Tampilkan postingan dengan label 3perkara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 3perkara. Tampilkan semua postingan

3 Cara Nak Bagi Jiran Senyum Di Pagi Hari.







Assalamualaikum !! Morning morning peeps ! Ewahh.. speaking pulak di pepagi nan indah ni.. Haha.. Takpe, orang cakap speaking pepagi boleh menjadikan diri HOT ! So.. Mari berskipping.. Errr.. Mari berspeaking di pagi hari !!





Okeh, pepagi cenggini aku nak memberikan tips nak buat jiran anda tersenyum di pagi hari ! Alaaa.. Kita kan 1Malaysia, macam kat rumah aku ni la, belah kanan cina, belah kiri cina, belakang india dan aku pulak di tengah tengah ! Hehe.. Time raya hari tu sempat gak la bergelak ketawa bersama diorang.. Memang sempoi habes tatkala diorang datang beraya kat rumah aku.. Errr.. Rumah mak ayah aku.. Boleh dikatakan, tak rugi la mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga ni.. Siri eus oooo !





Okeh, tanpa membuangkan masa ni, jom tengok tips yang mampu membuatkan jiran anda senyum dipagi hari !! Versi Sengalman..







  • Di pagi hari, ketuk pintu rumah jiran anda dengan mengikut nada lagu anda suka. Ikut tempo dengan sekata tau. Ketuk tanpa henti yee sampai jiran anda bukak pintu.. Bila jiran anda tu bukak pintu rumah dia dan tanya korang apa yang korang buat. Korang cakap je yang korang rindukan jiran anda tu dan ketukan tu sebagai tanda kerinduan yang mendalam di pagi hari..  Confirm akan terukir kerutan kerutan berbentuk senyuman di bibir beliau kalau anda perhatikan dengan penuh khusyuk.. 



  • Apabila anda sedang menyiram pokok bunga, siram la sekali pokok pokok, kereta, ampaian, binatang peliharaan, satelit Astro dan bumbung rumah jiran anda. Alaaa.. Siram la ia dengan penuh rasa bangga sebab anda dah membantu meringankan sedikit bayaran bil air jiran anda. Mesti lepas tu jiran anda akan senyum tatkala melihat anda mundar mandir di depan mahupun tepi rumah beliau.. 



  • Pagi pagi, bila jiran anda nak pergi kerja kan, anda mesti ready dengan satu sepanduk yang menuliskan kata motivasi dan jugak perangsang ! Kemudian, anda readykan diri anda itu di tepi rumah beliau.. Berdiri lah disitu sampai jiran anda mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Sambil berdiri tu , laungkan setiap bait kata kata yang tertulis di sepanduk anda itu dengan lantang, bertenaga, serta sekuat kuatnya.. Lebih afdal lagi kalau anda boleh mengegarkan satu kejiranan / kampung anda. Confirm sangat sangat lepas tu, anda akan menerima senyuman dari jiran anda setiap pagi ! :P







Amacam? Ada berani? Bukan susah pon kan? Hehe.. Jom buat jiran anda senyum berpanjangan ! Haha.. Err.. Okbai ! 










Koyok Ditempek  :  Teringat dulu, anak jiran sebelah rumah pernah melancarkan siri mengayat diriku ini.. Tapi tak dilayan.. sebab aku ni teramat la pemalu.. Hehe.. :P




Read more »

3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya !





Assalamualaikum .. Camne malam raya ketiga korang ? Confirm la syiok kan? Ececehhhh.. Aku camni la.. Dilanda encik migrain dari petang tadi sampai la sekarang ni, dok memerap dalam bilik sambil menjamah biskut coklat cip.. Sesekali tu aku usha la jugak encik semut punya open house.. Ramai gak makhluk halus yang menghadirkan diri.. Haha.. Aku siap sponsor coklat cip lagi kat depa woo !! Hehe..





Okeh, entri aku malam ni ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya ! Erm.. Kemalangan jalan raya dan hari raya memang tak dapat dipisahkan kan? Dah macam  adik beradik pulak depa ni.. Yela, masing masing ada "raya" la katakan.. Hehe..





So.. Tanpa melengahkan masa dan tanpa membuang tenaga di jari jemari aku ni, jum ikuti 3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya dari Sengal Zone !!!







  • Rehat Secukupnya !

    • Sebelum perjalanan jauh tu kan, korang sepatutnya mempunyai rehat yang cukup. Senang cite, korang tidoq je 4 - 5 jam sebelum perjalanan. Ia boleh membuatkan badan terasa segar dan bertenaga. Disamping itu, korang gak akan rasa lebih fresh seperti bayi baru lahir gitu.. Haha.. Jangan pi tidoq 14 jam pulak.. Melampau weiii ! :P  



  • Sentiasa Curiga !

    • Ini bukan kejiwangan okeh.. Haha.. Ini curiga lain version.. Maksud aku, time memandu, korang kena upkan sikit level curiga korang tu. Alaaa.. Tambah sikit je.. Supaya nanti senang sikit korang nak alert kalau jadi something keikanan (fishy). Okeh? Curiga je tau.. Contoh la kan, dalam jarak 88m di hadapan ada satu bonggolan. Korang jangan ambik mudah, tapi korang fikir la jauh sikit ke depan sambil bayangkan yang maybe tu seekor naga dok tidoq ke, jerangkap samar ke.. Hehe.. 



  • Berhenti Bila Badan Suruh ! 

    • Okeh, ni lebih pada interaksi bersama badan korang.. Macam kawan kawan laa... Hehe..  Kekadang, bila korang dah lama drive kan, mesti badan korang akan mengeluarkan signal signal mintak dimanjakan.. Seyesss ! Antara signal signal tersebut adalah, mata pedih pedih ayu, kaki kebas kebas kebab, pinggang vibrate tanpa henti dan byk lagi.. So.. Apa yang perlu korang buat, berhenti di tempat rehat, kemudian layan la badan anda. Manjakan dia bagai menatang minyak yang penuh okeh? Hehe..









Erm.. tu la dia serba sikit tips elakkan kemalangan jalan raya dari aku ! Ni semua berdasarkan pengalaman aku memandu dari Kuantan ke Kedah secara konvoi satu masa dulu.. Hehe.. Last words dari aku adalah, nyawa adalah benda yang tak dijual di kedai Tutti Frutti ! Hargai la diri anda dan insan tersayang ! Selamat memandu !!! :)










Koyok Ditempek :  Memandu itu sungguh memenatkan ! Haha.. Dulu sebelum aku dapat lesen dan tau cara drive ni, berkobar kobar dan terkinja kinja nak drive.. Sekarang?  tengok stereng pon dah malas. :P






Tekan like kalau suka kemerepekan aku ni tau. ;P
Read more »

Haiwan Yang Di Bogelkan?

              Assalamualaikum.. Posa tak nih? Ecececehhhhh.. Takpe takpe, sabar sabar, lagi 3 jam lebey je lagik woo.. Hehe.. Ermmmm.. Time penat penat cenggini, bestkan kalau dapat jalan jalan tepi pantai, main pasir buat istana ke, buat kondo ke kan? Nak nak, lagi best berendam terus dalam air laut tu. Perghhhh..





               Tapi itu hanyalah sebuah "kalau" . Okeh okeh, aku teruskan ke tajuk entri aku ni dengan penuh kelembutan dan kesyahduan.. Haha.. Haiwan boleh bogel ke? Errr.. Kalau korang nak tau kenapa aku letak tajuk sebegitu, korang bley tanya Encik Iori Tomita ! Tapi sebelum tu, jom kita usha beberapa gambar real haiwan haiwan yang super cool ni !















































             Err.. Cool kan? Semua gambar gambar ni adalah haiwan sebenar wooo.. Takde photoshop photoshop nih.. Nak lagi jelas tentang benda ni? Jangan segan silu klik Iori Tomita ! Hehe.. Okeh la, aku nak gi cari labah labah transparent pulak !! lalalala.. Tataaaa..







Read more »

5 Gambar Bilik Tidur Yang Cool !

           Haluuu... Dah menghampiri ke tengah malam kan? Jap lagi nak bangun sahur pulak. Baik korang masuk tido cepat. Karang terlajak tido, tak bangun sahur kan ke naya ! Hehe.. Pastu esok pagi mula la nak mandi banyak banyak. Haaa..





            Well.. Bercakap tentang bilik tidur ni kan, mesti la setiap dari kita ada tempat tido kita sendiri kan. Bagi aku la kan, setiap tempat yang kita tido tu, tak kira la apa jenis rumah sekalipun, baik yang besar mahupun sederhana. Elok la di kategorikan sebagai bilik tido. Hehe.. Sebab ia tempat untuk kita merehatkan seluruh sendi sendi yang sengal. Tak gitu?





           Ermmm.. Sedang sedang aku dok membelek belek laman sesawang ni, aku terjumpa beberapa gambar bilik tidur yang bagi aku sangat cool ! Cool sebab dia sejuk kot.. Haha.. Okeh, nak tau cool sebab apa? Jom usha mengusha 5 gambar bilik tidur yang cool di bawah ni yeee..












cool bedroom designs01 Cool Bedroom Designs
Siap ada akuarium besar besaran gitu.. Cool !







cool bedroom designs04 Cool Bedroom Designs
Inginkan permandangan laut? 







cool bedroom designs07 Cool Bedroom Designs
Suka main air? Silakan.. :P








cool bedroom designs08 Cool Bedroom Designs
Sejuk mata memandang.. 







cool bedroom designs03 Cool Bedroom Designs
Err.. Ni sesuai untuk kaum kaum hawa nih.. :)








         Well.. Mana satu idaman kalbu? :P


Lebih gambar klik SINI.






Read more »

3 Tips Menjamin Kesegaran Blog !











                 Haluuuuu.. Datang lagi mamat bernama Udin ni kan? Haha.. Jangan fed up okey ! Aku datang kali ni dengan tips bernas terbaik dari ladang gandum ! Haha.. Gandum pun tak terbaik macam beras ! Aku sayangkan beras a.k.a nasi ! Haha..



