Assalamualaikum dan selamat petang rakan rakan. Aku kini sedang bersantai di atas tilam serta berpelukan dengan si bantal bak berada dialam sauna dan spa Q. Hehe.. Dalam erti kata lain, aku baru je lepas membasuh kain ! Hehe.. Ewahhhh.. Korang ingat kaum wanita je ke yang pandai membasuh. Lelaki lelaki masa kini pun amat la hebat di arena perbasuhan.
Tapi kan, aku rasa banyak yang lebih suka hantar dobi. kan kan kan? Haha.. Aku bukan nya malas nak hantar dobi. Tapi keseganan teramat. Yelah, seluar kecik, baju kecik, tuala kecik, teletubbies kecik aku ni jadi tatapan umum orang yang membasuh tu. Haihhh.. Malu dowww.. Haha
So.. Dengan ini , aku memberikan 3 teknik membasuh baju versi tanpa mesin oleh aku yang bergelar seorang pelajar yang comel, anggun dan keunggulan !
- Teknik pertama, kebiasaannya , student menggunakan sabun yang berharga RM 1 tu. ala.. banyak kot. Okeh, lepas dah beli, masukkan 1 sudu teh serbuk sabun itu dengan penuh kelembutan bak mengacau dodol di malam hari. Slow slow cik salmah , nanti jatuh bilik air. Haha
- Teknik kedua, masukkan air jernih beserta sulingan. Air paip la sonang ! Hehe.. Kemudian , sila menanti dengan penuh kesabaran disamping menyanyi nyanyi kecil lagu wonderpets. Rendam kain kain kekain tu selama 30 minit untuk mendapatkan umphhhhhh basuhan ye. Hehe
- Teknik ketiga, selepas itu, masukkan dua dua belah tangan anda kedalam rendaman tersebut, dan pukul memukul sampai lumat. Eh.. Sampai korang rasa puas hati. Boleh jugak menggunakan kaki anda, kaki kawan, mahupun kaki jiran ye. Lepas tamat sesi memukul, anda boleh
birasbilas dengan bahan softener ! Wangi beb.. Pastu sidai la secukup rasa ! hehe
Macam mana? Mudah kan. Jimat woo.. Tak yah keluarkan duit pun. Bagi student macam aku ni, duit amat lah bermakna. Seposen pun aku kira tau tak . Sebab boleh beli snek MIMI ! Hehe.. Akhir kata, selamat membasuh !! :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks