Tampilkan postingan dengan label haikal dan nur. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label haikal dan nur. Tampilkan semua postingan

Haikal & Nur (Siri 3)



[ Haikal dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri


(Klik untuk membaca)


(Klik untuk membaca)






- Siri 3 -




*********




Sesudah puas melayari Facebook dan blog kegemarannya itu, Haikal bersiap untuk menunaikan solat Zuhur. Di sarungkan kain pelikat, dilumur sedikit perfume One Drop dan dibentangnya sejadah..




“Hmm.. Wanginya wehh.. Boleh jadi model minyak wangi nih..“ Bebel Haikal sendirian sebelum mengangkat takbiratul ihram...  




“Allahuakbar ... “ Haikal memulakan solat.. Dalam hatinya kini hanya ada satu cinta.. Iaitu cinta pada yang Maha Pencipta.. Yang memberikannya peluang untuk terus merasai erti kehidupan..




Sesudah bersolat, Haikal bergegas ke ruang tamu.. Ibu dan adiknya tiada.. Mungkin mereka di dapur, getus Haikal .. Lalu, dia mencapai kunci kereta Proton Tiara milik Arwah ayahnya dan berjalan menuju keluar..




Haikal terus menghidupkan enjin kereta yang agak berusia itu. Ditutupnya pintu dan diundur nya dari kawasan rumahnya perlahan lahan.. Takut anak jiran sebelah menyebelah terkejut dengan bunyi eksoz kereta itu yang sedikit kuat ..




Haikal terus memandu merentasi sekolah, kedai kedai, tanah luas, dan sesekali itu juga Haikal memandang ke langit. Dilihatnya awan awan kecil sedang berarak.. Tersenyum dia sendiri..




“ Awan.. Awan.. Awan.. Macam Awan Dania la hang nih, cun, cantik dan comel.. “ Kata Haikal.. Haikal memang meminati drama Awan Dania lakonan Scha di Astro ..




Kemudian Haikal pun sampai la di Stesen Minyak Shell yang jaraknya kira kira 500 meter dari rumahnya.. Haikal mematikan enjin dan mula ke kaunter..




“ Kak, pam enam sepuluh ye kak.. “ tutur Haikal sambil menghulurkan not berwarna merah kepada wanita bergincu ungu yang sedang menjaga kaunter itu..




“ Ok bang.. “ Balas wanita itu kepada Haikal sambil sesekali mengenyitkan matanya pada Haikal.




“ Errr.. Terima kasih kak.. “ Jawab Haikal lembut sambil cuba menepis kenyitan yang dilakukan oleh wanita itu. Risau jugak Haikal dengan kenyitan yang seakan akan lain macam tu..




Setibanya kembali di kereta, minyak keretanya telah diisi oleh pekerja asing yang bekerja di situ. Setelah Haikal memberikan ucapan terima kasih kepada pekerja itu, dia terus masuk ke dalam kenderaan kesayangan nya itu dan menghidupkan enjin.




Sedang Haikal ingin membelok keluar dari stesen Shell itu , tiba tiba Haikal ternampak  susuk tubuh wanita seusia dengan ibunya sedang cuba mengisi angin kenderaan nya. Wanita itu nampak seperti dalam kebingungan. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak mengisi angin didalam tayar kenderaan nya..




“ Hmm.. Kesiannya makcik tu.. Baik aku pi tolong.. Bukan lama pon.. Sat ja. “ bebel Haikal sendirian.. Haikal berasa tidak sampai hati melihat wanita yang seusia dengan ibunya berdiri di tengah tengah panas untuk mengisi angin tayar. Hatinya berasa sayu..




Setelah Haikal meletakkan kenderaan kesayangannya berhampiran dengan kenderaan makcik tu, dia terus keluar dari kereta dan menyapa makcik itu..




“ Makcik, boleh saya tolong makcik ?” Haikal menegur wanita itu dengan lembut.




“ Eh.. Untungla anak ni ada, makcik memang tak pandai pam pam tayar ni nak..” Terdapat sinar keseronokan yang terpampang di riak wajah makcik itu..




“ Jap eh, biar saya tolong makcik, nak pam belah mana nih? “ sambil membuka pintu kereta Rexton makcik itu dan menyuruhnya duduk didalam bagi mengelakkan kepanasan ..




“ Makcik nak pam yang depan je, belah kanan tu.. Terima kasihlah nak oi.. “ Ucap makcik itu yang dari tadi sibuk mengipas ngipas dirinya dengan tangan..




Haikal pun memulakan pengepaman..




