / kampung anda. Confirm sangat sangat lepas tu, anda akan menerima senyuman dari jiran anda setiap pagi ! :P







Amacam? Ada berani? Bukan susah pon kan? Hehe.. Jom buat jiran anda senyum berpanjangan ! Haha.. Err.. Okbai ! 










Koyok Ditempek  :  Teringat dulu, anak jiran sebelah rumah pernah melancarkan siri mengayat diriku ini.. Tapi tak dilayan.. sebab aku ni teramat la pemalu.. Hehe.. :P




Read more »

Benda Free Dalam Hidup Yang Terbaik !







Holaaaa ! Aku datang lagik dengan permainan robot bergerudi Inul ! Haha.. Ewahhh.. Ingat aku Ding Dang ke hah? Hehe.. Okeh, entri malam ni ringkas je.. Ia berkenaan dengan kehidupan . Yup, kehidupan, atau pon dalam bahase omputihnye " LIFE" .. Hehe.. Dalam bahasa planet Uvhiguh ia dipanggil " kulikulidudu purrr " ! Hehe..





Well.. Dalam hidup ni mana ada benda FREE ye tak? Ehhh.. Ada laaa.. Benda FREE tu ekceli dekat je dengan kita ! Seriusss.. Percayalah cakap aku ni.. Kang aku nyanyi lagu Percayalah - Siti Nurhaliza kang ! Haaaa.. Maleh cakap dah, korang tengok la gambar kt bawah ni bagi menyokong kata kata aku tadi.. Ewahhhhh..















Haaa.. Percayalahhhh ! Errr.. Kan ada je benda FREE tu disamping kita kan! Hehe.. Tak perlu duit pon boleh dapat kebahagiaan woo.. Lagipun, duit is not eberiting kan? Jadi, aku nak pi buat milo panas cicah biskut cokolat cip jap ! Itu pon kebahagiaan jugak ! Hehe.. Tata.. ;)









Read more »