Aku Ada Makan Semut?



      



             Assalamualaikum para para sahabat ku yang indah rupawan ! Ecehhh.. puji memuji nampak ~ Ini keikhlasan pujian tau. Aku nak mintak maaf tau sebab update agak lewat, dek kerana aku pergi menyetelkan beberapa perkara dan juga terpaksa berperang dengan internet dekat rumah aku ni. Haihhhh.. Ni pun online pakai Celcom Broadband Cik Teddy aku ! Terima kasih yang ~



              Hehe.. Adakah aku terlebih jiwang di perenggan atas? Aku rasa biasa je ! Haha.. Takpe takpe, abaikan kejiwangan aku yang menggamit memori senda luka itu. Sekarang ni aku ada satu penyakit baru, aku makin PELUPA ! Haihhh.. Contohnya kan, handset aku punya lokasi pun aku boleh lupa walaupun ia berhampiran dengan laptop aku ni. Haaa.. Teruk kan?



              Dan yang terbaru, pagi tadi, aku terlupa dekat mana lokasi kelas aku ! Dan natijahnya, aku menanti di depan Computer LAB yang ternyata bukan kelas aku pada hari ni. Haha.. Siap bertegur sapa pulak dengan budak junior aku.



               Di sini, aku ingin menyatakan, bahawasanya, aku tidak mengambil sebarang ekstrak SEMUT mahupun maajun berperisa SEMUT. Tapi kepelikan menyelubungi aku, aku makin pelupa ! Kenapa ini berlaku disaat aku masih lagi ingin mendaki ke puncak EVEREST?! Cehhwaaahh ~!



              So.. Anda ada penawar penyakit aku? Kalau ada, sila sms penawar tersebut ke no jiran rukun tetangga anda ! Hehe.. So.. akhir kata, SEMUT tidak tercedera langsung dalam pembikinan ini entri. Terima kasih ~





P/S : Aku baru perasan, aku terlupa letak blog yang join SENGAL ZONE VIP ! Alaaa.. Takpe, disebabkan kecuaian aku, blog yang tersenarai tu akan di kekalkan selama seminggu lagi dalam Sengal Zone VIP tu ! Sorry! :'(









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post