“Titt tittt.. “ Bunyi pam elektronik itu menandakan angin sudah penuh..




Haikal mencabut perlahan pam itu dan melilit kembali pada tempatnya. Lalu dia pun bergegas berjumpa 
makcik itu..




“ Makcik, dah siap dah.. Tayar makcik dah okeh dah .. “ tutur Haikal sambil mengelap peluh yang bermain main di dahinya..




“ Ye ke nak? Terima kasih lah.. Nih makcik ada  nak bagi duit buat minum petang.. Ambik la nak, Makcik sedekah..  “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan not kertas berwarna biru tertera jumlah RM50 ..


“ Eh, takpe lah makcik.. Saya ikhlas ni.. Lagipun saya baru je minum milo cecah dengan biskut marie kat rumah tadi.. Kenyang lagi nih.. Tak yah la ye .” Jawab Haikal ...Bagi Haikal, apa yang dia buat tu ikhlas.. Tak mengharapkan apa apa balasan pun..




“Ermm.. Okeh la nak.. Kalau camtu, Makcik beransur dulu ye.. Ni kad Makcik, Kalau ada apa apa, bagitau je makcik.. Anak ni nama apa “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan kad bisnesnya..




Haikal pun mengambil kad tersebut.. Sambil itu, dia menjawab pertanyaan makcik itu..




“ Saya Haikal Daniel Irfan makcik.. Orang panggil saya Haikal je..  Makcik ? “ tanya Haikal sambil tangannya masih lagi mengelap peluh yang makin meleleh ..




“ Panggil je makcik , Mak Wa ..” Jawab Makwa sambil tersenyum melihat keletah anak muda didepannya.. Senyuman yang sukar di jelaskan menerusi kata kata..




Lalu, Makwa pun beredar dari situ dan Haikal pun memulakan perjalanan pulang..








Bersambung ...












Koyok Ditempek  :  Siri lepas ni , kemunculan Nur !! Hehe.. :D


Koyok Ditempek 2 : Jangan lupa klik sinopsis dekat atas tab tu okeh? Ala yang Haikal dan Nur The Series tu.. :P






Read more »

Haikal & Nur (Siri 2)



[ Haikal Dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 


( Klik untuk membaca )




SIRI 2


**********


Tiba tiba.. Haikal menjadi sedih.. Sedih akibat terkenangkan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati , Sarah.. Terimbau imbau bagaimana dia berkenalan dengan Sarah sewaktu di Tingkatan lima. Ketika  itu, Haikal hanyalah seorang insan yang sangat naif..  Haikal  sangat naif, hinggakan digelar oleh rakan rakannya budak lembab. Sarah lah yang berjaya mengubah diri nya hampir 80% menjadi insan yang agak berjaya seperti sekarang.. Insan yang mengenali erti dunia.. 




“Long, hang dok termenung pasai pa nih?” Ibunya mula bersuara..




“ Eh mak, takdak pa eh.. Dok fikir nak cari kerja kat na satgi ..” .. Haikal menyembunyikan perasaan dan imbauannya tadi..




“Takkan la dok menung menung sampai nasi naik ataih hidung hang tu? Makan pakai hidung ka? “  Ibu nya tergelak kecil dek kerana ada beberapa butir nasi yang datang dari mana melekat di hidung satu satunya anak lelaki tunggal nya itu..




“ Mak nih, tak perasan laaa.. Hidung ni yang dok kelapaq ni , bukan perut along.. Hehe.” Jawab Haikal bagi memecahkan kesunyian di meja makan..


Seraya itu, mereka bertiga tertawa seirama .. Selepas itu,  mereka pun meneruskan la menikmati makanan tengah hari yang sederhana tu dengan penuh keceriaan ..




**********


Tengah hari itu, Haikal melayari akaun Facebook miliknya.. Dan perasaan hiba terus menerjah ke sanubari beliau, tatkala status dia dan Sarah kini masing masing dah menjadi single kembali. Tapi, Haikal akur dengan semua itu kerana hanya dia dan Allah saja yang mengetahui kenapa  ini semua berlaku..


Sedang khusyuk Haikal melayari Facebook , blog dan YM nya, dia di sapa oleh adik perempuannya, Min.




“Long, kata nak pi cari kerja tadi, nih hah mak bagi duit RM10 suruh long bubuh minyak kereta sekali nah.”
Sambil tangan Min menghulurkan not kertas berwarna merah..




