Tampilkan postingan dengan label Cinta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cinta. Tampilkan semua postingan

Untuk Awak ..





Assalamualaikum.. Err.. Aku nak sharekan something yang amat lah best.. Ia dari Iluvislam.com.. Bagi yang bercouple tu baca la ye.. Hehe.. Tak rugi pun korang baca.. Dan untuk awak, artikel ni lah yang membuatkan saya buat tindakan tu.. Saya harap awak baca.. =)


******


Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."


Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."








Koyok Ditempek  :  Saya harap awak baca entri ni.. Ia adalah sebab kenapa saya buat semua ni... Saya taktau camne nak jelaskan, tapi.. Ni lah kata hati saya.. : (








Read more »

Haikal & Nur (Siri 3)



[ Haikal dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri


(Klik untuk membaca)


(Klik untuk membaca)






- Siri 3 -




*********




Sesudah puas melayari Facebook dan blog kegemarannya itu, Haikal bersiap untuk menunaikan solat Zuhur. Di sarungkan kain pelikat, dilumur sedikit perfume One Drop dan dibentangnya sejadah..




“Hmm.. Wanginya wehh.. Boleh jadi model minyak wangi nih..“ Bebel Haikal sendirian sebelum mengangkat takbiratul ihram...  




“Allahuakbar ... “ Haikal memulakan solat.. Dalam hatinya kini hanya ada satu cinta.. Iaitu cinta pada yang Maha Pencipta.. Yang memberikannya peluang untuk terus merasai erti kehidupan..




Sesudah bersolat, Haikal bergegas ke ruang tamu.. Ibu dan adiknya tiada.. Mungkin mereka di dapur, getus Haikal .. Lalu, dia mencapai kunci kereta Proton Tiara milik Arwah ayahnya dan berjalan menuju keluar..




Haikal terus menghidupkan enjin kereta yang agak berusia itu. Ditutupnya pintu dan diundur nya dari kawasan rumahnya perlahan lahan.. Takut anak jiran sebelah menyebelah terkejut dengan bunyi eksoz kereta itu yang sedikit kuat ..




Haikal terus memandu merentasi sekolah, kedai kedai, tanah luas, dan sesekali itu juga Haikal memandang ke langit. Dilihatnya awan awan kecil sedang berarak.. Tersenyum dia sendiri..




“ Awan.. Awan.. Awan.. Macam Awan Dania la hang nih, cun, cantik dan comel.. “ Kata Haikal.. Haikal memang meminati drama Awan Dania lakonan Scha di Astro ..




Kemudian Haikal pun sampai la di Stesen Minyak Shell yang jaraknya kira kira 500 meter dari rumahnya.. Haikal mematikan enjin dan mula ke kaunter..




“ Kak, pam enam sepuluh ye kak.. “ tutur Haikal sambil menghulurkan not berwarna merah kepada wanita bergincu ungu yang sedang menjaga kaunter itu..




“ Ok bang.. “ Balas wanita itu kepada Haikal sambil sesekali mengenyitkan matanya pada Haikal.




“ Errr.. Terima kasih kak.. “ Jawab Haikal lembut sambil cuba menepis kenyitan yang dilakukan oleh wanita itu. Risau jugak Haikal dengan kenyitan yang seakan akan lain macam tu..




Setibanya kembali di kereta, minyak keretanya telah diisi oleh pekerja asing yang bekerja di situ. Setelah Haikal memberikan ucapan terima kasih kepada pekerja itu, dia terus masuk ke dalam kenderaan kesayangan nya itu dan menghidupkan enjin.




Sedang Haikal ingin membelok keluar dari stesen Shell itu , tiba tiba Haikal ternampak  susuk tubuh wanita seusia dengan ibunya sedang cuba mengisi angin kenderaan nya. Wanita itu nampak seperti dalam kebingungan. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak mengisi angin didalam tayar kenderaan nya..




“ Hmm.. Kesiannya makcik tu.. Baik aku pi tolong.. Bukan lama pon.. Sat ja. “ bebel Haikal sendirian.. Haikal berasa tidak sampai hati melihat wanita yang seusia dengan ibunya berdiri di tengah tengah panas untuk mengisi angin tayar. Hatinya berasa sayu..




