Assalamualaikum ! Selamat tengah hari wohoo ! Hehe.. Menjengah ke tengah hari Isnin camni, bagi yang berkerjaya, confirm la tengah menjamu selera ! Hehe.. Kan kan kan? So.. Apa menu korang ini hari? Mesti sedap kan? Eh.. Taknak pelawa aku ke? Haha..
Okeh, disebabkan mood untuk update blog aku ni agak berkurangan, maka dengan ini aku nak share 3 sebab mood nak update blog tu ilang berlalu pergi ! Haha.. Dan ia adalah ...
- Internet yang slow dan seperti siput !
- Haaa.. Ni masalah utama bagi aku yang gemar mengupdate blog. Hehe. Selalunya, idea aku muncul secara spontan, tanpa perlu di peram peram lama lama. Saat ada nya internet, saat tu la idea aku selalu muncul. So.. Kalau internet slow mahupun takde line langsung, ia mampu membantutkan proses pengupdatean aku ! Korang camne? Hehe
- Masalah kesibukan !
- Hmm.. Manusia biasanya tak dapat lari dari menguruskan hal hal kehidupan kan? Hehe.. Sama la jugak dengan insan yang bergelar blogger ! Takkan la nak terperuk depan laptop or PC 24 jam je kan. Hmm.. Kesibukan itu la yang membuatkan proses pengupdatean itu terbantut dan terkentut ! Hehe ..
- Jemu dengan dunia blogger !
- Anda jemu? Pernah menjemu? Haha.. Ya.. Ada sesetengah blogger ni dah jemu dengan dunia blogger yang semakin hari semakin mencabar ni. Yelah, gejala kondem mengkondem, gaduh sana sini, perli situ sini, dah jadi macam tak aman dah. Jom masuk dunia Digimon la camni. Hehe.. Bila dah jemu, confirm akan ada diantara diorang ni yang stop blogging .
Anda setuju? Sila angkat jari manis anda ! Haha. Sejujurnya, aku pun menghadapi masalah seperti yang aku taip kat atas tu . Hehe.. Tapi, dun worry, aku takkan give up. Camtu la jugak korang okeh? Hehe.. Go go go !
P/S : Segmen Idolaku bakal muncul kejap je lagi ! Haha.. Tak sabar nak tau sapa idola korang dalam dunia blogging ni ! Hehe..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks