Tampilkan postingan dengan label Nuffnang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nuffnang. Tampilkan semua postingan

Tips Dapatkan Buffered Earning, Sengal Zone Style !







Assalamualaikum dan selamat malam pembaca pembaca yang sedang tidur ! Hehe.. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:45 pagi. Huarghhhh.. Aku pun dah mulai rasa mengantuk . Tapi, oleh kerana aku terasa nak share satu ujikaji yang dilakukan oleh aku sejak 3 minggu lepas berkenaan Buffered Earning, maka aku pun mengambil keputusan untuk menaip guidelines untuk mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang . Mesti korang nak kan Buffered Earning kan? Eceh..





Untuk pengetahuan korang semua, aku dah lama dah tak dapat Buffered Earning ni. Seriusly, kali terakhir blog aku dapat Buffered earning dari Nuffnang pada bulan Jun lepas. Lepas tu selama dua bulan jugak la aku menantikan Buffered Earning tu supaya muncul , tapi tak muncul muncul jugak. Akhirnya, lepas melakukan beberapa ujikaji dan langkah drastik dua minggu lepas, blog aku dikurniakan 2 Buffered Earning . Macam kat gambar bawah ni tau..









Well.. Inilah dia 2 Buffered Earning aku ! Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Mesti korang tertanya kan, apa ujikaji yang aku buat dua minggu lepas? Hehe... Jangan risau, aku nak share la ni.. Lagipun, benda baik patut dishare kan.. Tak elok kedekut kedekut ilmu ni tau..





So.. Nak tahu teknik aku mendapatkan Buffered Earning? Baiklah, meh aku jelaskan teknik itu .. Mula mula kan, UV korang kena maintainkan. Berdasarkan ujikaji aku, Nuffnang tak pentingkan traffik tinggi ! Percaya tak kalau aku cakap  Buffered Earning yang aku dapat kat atas tu UV aku time tu bawah 100 ? Hehe.. Yeee.. Memang bawah 100 pun UV aku time tu.. Kalau tak silap aku, dalam 70 - 80 UV ! Hehe.. Apa yang aku buat adalah, aku kekalkan UV aku 70 - 80 dalam masa seminggu ! Seminggu tau.. Nak tingkatkan pon boleh ! Hehe..









Lepas tu, macam biasa la kan, aku update SURVEY ! Yup.. Macam gambar kat atas tu hah.. Nak update survey ni pon korang kena banyak kerja sama dengan Alexa ! Kenapa ? Ermm.. Senang cerita kan, korang guna DEMOGRAPHIC section kat Alexa tu untuk mengetahui tentang readers korang. Pastu baru la korang isi survey Nuffnang ! Guna segala Info yang korang dapat dari Alexa tu dalam survey korang ! Memang amat berbaloi bekerjasama dengan Alexa dalam pengisian survey Nuffnang ni. Hehe..








dah 5 surat cinta aku kasi sama Nuffnang ! Hehe..




Lagi satu teknik aku, aku suka hantar TICKET kat Nuffnang ! Haha.. Macam hantar surat cinta pulak kan..Tapi tu la, aku suka sangat klik bahagian CONTACT US kat Nuffnang tu. Untuk apa? Ermm.. Ekceli, banyak kebaikan kita hantar ticket pada Nuffnang ni.. Korang boleh dapat penjelasan serba serbi dari pihak Nuffnang. Respon yang diorang bagi pon agak cepat ! Jangan lupa try okeh ?





So , tu lah teknik teknik nak dapatkan Buffered Earning ! Tapi versi Sengal Zone laa.. Hehe.. Pe kata korang try, mana la tau korang dapat Buffered Earning jugak. Ermmm..  Aku harap sangat info panjang lebar yang aku buat ni bermanfaat untuk korang.. Okeh la, aku nak lelapkan mata jap.. Selamat mencuba tauuuu. !!











Koyok Ditempek  :  Ni adalah entri paling panjang dalam blog aku.. Haha. Terasa macam exam karangan SPM pulak. lalalala :P

















Read more »

Mari Main Main Bersama Google !





          Elo elo elo ! Main dengan Google? Apekah? Hehe.. Takde la, ekceli aku nak habaq mai kat hangpa hangpa semua ni yang aku nak ajak korang main beberapa trick dengan Google ni ! Trick yang agak best untuk di try sambil minum milo ais tabur ! Memang terbaikkk !!





          So.. Tanpa membuang masa dan jugak line tenet ni, ayuh bersama sama kita mengtry ini trick ! Ada beberapa trick ni, korang boleh amik masa untuk mencuba okeh ! Jommmm !!









  • Google gravity !    Trick ini akan membuatkan Google tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Haha

    • Mula mula, pergi ke Google.com.

    • Taip Google Gravity 

    • Kemudian klik dekat sebelah kanan yang tertulis I'm Feeling Lucky

    • Tunggu kejap, dan lihat hasilnya.



  • Google Pacman !

    Nak main Pacman macam dulu dulu ? Klik je SINI 



  • Google Hidup !

    Trick ini akan membuat Google semakin membesar !

    • Pergi jugak kat Google.com

    • Taip Epic Google

    • Pastu klik jugak sebelah kanan yang I'm Feeling Lucky tu.

    • Tunggu dan lihatlah ia hidup !!! 



  • Google Di Hack !

    Trick ini pulak akan membuatkan Google nampak macam kena Hack !

    • Sama macam kat atas ni, pergi ke Google.com 

    • Taip pulak Google Hacker

    • Tekan jugak I'm Feeling Lucky yang di sebelah kanan tu.

    • Tengok hasilnya.. :P 





  • Annoying Google

    Trick terakhir ni akan membuatkan.. Err. Korang tengok sendiri okeh ! Hehe 

    • Sama jugak dengan sebelum ni, pergi ke Google.com

    • Taip Annoying Google

    • Tekan I'm Feeling Lucky 

    • Dan lihat la perubahannyaa... 

















   So.. Selamat mencuba trick trick diatas ye.. Hehe.. Errr.. Bila la aku nak dapat Buffered Earning ni !!! Nuffnang !!! Eh, apa kata kita ramai ramai hantar ticket pada Nuffnang mintak duit raya nak? Okeh la, out jap , nanti ada idea, aku datang balik !! Tataaa ! =)









Read more »

Nuffnang Sungguh Pelik !













            Assalamualaikummmm ! Tengah hari menjelma lagi. Pasti ramai yang dok menjamu selera kan? Hehe. Makan la dengan penuh lemah gemalai. Jangan tergopoh gapah seperti mengejar layang layang yang ditiup angin okeh? Sambil makan , sambil usha blog memang feelingg woo ! Cer try ..





             Okeh, disebabkan aku suka menguji kajikan  benda benda online ni kan, aku telah menguji kajikan blog aku sendiri. A'ah la.. Blog aku ! Hehe.. Camne ek aku menguji kaji kan ia? Ermm.. Meh nak story mory sikit lepas korang tengok point point dalam ujikaji aku itu terhadap Nuffnang !








  • Traffik aku dah merudum kaw kaw ! bukan kawtimmm okeh? Haha.

  • Aku tak update blog dalam 3 minggu dan kini, selang beberapa hari..

  • Ranking Alexa aku pun dah jatuh lapan belas kali ganda ! Haha..









              3 point diatas merupakan satu ujikaji yang dijalankan aku untuk melihat sama ada aku still dapat apa apa dari Nuffnang ke tidak. Dan hasil nya agak memelikkan diriku ini sebab...

















  • Aku still dapat Buffered Earning (BE) eventhough aku punya UV tak sampai 100










              So.. itu lah perkara pelik yang berlaku antara aku dan Nuffnang ! Apakah ini dinamakan CINTA? hahaha.. Sapa sapa yang terer bab Nuffnang ni sila la menjelaskan isu gosip hangat ni pada diriku agar aku tidak dalam kebuntuan senantiasa !! Tamat . Hehe :)




















Koyok ditempek  :  Sapa ada tau penawar nak pulihkan strok ? Untuk ayah aku ni.. Sapa sapa tau, aku belanja die choki choki ! :)


            




















Read more »

RM 101.07 Tuuuuuuuuu !

             Assalamualaikum dan selamat pagi ! Hehe.. Morning ! Ecehh.. Aku sedang beromong omong sesorang ni rupenye.. Haha.. Tak pe la, korang tido dulu, jap lagi aku pun bakal mengikuti jejak langkah korang ! Miahahaha.. Jangan ingat korang je boleh ke alam mimpi.. Aku pun nak ikut jugak ! Hehe..





            Okeh, abaikan tentang trip ke alam mimpi itu sebentar kerana aku nak bagitau korang yang benda misteri dalam entri INI dah pun selamat di tebus dan digunakan untuk membeli charger laptop aku ! Haha.. Kini laptop aku dah berfungsi seperti sediakala. Malahan ia seakan akan gumbira dan penuh bersemangat setelah mengetahui yang duit NUFFNANG aku tu diguna pakai untuk mengrepair kelengkapan beliau ! Haha.. Takpe la laptop, rezeki kau, nak buat camne kan. Hehe..








First time gua dapat cek beb ! Haha.. Teruja pakcik ..




          Ehemm.. Entri ni bukan la nak menunjukkan keriakan, ketakburan mahupun keberlagakan. Cuma motif entri ni adalah untuk membakar semangat anda anda anda untuk terus berblog ! Hehe.. Ayuh kita tunjuk ramai ramai kat orang luar sana yang dok perlecehkan blogger ! Jadi blogger pun boleh dapat duit woo ! Depa ada ke? Hehe..





         So.. Aku pun nak undur diri sebab ada date dengan Scarlett Johanssen di alam mimpi si sengal ubi ! Haha.. Nanti kita bersua rasa lagi eh.. Err.. Macam TV9 pulak kan.. Biaq pi laaa.. Aku dah ngantuk !! Selamat tido pembacaku.. Uhukk ..









Koyok Ditempek  :  Jangan bersedih kalau duit Nuffnang anda baru 20 sen, tapi bersyukur la sebab ia merupakan rezeki anda dan dari hasil titik peluh anda sendiri. Kalau RM 100 tak cukup 20sen pun takkan jadi RM 100 kan? So..  Jangan giveup dan selalu la bersyukur !! Okeh? Go go go !!








Read more »

Mak Aku Dan Nuffnang? Ehemm..









          Assalamualaikum .. Kehadapan pagi kepagian ! Wohoo.. Ini hari hari pekerja kan? So.. Secara automatiknya, aku pun yang bergelar pekerja ni bercuti dengan sewenang wenangnya. Ahaa.. Aku maybe akan berangkat pulang ke Kuantan petang ni. Hehe.. Lama dah tak balik kampung .. Cuti cuti ni la balik kampung beb.. Jenguk pokok lidah buaya gua. Comel je..





          Well well west.. Entri ni berkisar tentang hubungan mak aku dengan Nuffnang ! Haha.. Apekah? Skandal kah? Hehe.. Ermm.. Lebih kurang camtu gak la.. Meh aku nak cerita permasalahan tersebut dengan nada lemah gemalai dan kentut sepam dua..





            Alkisahnya begini, macam biasala kan, hari hari mendatang ku lalui dengan penuh kesenyuman yang meleret sampai ke ubun ubun. Hehe.. Berkerja, mencari rezeki demi mengisi perut buncit ku ini. Menabung seposen setiap hari demi ingin membeli patung Sailormoon... Errr..  Hehe.. Dan segala gala jenis benda yang mampu menunaikan impian ku nan satu ni.. Ewahhhh..





             Semalam, sedang aku mengformat laptop orang dengan hidung kembang kempisnya kan, aku dapat mesej dari mak aku mengatakan..




" Angah, cek bernilai RM 101 dah sampai.. "





             Hoho.. Itu menandakan duit dalam akaun Nuffnang aku yang di cash out dua bulan lepas baru ku dapat ini hari ! Yaa.. Walaupun jumlah itu tidaklah semegah lain orang, tapi Alhamdulillah laa.. Rezeki berblogging untuk diriku ini tetap ada.. Hehe.. Syukran syukran..