Setelah Haikal meletakkan kenderaan kesayangannya berhampiran dengan kenderaan makcik tu, dia terus keluar dari kereta dan menyapa makcik itu..




“ Makcik, boleh saya tolong makcik ?” Haikal menegur wanita itu dengan lembut.




“ Eh.. Untungla anak ni ada, makcik memang tak pandai pam pam tayar ni nak..” Terdapat sinar keseronokan yang terpampang di riak wajah makcik itu..




“ Jap eh, biar saya tolong makcik, nak pam belah mana nih? “ sambil membuka pintu kereta Rexton makcik itu dan menyuruhnya duduk didalam bagi mengelakkan kepanasan ..




“ Makcik nak pam yang depan je, belah kanan tu.. Terima kasihlah nak oi.. “ Ucap makcik itu yang dari tadi sibuk mengipas ngipas dirinya dengan tangan..




Haikal pun memulakan pengepaman..




“Titt tittt.. “ Bunyi pam elektronik itu menandakan angin sudah penuh..




Haikal mencabut perlahan pam itu dan melilit kembali pada tempatnya. Lalu dia pun bergegas berjumpa 
makcik itu..




“ Makcik, dah siap dah.. Tayar makcik dah okeh dah .. “ tutur Haikal sambil mengelap peluh yang bermain main di dahinya..




“ Ye ke nak? Terima kasih lah.. Nih makcik ada  nak bagi duit buat minum petang.. Ambik la nak, Makcik sedekah..  “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan not kertas berwarna biru tertera jumlah RM50 ..


“ Eh, takpe lah makcik.. Saya ikhlas ni.. Lagipun saya baru je minum milo cecah dengan biskut marie kat rumah tadi.. Kenyang lagi nih.. Tak yah la ye .” Jawab Haikal ...Bagi Haikal, apa yang dia buat tu ikhlas.. Tak mengharapkan apa apa balasan pun..




“Ermm.. Okeh la nak.. Kalau camtu, Makcik beransur dulu ye.. Ni kad Makcik, Kalau ada apa apa, bagitau je makcik.. Anak ni nama apa “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan kad bisnesnya..




Haikal pun mengambil kad tersebut.. Sambil itu, dia menjawab pertanyaan makcik itu..




“ Saya Haikal Daniel Irfan makcik.. Orang panggil saya Haikal je..  Makcik ? “ tanya Haikal sambil tangannya masih lagi mengelap peluh yang makin meleleh ..




“ Panggil je makcik , Mak Wa ..” Jawab Makwa sambil tersenyum melihat keletah anak muda didepannya.. Senyuman yang sukar di jelaskan menerusi kata kata..




Lalu, Makwa pun beredar dari situ dan Haikal pun memulakan perjalanan pulang..








Bersambung ...












Koyok Ditempek  :  Siri lepas ni , kemunculan Nur !! Hehe.. :D


Koyok Ditempek 2 : Jangan lupa klik sinopsis dekat atas tab tu okeh? Ala yang Haikal dan Nur The Series tu.. :P






Read more »

Haikal & Nur (Siri 2)



[ Haikal Dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 


( Klik untuk membaca )




SIRI 2


**********


Tiba tiba.. Haikal menjadi sedih.. Sedih akibat terkenangkan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati , Sarah.. Terimbau imbau bagaimana dia berkenalan dengan Sarah sewaktu di Tingkatan lima. Ketika  itu, Haikal hanyalah seorang insan yang sangat naif..  Haikal  sangat naif, hinggakan digelar oleh rakan rakannya budak lembab. Sarah lah yang berjaya mengubah diri nya hampir 80% menjadi insan yang agak berjaya seperti sekarang.. Insan yang mengenali erti dunia.. 




“Long, hang dok termenung pasai pa nih?” Ibunya mula bersuara..




“ Eh mak, takdak pa eh.. Dok fikir nak cari kerja kat na satgi ..” .. Haikal menyembunyikan perasaan dan imbauannya tadi..




“Takkan la dok menung menung sampai nasi naik ataih hidung hang tu? Makan pakai hidung ka? “  Ibu nya tergelak kecil dek kerana ada beberapa butir nasi yang datang dari mana melekat di hidung satu satunya anak lelaki tunggal nya itu..




“ Mak nih, tak perasan laaa.. Hidung ni yang dok kelapaq ni , bukan perut along.. Hehe.” Jawab Haikal bagi memecahkan kesunyian di meja makan..


Seraya itu, mereka bertiga tertawa seirama .. Selepas itu,  mereka pun meneruskan la menikmati makanan tengah hari yang sederhana tu dengan penuh keceriaan ..




**********


Tengah hari itu, Haikal melayari akaun Facebook miliknya.. Dan perasaan hiba terus menerjah ke sanubari beliau, tatkala status dia dan Sarah kini masing masing dah menjadi single kembali. Tapi, Haikal akur dengan semua itu kerana hanya dia dan Allah saja yang mengetahui kenapa  ini semua berlaku..


Sedang khusyuk Haikal melayari Facebook , blog dan YM nya, dia di sapa oleh adik perempuannya, Min.




“Long, kata nak pi cari kerja tadi, nih hah mak bagi duit RM10 suruh long bubuh minyak kereta sekali nah.”
Sambil tangan Min menghulurkan not kertas berwarna merah..




“Satgi la Min, habaq kat mak lepas zuhur satgi la along pi.. Along isi sekali minyak nanti... “ 
Jelas Haikal yang tersengih sengih dek membaca blog kegemarannya iaitu Sengal Zone sambil tangannya menyambut not merah tu.


Min pun berlalu pergi dari bilik alongnya dan menuju ke ruang tamu.. Disitu dia disoal siasat oleh maknya..




“ Min, awat abang hang tu mak dok perati  tengok macam sedih ja. ?"
Tanya si ibu pada seorang anak kecil berusia sembilan tahun.. 




“ Hmm. Min pon tatau la mak.. Along memang nampak macam sedih ja sejak dua tiga hari ni.. Min ajak dia main power rangers pon dia takmau.. Dok terperap ja kat bilik.. Along nak bertukaq jadi raksasa kot mak ! “ 
Jawab Min dengan mengayakan reaksi seekor raksasa..




Ibunya tersengih melihat karenah anak perempuannya itu.  Sejak Arwah suaminya pergi, Haikal lah tempat Min bermanja. Bagi Min, Haikal umpama ayahnya.. Dengan Haikal lah Min bermain, bergaduh, bermanja, bergolek dan jugak menangis.




“Along, Along, kalaulah abah hang ada lagi.. “ 
Ibunya mengomel sendiri sambil mata nya seakan akan menakung sesuatu...






Bersambung..


**********








Read more »

Haikal & Nur (Siri 1)









[ HAIKAL & NUR ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 






************************


"Awak.. Kita putus.. "


Satu ungkapan yang amat pedih bagi setiap pasangan  yang mendengarnya.. Tambah tambah lagi bila usia perhubungan itu masuk ke fasa bertahun tahun lamanya.. Begitu la jugak Sarah, bingit telinganya mendengar ungkapan dari Haikal.. 




"Awak.. Maafkan saya.."


Haikal  berulang ulang kali mengucapkan kata kata lembut berbaur kemaafan.. Tapi itu semua bagaikan panah yang membakar setiap alur darah ke hati Sarah..




" Awak buang saya !! Awak buat saya macam sampah.. " 




Haikal hanya terdiam bila Sarah menuturkan ayat tersebut , tanpa membalas, tanpa membantah.. Dia seakan mengiyakan setiap kata kata Sarah, insan yang sangat dicintainya..




"Awak... "




Hanya itu yang mampu dibalas oleh Haikal.. Lalu Sarah mematikan telefon bimbitnya, dan sepi menyelubungi setiap nadi Haikal. Haikal terduduk dan sesekali dia senyum.. 


Senyuman yang beriringan air mata.. Titis air mata Haikal makin deras mengalir, tatkala dia mengingati setiap kenangan Sarah, senyumannya, manjanya dan juga segala galanya.. 


Tapi, kalau lah Sarah mengetahui apa yang dibuatnya itu.. Kalaulah Sarah tahu setiap isi hati Haikal.. 




" Along.. Along.. Mak panggil makan  nasi.. "




Panggilan Min membuatkan Haikal tersentak dan tersedar dari dunia nya yang tadi dan terus keluar dari bilik menuju ke dapur.. 


Setibanya di dapur, hatinya sayu bila melihat susuk tubuh wanita berusia 60 an yang membongkok bongkok menceduk nasi kedalam pinggan.. 




" Mak.. Along nak sikit ja nasi boleh? " .. Tutur Haikal lembut sambil memegang erat bahu ibunya itu.. 




"Ala  Long, hang makan la banyak sikit.. Mak masak Ayam kurma nih.. Kuah banjir nah".. Kata ibunya sambil menuangkan kuah kedalam pinggan nasi Haikal. Banjir, itu la kegemaran anaknya sejak kecil.. 




"Ermm. Boleh la mak.. Hehe.. Ayam nak lebih boleh ? " .. Haikal cuba membodek ibunya dengan kata kata manis.. Selalunya, skill sebegini berhasil.. 




" Ambik la 3 ketoi Long.. Banyak lagi dalam kuali tu.. " Balas ibunya sambil tersenyum.. 




Lalu, Haikal pun menarik kerusi , duduk, dan mula membaca doa makan... Adik dan ibunya turut mengaminkan doa dari Haikal.. Begitula rutin harian mereka 3 beranak setelah "kepala" keluarga mereka pergi mengadap Illahi lima tahun lepas.. 
  


Tiba tiba... 






************************


Bersambung ... 










Koyok Ditempek  :  Aku mencuba membuat karangan berbentuk novel.. Miahahaha.. salah silap harap diampun yee :P


Read more »

Cinta Sampai Mati !



SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.


Sumber dari Kosmo.




Koyok Ditempek  :  Betul betul " Romeo dan Juliet " ni.. Haihhh.. Senang sungguh penyelesaian .. 


Read more »

Masalah Cinta Dua Hati Di Pasar Malam !





Assalamualaikum.. Cakkk ! Terkejut la sikit weh.. Penat tau menaip 5 huruf tu ! Haha.. Err.. Apa eh korang tengah buat? Mengentel bucu kusyen ke? Tu bagi yang pompuan la kan, bagi kaum adam macam aku ni, mesti tengah main DOTA kan? Ecehhhh..





Well.. Aku? Baru je balik dari pasar malam.. Pergi jalan jalan dengan adik aku yang  bakal bertolak balik ke UMT esok pagi. Makan burger, makan kopok dan jugak gi tengok dompet FIFA, NIKE yang zaman aku kecik dulu jadi rebutan.. Alaaa.. Yang harga dia RM 10 tuh.. Hehe..





Sedang sedang aku menikmati burger yang agak murah tu kan, adik aku pon pergi la jalan jalan kejap, dan aku masih lagi meneruskan aktiviti menjamah itu. Kelihatan perut aku agak  membosong dah makin lama.. Tiba tiba, sedang aku memerhatikan dengan khusyuk aktiviti perut aku yang makin bergerak ke depan tu kan, aku dikejut kan satu suara ghazal.. Ni bukan ghazal untuk rabiah da.. Ni ghazal untuk udin ! Haha..









" Weh lahanat !! "


Aku yang tadi dok tengok perut aku tetiba terjatuhkan burger tu kedalam mulut aku lalu menelan sekali gus ! Hehe.. Lalu, aku pon menyahut ..



" Erkk.. Sapa ituu.. ? "


Kemudian suara itu menjawab..