“Satgi la Min, habaq kat mak lepas zuhur satgi la along pi.. Along isi sekali minyak nanti... “ 
Jelas Haikal yang tersengih sengih dek membaca blog kegemarannya iaitu Sengal Zone sambil tangannya menyambut not merah tu.


Min pun berlalu pergi dari bilik alongnya dan menuju ke ruang tamu.. Disitu dia disoal siasat oleh maknya..




“ Min, awat abang hang tu mak dok perati  tengok macam sedih ja. ?"
Tanya si ibu pada seorang anak kecil berusia sembilan tahun.. 




“ Hmm. Min pon tatau la mak.. Along memang nampak macam sedih ja sejak dua tiga hari ni.. Min ajak dia main power rangers pon dia takmau.. Dok terperap ja kat bilik.. Along nak bertukaq jadi raksasa kot mak ! “ 
Jawab Min dengan mengayakan reaksi seekor raksasa..




Ibunya tersengih melihat karenah anak perempuannya itu.  Sejak Arwah suaminya pergi, Haikal lah tempat Min bermanja. Bagi Min, Haikal umpama ayahnya.. Dengan Haikal lah Min bermain, bergaduh, bermanja, bergolek dan jugak menangis.




“Along, Along, kalaulah abah hang ada lagi.. “ 
Ibunya mengomel sendiri sambil mata nya seakan akan menakung sesuatu...






Bersambung..


**********








Read more »

Haikal & Nur (Siri 1)









[ HAIKAL & NUR ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 






************************


"Awak.. Kita putus.. "


Satu ungkapan yang amat pedih bagi setiap pasangan  yang mendengarnya.. Tambah tambah lagi bila usia perhubungan itu masuk ke fasa bertahun tahun lamanya.. Begitu la jugak Sarah, bingit telinganya mendengar ungkapan dari Haikal.. 




"Awak.. Maafkan saya.."


Haikal  berulang ulang kali mengucapkan kata kata lembut berbaur kemaafan.. Tapi itu semua bagaikan panah yang membakar setiap alur darah ke hati Sarah..




" Awak buang saya !! Awak buat saya macam sampah.. " 




Haikal hanya terdiam bila Sarah menuturkan ayat tersebut , tanpa membalas, tanpa membantah.. Dia seakan mengiyakan setiap kata kata Sarah, insan yang sangat dicintainya..




"Awak... "




Hanya itu yang mampu dibalas oleh Haikal.. Lalu Sarah mematikan telefon bimbitnya, dan sepi menyelubungi setiap nadi Haikal. Haikal terduduk dan sesekali dia senyum.. 


Senyuman yang beriringan air mata.. Titis air mata Haikal makin deras mengalir, tatkala dia mengingati setiap kenangan Sarah, senyumannya, manjanya dan juga segala galanya.. 


Tapi, kalau lah Sarah mengetahui apa yang dibuatnya itu.. Kalaulah Sarah tahu setiap isi hati Haikal.. 




" Along.. Along.. Mak panggil makan  nasi.. "




Panggilan Min membuatkan Haikal tersentak dan tersedar dari dunia nya yang tadi dan terus keluar dari bilik menuju ke dapur.. 


Setibanya di dapur, hatinya sayu bila melihat susuk tubuh wanita berusia 60 an yang membongkok bongkok menceduk nasi kedalam pinggan.. 




" Mak.. Along nak sikit ja nasi boleh? " .. Tutur Haikal lembut sambil memegang erat bahu ibunya itu.. 




"Ala  Long, hang makan la banyak sikit.. Mak masak Ayam kurma nih.. Kuah banjir nah".. Kata ibunya sambil menuangkan kuah kedalam pinggan nasi Haikal. Banjir, itu la kegemaran anaknya sejak kecil.. 




"Ermm. Boleh la mak.. Hehe.. Ayam nak lebih boleh ? " .. Haikal cuba membodek ibunya dengan kata kata manis.. Selalunya, skill sebegini berhasil.. 




" Ambik la 3 ketoi Long.. Banyak lagi dalam kuali tu.. " Balas ibunya sambil tersenyum.. 




Lalu, Haikal pun menarik kerusi , duduk, dan mula membaca doa makan... Adik dan ibunya turut mengaminkan doa dari Haikal.. Begitula rutin harian mereka 3 beranak setelah "kepala" keluarga mereka pergi mengadap Illahi lima tahun lepas.. 
  


Tiba tiba... 






************************


Bersambung ... 










Koyok Ditempek  :  Aku mencuba membuat karangan berbentuk novel.. Miahahaha.. salah silap harap diampun yee :P


Read more »