3 Makanan Yang Simple Dan Sedap !





             Assalamualaikum dan selamat pagi ! Haha.. disini aku ingin membuat pengakuan , aku tak boleh tido semalam! Jadi aku telah mengisi masa aku dengan penuh aktiviti seperti bermain teng teng, tengok labah labah, menjentik tangan sendiri, dan paling best, lawan menyelam dalam baldi. Haha.. Nak join ? Hehe..



            Baiklah, mari kita ke tajuk utama entri aku ni. Hmm.. Malam tadi, dekat group Sahabat Blogger aku ada berborak dengan beberapa rakan rakan blog yang mesra dan baik serta top ! aku borak dengan diorang tentang makanan ! Hehe.. Disebabkan makan itu merupakan hobi aku yang amat susah dipisahkan dari perut dan mulut. Maka aku akan berkongsi dengan korang 3 makanan yang aku sangat suka makan ! Dan ia sangat simple dan murah ! Sedap lak tu.. Hehe.. Nak tau? Jum Skodeng !!





  • Gabungan Biskut Pat Segi + Milo / Kopi / Sirap !

    • Ni makanan yang best kalau dimakan time time lapar tengah tengah malam. Jimat woo.. Makan petang pun boleh. Hehe.. Cara makan, bahagikan pada dua bahagian, kemudian cicah ye bagi agak agak lembik sikit ! Hehe.. Pastu Aummmmmmmmmmmmmm ! Terbaikkk !







  • Gabungan Roti Gardenia + Marjerin + Susu Pekat + Milo O Panas !

    • Ni pun salah satu makanan kegemaran aku. Sedap sangat sangat. Tak caya? Try buat. Cara makan, Roti disapukan marjerin dan susu pekat, kemudian di cicah dengan Air Milo O panas ! Sedap hingga terangkat kain langsir rumah jiran !







  • Gabungan Nasi Putih + Ikan Bilis Goreng / Telur Mata Kerbau + Kicap Cap Kipas Udang!

    • Ni lagi la simple teramat. Sedap dimakan sambil layan movie, hindustan, korea, kartun dan melepak di tengah malam ! Cara makan, nasi putih panas, dimakan bersama dengan ikan bilis yang digoreng garing serta rangup ataupun telur mata kerbau yang kuningnya agak cair tu kan. Perghhhhh.. Korang akan rasa macam nak menjilat pinggan tu je tau ! Hehe..





            Itulah dia makanan kegemaran aku yang simple mimple ! Hehe.. Patut diketengahkan di restoran restoran woo makanan makanan ni. Hehe.. Terbaikk bagi aku. Korang? :)





P/S : Aku dah banyak kali order makanan macam ni kat kedai makan ! Hehe







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post