" Cuba tekaaaa "


Aku dengan malasnya, menyebut je la nama beliau.. Haha.. Aku kenal beliau..  Kawan aku time aku kerja dulu.. Nama dia? Ermm.. M je la.. Malas aku nak popularkan beliau.. Dah la beliau tak bagi duit raya kat aku.. Hehe.. Lepas tu aku pon berdialog la dengan beliau dalam siri bercakap dengan jin . Ehhhh.. Silap.. Siri bercakap dengan M .. Hehe





M  :  Din, ko buat ape sekarang? Lama sial tak jumpe, 3 tahun kan? Dah habis belajar ke?



Aku  : Hoho.. Aku kerja laaa.. Baru je habis belajar bulan 4 hari tu..



M  :  Kerja? Kerja kat ne weh?



Aku : Kerja kat rumah, aku mak andam sekarang ! Masyukk beb !!





M dengan muka geli geli menjarakkan sedikit kaki beliau yg sedang berdiri itu dari aku.. Haha.. Mesti dia percaya punyee aku jadi mak andam.. Hehe..





Aku :  Eh, yang ko jauhkan diri tu pehal ? Ko ingat aku bapuk eh? Haha..



M :  Errr.. Nmpak gaya macam ade je ko ni..  Biar betul ko..





Kemudian aku cuba meraba bahagian bukit berkembar beliau bagi membuktikan apa yang dikatakan beliau itu benar .. Dan sayangnya, ia ditepis begitu saja..





M : Haaaa.. Ko.. Betul kan? Baby laaa !



Aku :  Haha.. Bongok, kalau aku bapuk, watpe la aku nak meraba bukit ko.. Takde la, aku tengah mencari kerja skang.. Susah dowh..  Huhu..



M :  Ye tak ye gak kan.. Hmmm.. Biasa la Din, sekarang, graduan susah gile dapat keje weh.. Member aku pon ramai dok mengganggur !





Kemudian , kami pon berborak borak, dari hal semasa, politik, kartun, gaban, magik, hantu dan segala gala laaa.. Sampai bab cintan ni aku suka.. Hehe.. M luahkan masalah dia..





M : Din, aku ade problem la..



Aku : Apa dia weh? Ko ni mesti tentang cintan ni kan? Haha..



M : Camna ko tau ni.. Sengal !!!



Aku : Well well west .. Ni Din kan.. Ce cite kat aku, mana la tau kot kot aku boleh membantu ...



M :  Camni, aku cintakan dua orang sekali, apa yang patut aku buat weh?



Aku  : Ko nak buat apa? Cinta je la.. Apa susah? Hehe..





* Kelepek.. Terasa sakit di dahi aku.. Aku kelepek kan kat dia balik.. Haha.. Adil dan saksama kan? :P





M : Ko ni, dengar la dulu.. Camni, aku dah ada D kan, tapi hubungan kami ada masalah.. dan kami cuba pertahankan balik.. Tapi, aku punya perasaan sayang kat D tu dah tak macam dulu la weh..



Aku :  Hmmm.. Nape jadi cenggitu pulak weh? Bukan dah lama ke korang dua.. Tak silap aku dekat 4 tahun kot .. Haihhh...



M  :  Din, mana tak lenyapnya perasaan sayang tu weh kalau asyik gado je manjang.. time gaduh je, aku je kena pujuk, aku je kena buat itu ini.. Penat woo..









Aku terdiam kejap time ni.. Speechless sambil tangan aku dok tarik rumput rampai berhampiran gerai jual buah dokong.. haha.. Bape banyak daun pon aku tak tau..





Aku :  Hmm.. so.. Sapa cinta ke 2 ko tu?



M :  Dia K , kawan kat tempat keja baru ni.. Kitorg lama dah kenal. Dekat 2 tahun dah. Baik orang nya.. Dia selalu ada time aku perlukan.. Perangai dia pon lebih kurang aku gak weh !



Aku :  Ohh.. Kuat mencarut gak ke?  Miahahaha..





Sekali lagi, aku kena kelepek hinggap di pipi.. Pedih.. Aku balas kelepek kat perut dia.. Haha..





M  :  Ko ni bongok la ! Sial ! Nak dengar ke taknak nih?



Aku : Aku gurau je laaaa !!!  Nak la, tapi aku dah lambat ni, jap gi, mak aku nak pakai kereta nak pi ngajar ngaji pulak ni.. Ko pendekkan boleh tak? Demnnn..



