Tahun Ni Tahun Hantu Ke?





            Hola ~ Bertemu lagi kita dalam blog Sengal Zone ni ! Yey.. Dah menghampiri tengah malam kan? Dan internet aku ni pun sudah mau tido kot agaknya, asyik putus putus jek ! Haihhh... Tapi takpe, dek kerana semangat berblogging itu masih menebal di dalam sanubari aku ni, ku gagahi jua !



            Hehe.. Aku nak share dengan korang suatu pendapat dari mak aku yang agak bernas dan aku pun tak terpikir pun. hehe.. Cerita dia camni, masa aku kat kampung kan, dok layan borak borak dengan mak aku, adik aku kan, sambil sambil iklan kat TV tu dok tayang pulak promo cerita Khurafat la, Damping malam la, apa tah lagi cerita hantu lain. Secara tereksiden mak aku cakap, " angah, tahun ni tahun hantu ka?". Lalu aku pun menjawab " Awat mak?" .



            Nak tau tak mak aku jawab apa lepas tu? Dia cakap " Yelah, dah tv pakat dok tayang cerita hantu sana sini, bukak situ cerita hantu bukak sini cerita hantu, kat wayang pun depa dok galak tayang cerita hantu". Pastu aku dengan adik adik tersenyum simpul melihat mak aku yang meneruskan aktiviti dia mengigit kuaci !



             Korang terpikir tak, yang permulaan tahun 2011 ni penuh dengan cerita hantu? Hehe.. Dan aku pun rasa macam tu gak ! So.. moral of the story is, kat Malaysia ni takde cerita lain ke, asyik asyik hantu ! aku dah la pentakut ! Lagi bertambah takut la aku. haha..







P/S : Tak sabar nantikan cerita Tomok berlakon jadi macam Transformers tu! 









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post