              Itu yang menyebabkan aku terfikir sejenak , mak aku ni ada apa apa ke dengan itu NUFFNANG ? Hehe.. Nampak nya, pelamin anganku musnah begitu saja. Haha.. Takdelah, itu hanyalah imaginasi diriku yang sering bermain dengan diri ku di kala kebosanan dan kebangunan ditengah malaman ini. Hehe..





              So.. itu saja untuk pagi ni. Aku nak gi kemas kemas barang jap, sok nak balik Kuantan ! Yey ! Hehe.. Boleh la aku pergi mencari mentibang laut sekor dua.. Haha.. Eh.. Jap.. lupa nak ucap Thank You Nuffnang !!! Hehe.. Sapa nak choki choki? Jum turun Kuantan !!! :P









Koyok Ditempek : Maaf, my mom tak sukew bergambaw law ! Haha.. 





Read more »

Buffered Earning Ke 4 Bulan Ni !





          Assalamualaikum warahmatullah ! Hehe.. Sihat tak malam malam minggu ni? Hehe.. Jumaat kan permulaan hari untuk bercuti ! Ecehhh.. Lain lah aku ni, memang dah cuti dah pun. Sekarang dok busy apply sana sini demi untuk berkerjaya. Ye lah, kerjaya aku sebagai Gardener anggur tak mencabar ! Tu la pasal aku mencari dan terus mencari jawatan seperti Gardener Durian mahupun Gardener Petai ! Haha..



            Baik lah, tajuk entri ni pun berkaitan dengan Buffered Earning mahupun nama glemer nya di kampung "BE".. Hehe.. Well, seperti biasa la kan, aku kan blogger yang agak pendiam serta pemalu dan semalu ! Haha.. So.. Rutin aku kebanyakannya membaca blog orang lain dan hanya kekadang meninggalkan jejak jari jemari ku ini. Ecehhhh..



             So.. Pagi tadi, macam biasa la, bangun pagi, cek Nuffnang punya KEYWORD , dan lepas tu EARNING, mana la tau kan bertambah lapan belas ratus rupiah lagi ke ! Hehe.. Boleh beli jajan dua kampit ! Hehe.. Nak dijadikan bahan terkejut, aku memang terkejut pun tau. Aku terkejut bila bukak je bahagian earning, bertambah lagi satu BE ! Menjadi kan jumlah BE terkumpul aku sekarang ni 3 ! Sebab satu daripada BE aku dah bertukar menjadi Metered Earning (ME) ! Tengok la rajah dibawah ni ye ! Aku tak tipu munye ! Hehe..















           Hmm.. Terima kasih Nuffnang ! Dan jugak terima kasih kat pembaca blog aku ni, merangkap sahabat sahabat dan kengkawan serta geng bas sekolah aku ! Tanpa korang kan, takde nyer aku nak dapat ME ke BE ke, CE ke. Haha.. So.. Terima kasih tak terhingga kat korang, InsyaAllah, aku dalam perancangan nak buat sesuatu yang dapat menguntungkan kita semua ! Aku taknak naik sorang sorang, aku nak kita langkah naik tangga tu bersama sama ! Hehe.. Boleh kan?



            So.. Aku rasa macam entri aku hari ni banyak cerita pasal Nuffnang je, tak kembang ke Nuffnang nanti? Haha.. Aku nak undur diri kejap, nak main DOTA ! Sapa nak lawan ? Meh !! Hehe.. Chowww Yunn Fattt ! :)








Koyok Ditempek  :   Aku nak buat segmen VLOG ! Haha.. Dapat sambutan tak agak agak? :D 






Read more »

Pagi Pagi Cash Out !







               Good Morning !!! Haipp.. haip... Aku sedang berexersice nih.. haha.. Meh join meh, senang je, korang gerakkan jari jemari korang mengikut lagu BEP - Boom Boom Paw.  Lepas tu gerenti korang akan sihat sejahtera. Try la.. Syiokk woo.. Haha..