M : Okeh okeh.. Aku makin cintakan K laaaa ! Camne eh? Salah ke ?





Aku speechless lagi.. Kali ni lebih lama.. Aku tarik pokok buluh tepi tu lepas tu aku lepas.. Sesekali terasa macam main Angry Birds pulak.. Tapi burung takde.. Haha..  tetiba rasa nak pakai burung M . haha





Aku : Ermm..  Ko teruskan je la mencintai si K !



M : Haaa.. Ko ni gila eh? Tak pernah member aku bagi nasihat cam ko , ko tau tak? Sengal !!



Aku : Aah.. Aku sengal.. Hehe.. Ko teruskan cintakan K ! Jangan berhenti mencintai dia..



M : Apsal weh?



Aku :  Sebab, tulang rusuk belah kanan ko tu ko bukannya tau sapa kan? Hehe.. Ko dengan D pon kapel je, bukan kawin pon kan? So.. Tak salah la kalau ko cintakan K ! Alaaa.. Weh.. Kita nak cari teman hidup, kena la cari yang betul betul serasi.. Macam cari anggota badan kita gak la.. Tapi kan, ko jangan tinggal kan D !



M : Dah tu.. Ko ni cakap macam keling laaaaaa ! Camne aku nak buat ni??



Aku : Ko ni kang aku cakap bengap kang kelepek aku kat dahi.. Camni je la..  Ko pertahankan terus hubungan ko dengan yang sekarang ni.. Jangan kecewakan dia la.. Jaga dia.. Kalau dia bukan jodoh ko, Allah pasti akan tunjukkan punya.. Maybe jugak K tu jodoh ko dan maybe jugak tak.. Semua ni kuasa Allah la. Ko  doa je la supaya Allah tunjukkan ko jodoh sebenar ko !! Percaya la.. Allah akan bagi ko petunjuk kalau ko mintak kat Dia !



M : Erm.. Betul gak kan.. Ko ni kan, macam pernah lalui je benda ni.. Ko pernah rasa situasi ni eh?



Aku : Errr.. Aku? Tak pon.. Lalalala.. ( sambil senyum )



M : Ye keeeeeee? ( Perli )





Lepas tu, aku pon salam raya dengan beliau, dan terus pergi cari adik aku kat kedai.. Rupanya adik aku dok usha beg Angry Birds ! Haha.. Dan kawan aku tu.. Aku harapkan, dia dapat harungi dunia percintaan itu tanpa ada sebarang kesukaran.. Hehe.. Well cinta itu sangat pelik kan? Tapi pelik pelik pon, itu yang buatkan kita bersemangat... Itu gak la buatkan kita rasa berbunga dalam jiwa.. Allahuakbar ! Cintai Allah adalah cinta yang paling hakiki .. :)







Koyok Ditempek  :   Tetiba teringat kan sesuatu.. Hmmm.. 



Koyok Ditempek II :  Panjang tak entri aku? hahaha :P
Read more »

Cinta Habuk Biskut !

Assalamualaikum .. Disebabkan aku dilanda kebosanan yang membara dan jugak idea semua telah menepu di dalam sanubari aku.. Maka telah terlintas bagai shooting star di fikiran aku ni yang aku harus membuka Adobe Photoshop dan melukis.. Melukisssssssss dan terus melukisssss.. !!!





Maka.. terhasil la satu masterpiece yang diberi nama " Cinta Habuk Biskut "  !! Haha.. comel tak nama itu? Ermmm.. Mestilah comel kan, tengok la sapa lukis ! Haha.. Ye lah, korang tengok tau !! Taddd.. Tadaaaaa !!









~ Cinta Habuk Biskut ~










Hehe.. Tetiba lak  kejiwangan di hari Jumaat nan mulia ni ! Takpe la kan, sesekali sesekala.. Okeh la, aku nak gi melantak cokolat cip sebalang jap ! Jumpak lagik yek ! :P













Jangan lupe klik like okeh ! 



Read more »