                 Korang tengok, kan dah melalut dah aku. Haihhhh.. Ni la payahnye bila dah mula menaip, takleh berhenti tau tak. Haha. Kekadang, aku kena stop kan tangan serta jari aku ni menggunakan kaki aku. Hahhh.. Amacammm?? Nak try?? Haha..



                 Okeh la, aku nak bagi tips kesegaran blog ni. Korang ingat rumah je ke nak segar? Blog pun nak segar jugak woo.. Baru la bila kita masuk boleh tenang perasaan ! Ecehhhh.. Jum je la layan 3 tips ni ! Hehe..





  • Tips pertama

    • Blog anda merupakan aset yang amat berharga kalau ditatang bagai minyak yang penuh. Hehe.. So.. Untuk pastikan ia senantiasa menjadi segar, sila la update blog mengikut irama serta tempo yang sekata. Hehe.. Boleh paham tak? 



  • Tips kedua 

    • Blog anda jugak memainkan peranan penting untuk menceriakan anda di saat anda tergolek dek tersalah step ketika naik eskalator, tersadung batu kuari, dan macam macam lagi. So.. Apa salahnya anda mempelbagaikan entri anda, jangan terlalu stick dengan satu tema je. Lama lama konpom , ada yang fed up. Kan kan kan?



  • Tips ketiga

    • Blog anda boleh dijadikan sebagai penghubung antara rangkaian. Ecehhh.. Maksud aku kat sini, ia sebagai tempat untuk mencari kawan baru. Bila anda berinteraksi melalui komen, shoutmix, dan segala sumber perhubungan, ia akan merapatkan ukhwah sesama kita. Betul tak? hehe.. Dapat kawan baru woo.. Secara tak langsung, blog korang fresh ! Hehe..







           Erm.. tu la dia tips nak segarkan blog anda ! Hehe.. Aku dah segar dah lepas mandi tadi, korang bila pulak? hahaha..







P/S : Aku diserang migrain ni .. Adehhh..  So.. Esok aku settlekan apa yang perlu okeh? Esok gak aku terjah blog korang ! Target aku 200 blog ! :)





Read more »

3 Teknik Nak Naikkan Nuffnang !





               Assalamualaikum dan selamat menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W kepada semua pembaca blog aku ni. Semoga, sambutan maulidur Rasul kali ni bawa satu perubahan dalam hidup kita. InsyaAllah ~



               Erm.. Actually, aku amat sibuk dengan tugasan menyiapkan report untuk research aku ni. Hmm.. Tapi tak pe la, aku spend la jugak beberapa minit untuk update blog aku ni. Hehe.. Aku mengamalkan semangat keblogan woo.. haha..



              Aku tau ramai antara kita, duit Nuffnang mereka tak bergerak gerak kan? Aku pun lebih kurang jugak dengan korang. Tapi setelah mengikuti nasihat beberapa blog otai yang memang pakar dalam bidang blog ni kan, disamping aku explore sendiri cara camna nak bagi duit tabungan ayam aku ni meningkat. Aku berjaya jugak membuat duit Nuffnang aku meningkat dalam masa sebulan je.



              Sekarang ni pun tengah kumpul kumpul bagi banyak. Sebab sayang woo nak cash out sekarang. Haha.. Nak tau eh berapa jumlah? Hehe.. Alhamdulillah la, tak la banyak mana pun.  Malu la pakcik nak habaq. Hehe.. nanti nanti la okeh ?



            3 Teknik untuk naikkan Nuffnang adalah :





  • Layout blog. Kenapa? Yelah, kalau layout korang tak berserabut, tak penuh dengan gadget widget, imej imej besar, InsyaAllah, pengiklan akan tertarik untuk letak iklan kat blog korang. Sebab, kalau blog korang lambat loading, ada ke orang nak tunggu lama lama? Renung renungkan ~

  • Selalu update profile di Nuffnang. Okeh, ni benda penting woo.. Korang kena selalu update apa apa yang patut di akaun Nuffnang korang, macam profile, apa lagik tah. Sebab, kalau korang selalu update butiran korang dekat Nuffnang, mereka pun rasa macam kawan kawan la. Senang woo nak dapat iklan nanti . Hehe

  • Rajin join contest Nuffnang. Ni pun punca jugak la, dulu aku join contest FASTER tu kan, aku dapat tiket free tu kan, tup tup lepas tu, duit dalam akaun Nuffnang aku agak meningkat. Tu belum kira BE lagi tu. Hehe.. Try la .. Tak rugi kan? 





             Itu la serba sedikit tips aku kongsikan untuk menaikkan duit Nuffnang ! Hehe.. Kalau nak lebih detail, search je kat google . Berlambak woo.. 








P/S  : Aku nak simpan duit Nuffnang ni untuk kahwin ! Haha.. Agak agak boleh tak? :)






Read more »