                Okeh, permulaan hari aku sangat la best, bangun bangun, terasa nak cash out duit Nuffnang . Dan aku terus klik cash out, kemudian isi la pape yang patut ! Then, tunggu je la 30 hari sampai cheque aku yang first sampai kat rumah kat Kuantan ! Yeyyyyy..



                Jumlah? Tak la banyak mana pun.. Seratus plus plus sahaja. Hasil daripada 3 bulan aku daftar Nuffnang. Boleh la aku bawak adik adik aku pergi makan pizza nanti. Hehe..



                 Well, kini aku dekat kampus Unisel. Sedang mentelaah ,sambil sambil layan FB, Blog, mp3 ni.. Perghhhh.. Memang syok la kan, aku sorang sorang je kat sini. Haha.. Rasa macam aku ni Ultraman Taro ni. Haha..



                 So.. Mulakan la pagi anda dengan senyuman ye.. Sebab, aura happy tu boleh merebak woo.. Tak caye? Try korang senyum kat cermin, pastu ada orang kat belakang korang, confirm orang tu pun akan tersenyum jugak. haha



                 Okeh? Aku nak meneruskan study ni. Shhhhhhhhhhhh !





P/S  :   Study 5 minit, layan online 15 minit. Haha.. Macam sengal ! :P







Read more »

Tips Nak Dapatkan Buffered Earning (BE) !

           Assalamualaikum. Weh... Try tengok kat luar. Bulan purnama sangat lah cantik. Subhanallah ~ Tadi time aku pi sidai kain 5 minit lepas. terpegun kejap aku bila mendongak ke langit ! Hehe.. Rasa tenang je. Hilang semua permasalahan aku dalam kotak memory otak aku ni.



            Okeh, mari kita ke tajuk asal entri aku ni. Korang nak tak Buffered Earning dari Nuffnang? Hehe.. Mesti la nak kan? Aku pun nak gak. Dan sekarang aku dah dapat dah ! Hehe.. Alhamdulillah, rezeki itu tetap ada. Cuma perlu berusaha je. Tau !



             Meh sini aku nak share tips nak dapatkan Nuffnang. Dulu.. Aku pun susah gila nak dapat BE ni. Ye lah, blog aku ni pun bukannya best mana pon. Dah la aku tak popular. Haha.. Tapi untunglah jugak. Ada gak yang nak tempek iklan kat blog aku ni. Terima kasih Nuffnang ! Jum kita tengok tips nak dapatkan BE ! Ready ! Go..







  • Tips Pertama 

    • Seperti mana yang korang tau, untuk dapatkan BE ni, korang punya UV perlu 100 keatas. Erm. Camna nak dapatkan UV 100? Dengan mengupdate blog. Ya.. Korang kena frequently update ! Kalau korang dah terbiasa sebulan sekali. Memang tak dapat la. Melainkan korang dah betul betul top ! Hehe.. Aku suggestkan, korang update sekurang kurangnya sekali dalam masa 3 hari. Kalau lebih pun lagi la bagus ! Hehe.. Try la, pastu saksikan perbezaan nya !



  • Tips Kedua 

    • Jangan pentingkan jumlah FOLLOWERS ! Sebaliknya pentingkan ENTRI korang. Followers selalunya akan datang sendiri kalau Entri korang betul betul bagi kesan pada diorang, berkualiti dan tidak terlampau mengarut. Bila entri korang dah sebegitu, InsyaAllah, korang punya blog akan diingati dan lepas tu, BE datang kejar anda ! 



