3 Teknik Nak Dapat Nasi Lemak Lebih !





          Assalamualaikum dan selamat pagi ! Jumaat menjelang lagi, baru semalam aku rasa aku buat entri pada hari jumaat. Tup tup jumaat balik. hehe.. Memang sangat laju kan masa berjalan. Tak dapat dikejar langsung oleh kita kita ni.



          Haihh.. dek kerana tiket bas aku pukul 4.30 petang nanti, aku pon balik la ke rumah sewa aku. Planning nak mengtidokan diri. Tapi, takpe la, lepas pukul 2 kot tido kejap. Hehe.. Paham paham la ye ! hehe.. Well, pagi tadi aku makan nasi lemak ! Sedap ! memang faveret aku la nasi lemak ni. Tambah tambah mak aku yang buat ! Perghhh.. boleh 5, 6 kali jugak la aku mengketedarah ! Hee



           Tahukah anda teknik nak dapat nasi lemak lebih? Hehe.. Mari bersama aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut ! Walaaaaaaa...





  1. Teknik pertama, korang diminta membodek bodek sikit penjual nasi lemak, kalau tak nak bodek tuan kedai, bodek kedai pun boleh. haha.. Try cakap " Kedai pakcik ni macam KFC la, sedap hingga menjilat jari. Betul pakcik, tak caya taknak kawan !". Selepas itu gerenti beliau akan memberi satu periuk nasi kepada anda ! Haha

  2. Teknik kedua, Ambil penyapu, sapu laman kedai mahupun gerai. Anda diminta ready dengan penyapu, charm, dan sewaktu dengan nya. sesampainya di kedai yang di target, terus sapu tau ! Nescaya selepas itu, tuan kedai terkezut dan silap silap, anda dapat jadi owner kedai nasi lemak tu! Wohooo !

  3. Teknik ketiga, buat promosi meluas tentang kedai yang ingin di target, termasuk la prepare dengan gadget gadget seperti DSLR , HD punye video cam. Lepas tu,promote ke seluruh pelusuk tanah air. Silap silap tuan kedai tu jadi jutawan baru korang tau ! Haaa.. siapa yang kena heart attack nanti? 



             Okeh? Ke nak aku tambah lagi? Cukup la eh.. hehe.. Jangan lupa try tau. Kalau apa apa jadi, jangan mention nama aku. haha.. Nanti aku pulak dapat nasi lemak lebih camna? Hehe.. Challow ~


0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post