  • Tips Ketiga

    • Berat blog memainkan peranan penting dalam setiap prestasi sesuatu blog. So.. Andai kata blog korang terlampau meriah seperti Mariah Carey. Korang tak rasa yang blog korang akan menjadi calon sesuai untuk jadi kura kura ? Bila dah slow, pembaca akan melarikan diri dengan menekan butang X ! BE pun akan turut sama berlari ! So.. Nak ke penuhkan blog korang dengan design, widget, gambar , lagu yang tak berpatutan? Kalau aku, taknak wooo.. Aku pilih BE ! Hehe





          So.. Itu saja yang mampu aku share kan. Dan percaya lah, semua yang aku tulis ni, aku praktikkan ! Hehe.. Rasanya , tak salah kan aku kongsi kongsi. Hehe.. Kita kan kawan kan? Okeh la, aku nak mandi jap ni. Penat dah rasa nya. Heeee. Akhir kata, Jangan kaya sorang sorang ! Haha..






Read more »

Cara Nak Join Contest Nuffnang !





            Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca pembaca blog Sengal Zone ! Hehe.. Erm.. Kalau korang baca entri aku yang sebelum ni , aku ada bagi teknik nak naikkan duit Nuffnang kan? Hehe.. dan salah satunya adalah  dengan join kontest Nuffnang.



             Kini aku nak bagi tunjuk ajar bagaimana nak join Nuffnang punye kontest ! Ahaksss ! Sediakah anda mengikuti jurus jurus yang amat sukar ni? Hehe..



             Jom kita ikuti teknik tersebut  :





  • Mula mula, sila ke Nuffnang.com.my ( Login akaun anda )

  • Kemudian dekat bahagian depan website Nuffnang tu, disebelah kanan ada beberapa section.

  • Selalunya, untuk dapat ticket wayang free, ada section Nuffnang Premiere Screening.

  • Sekarang, klik bahagian Nuffnang Premiere Screening - Beastly

  • Ada poster " Beastly " kan?

  • Klik "More" dekat bahagian bawah poster tersebut.

  • Kemudian, scroll sampai bawah description tu. 

  • Anda akan jumpa cara cara nak dapatkan tiket free !

  • Join je la. Hehe.. Ada rezeki, anda menang punye. Hehe

  • Kontest Nuffnang  tak semestinya wayang je tau. Ada berbagai bagai lagi . 

  • Korang kena selalu usha website Nuffnang je.  





            Okeh? Sebarang persoalan boleh tanya aku. Ecehhhh Macam kaunter pertanyaan pulak kan? hehe..

Oleh kerana Cik Teddy aku dah abes makan KFC dia. Lepas ni turn aku pulak makan. Yihaaaaaa ! Hehe..





P/S  :   Aku kat KFC seksyen 2 ni ! Sapa sapa ada kat sini? Meh lawan geletek ! Haha 





Read more »

Nuffnang Bagi Aku Tiket Wayang !





         Assalamualaikum kepada para pembaca yang dihormati sekalian. Sudah tengah malam rupanya ! Ku ingatkan ianya masih petang ! Haha.. ada ke sampai ke situ pulak kan. Well well west, aku memang suka mengelamun ! hehe..



         Tadi, time aku balik dari makan malam kan, aku bukak la email yahoo aku kan. Tiba tiba je aku rasa tak sedap hati. Hati aku dup dap dup dap ! Macam keretaapi komuter tuh ! Fuhyohhhh ! Haha.. then, aku slow slow la check inbox, lepas satu satu email aku scroll kan.



         then, tup tup, dekat bahagian sender tu kan, aku tengok tulis Nuffnang , pastu tengok kat subject tu dia tulis "Invitation to premiere screening of FASTER" Wowwww ! Cerita The Rock berlakon tuh ! Pergh .. Tak pernah pernah aku dapat tiket wayang free. Ni la first time aku dapat tiket sebegini.. Terharu rasa. ! Nak tengok bukti tak? Korang scroll ke bawah okeh !






Keratan email dari Yahoo


          Amacam? Percaya tak? Haha.. Terbaik dari ladang gandum nih ! well, kalau korang nak dapat benda camni kan, daftar je Nuffnang , pastu masuk la apa apa contest yang dianjurkan. Aku menang tiket ni pun sebab aku masuk contest FASTER tempohari ! Hehe.. Alhamdulillah ~ Memang aku plan pun nak gi tengok wayang selama ni, tapi tak berkesempatan ! Isnin ni maybe aku menyerbu GSC Mid Valley ! Yeahhh !



          So.. Tak sia sia aku join Nuffnang ni ! Dah 3 bulan aku bersama kamu Nuffnang ! Thanks Robb Chew! Hehe.. Terharu pakcik ! Eh Eh.. Esok aku balik Kuantan, cuti Mid Term dah bermula ! tapi Isnin ni datang balik ~ Doakan aku selamat pergi dan selamat balik ye rakan rakan. Takut ni naik bas double decker

 ! Bukan keropok tu tau ! Hehe... Okeh la, aku nak gi bilas kain yang direndam tadi.. Nanti jumpa balik. Tata ~ Thank you Nuffnang !





Read more »

Buffered Earning Pertamaku !

            Assalamualaikum. hehe.. Sambil sambil aku dok berborak dengan mak aku ni kan, aku sempat lagi menaip. hehe.. Gian woo nak update blog. hehe.. Tak salah kan? hehe.. Seperti yang korang tau, bila kita daftar Nuffnang, confirm confirm la motif dia nak dapatkan side income kan? Lagi lagi student macam aku ni yang acap kali kesempitan wang! hehe



            Okeh, disaat aku buka website Nuffnang kan, aku agak terkejut dimana kotak yang selalu memaparkan earning aku, tetiba ada lagi satu kotak, kotak itu adalah,









         Fuyoo, Buffered Earning (BE) wooooo ! Syukur sangat sangat ke hadrat Illahi, walaupun blog aku ni agak sempoi, ada jugak advertiser yang nak park iklan kat blog aku nih, Alhamdulillah. Patut la aku tengok sejak dua menjak ni, ada iklan yang selalu sangat dok dipaparkan kat blog aku, rupa rupanya ada udang di sebalik mee ! hehe



        Apa rahsia aku? erm.. Rasanya takda rahsia apa apa kot, yang penting kekal kan jumlah viewers dan kalau boleh, tingkatkan hari demi hari, walau pun beza jumlah viewers cuma 1, ia tetap bawa perubahan woo ! Korang bila dah kekalkan viewers, korang kena maintain Unique Klik (UV), kalau boleh 200 UV sehari tau. Selain tu, korang di galakkan mencipta entri yang tak meniru mana mana pihak, bak kata orang putih, originality is the key ! hehe.. erm.. apa lagik eh, haaa.. Korang gak kena la rajin update survey kat Nuffnang. Alaa Profile Survey tu ! hehe... tu je la tips yang aku gunakan ! hehe..



      Dan di kesempatan ni, aku nak berterima kasih pada anda anda anda yang sanggup menggunakan kuasa jari untuk mengklik ke blog aku nih ! Terima kasih beribu ribu lemon aku ucapkan ! hehe.. Allah je la yang mampu balas pun. hehe Aku balas guna blogwalking and klik Nuffnang korang ! Okeh la, aku nak makan pisang ni, Abah aku bawak balik setandan ! hehe Nanti kita berjumpa lagi ye ! Nuffnang Rocks ! =)





Read more »

Nuffnang Aku Dah Bertambah ! =)

Assalamualaikum wahai penduduk bumi ! Siapa tak jawab dosa taw ! Baik jawab cepat, dalam hati je pun boleh jugak. Hehe.. Di malam yang hening nih, aku nak memberitahu, yang Nuffnang aku yang selama dua bulan ni dah bertambah ! hehe berapa banyak? erm.. Nanti korang tengok ye gambar kat bawah nih
.

.
Aku taw ada yang gelak sembunyik sembunyik kat belakang tu kan? baik ngaku ! haha..
Gelak la, aku tak dapat menghalang kebebasan korang untuk bergelak gumbira ! Well, aku rasa bersyukur sangat sangat ! Even RM2 sekali pun, ia tetap wang ringgit kan? dan yang penting, ia HALAL ! dan bagi aku, 2 hengget tu boleh makan dah ! Nak tahu tak, aku makin bersemangat bila tengok duit dalam NUFFNANG aku ni bertambah ! Haha.. Dan jangan harap aku nak give up ! No way bebeh ! hehe aku akan terus berblogging ! dan juga berjogging ! haha..
RM2 hengget sekarang, suatu masa nanti, akan jadi RM 200 ! Siapa tau kan, rezeki Allah nak bagi ! Akhir kata, TERIMA KASIH NUFFNANG ! hehe.. =)

Read more »

Masa itu Awekku !

Assalamualaikum. Haa.. Jumaat dah? Cepat betul masa ni berlari kan?
Dalam sekelip mata je ia bertukar dan berganti hari. Hmm .. sebab tu la ramai orang cakap,
masa tu tak menunggu kita walaupun satu saat. Nampak nya aku kena lebih menghargai masa lepas nih, sebab aku selalu gak pilih kasih dalam penggunaan masa yg menjerumus kearah "tidur" dan juga "DOTA" walhal aku nih sangat la mencintai masa sedalam dalam nya. Nak aje aku propose cik "Masa" supaya menjadi teman aku di kala susah dan senang. Boleh ke ?
Disaat masa ni berlari pergi meninggalkan kita, makin banyak la kejadian kejadian yang akan kita cipta, termasuk lah yang terjadi tanpa kita sedari. Contoh la kan, dulu, aku asyik baca je blog orang, pastu dengan muka blur klik sana klik sini, blur bila orang cakap tentang dashboard la,
HTML la, Nuffnang la, sekarang, aku yang dah ada blog, dan tau macam mana nak gunakan semua benda nih. Haihh... Boleh dikatakan, masa la "cikgu" berterusan aku dan korang kot ! hehe.. Dan lepas ni, apa lagi agaknya yang akan ditunjukkan oleh cik "masa" nih.
tetiba kan , aku rasa macam membebel plak kan? haha. Takpe lah kan, sekurang kurang nya , aku nak bagitau betapa pentingnya "Masa" nih. Kan dalam Quran pun ada sebut tentang masa nih. So.. better kita beringat ! Sebab masa kita kat dunia nih pun hanyalah satu "loan" yang akan ditarik balik olehNya bila bila je nanti. so... renung renungkan, dan selamat menunaikan Solat Jumaat ! =)'
.....
*Gambar dan waktu entri ni diterbitkan sama taw! hehe


Read more »

Ancaman besar !


Yey Yey , Kita bertemu lagi ! hehe
Mesti korang pelik kan kenape aku belum menidurkan diri ini!
hehe well aku ada beberapa sebab,
tapi sebab yang nih memang aku kena expose kat korang!
sebab maybe benda nih akan jadi ancaman pada korang jugak dimasa yang mendatang !
bunyik macam gempak je kan?
memang pun! (sambil mengangguk comel)
benda nih dah terjadi kat aku beberapa hari lepas.
kalau kira guna jari Digimon yang ada tiga ketul tu kan, tiga la.
hehe .. okie, aku serius nih,(sambil membuat muka yg ala ala Leonardo de Caprio )
oke ancaman aku dapat td adelah, barisan tentera semut bersiap sedia menyerang segenap pelusuk lappy aku neh !
haisshhh.. mana boleh ini macam...
kena isytihar perang nih..
tentera tentera semut neh makin melampau apabila aku bukak "Google"
then aku search la gamba Siti Nurhaliza,
bila terkeluar je gamba Siti Nurhaliza,
ade sekor nih,
boleh plak buat tarian Poco - Poco kat gamba tuh..
>.< ( sambil mencebik)
lalu, aku pon biar je lah.. sebab pada pendapat aku, semut askar tu pon salah satu peminat
Siti Nurhaliza ! hehe jadi, aku nak tanye korang nih, patot tak aku menempeleng semut semut ni, atau membiarkan saje mereka berpesta di skrin laptop aku, dan seterusnye menghidangkan juadah late supper kt diorg? please la tolong aku semampu yang boleh !
oke, untuk pengetahuan korang kan,
motif aku buat entri nih adalah nak bagitau yang Iklan Nuffnang keluar waktu sebegini lah ! =)
hehe
Read more »