Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan

Projek Aku Di Sabtu Hari !











Assalamualaikum !! Sabtu dah kan ini hari? Mesti penuh aktiviti korang kan? Ada yang nak pi beraya, ada yang nak pi dating, ada jugak nak pi kenduri dan macam macam lagi la kan.. Hehe.. Aku? Hari ni, oleh kerana semalam adik aku yang montel darjah 5 tu bertanyakan soalan,





"Ngah, sok kita nak buat apa eh? Jalan jalan nak? Main boling ke, ... "




Lalu, aku telah berjanji, kalau takde aral melintang, nak bawak diorang jalan jalan, main boling sebarang dua dan jugak buat unggun api di pantai.. Well..  Aku pun suka gak main api ni.. Haha.. Sangat sweet okeh kalau buat unggun api kat pantai sambil tengok budak budak ni main air. Sambil tu angin sepoi sepoi bahasa meniup.. Perghh.. time tu tenang je woo.. Try la buat.. Mesti best ! Hehe.. Ala ala Survivor gitu..





Kekadang, aku tengok la kan, hubungan antara adik beradik zaman sekarang ni dah agak kurang mesra. Yang si abang, sibuk dengan aktiviti sosial, yang adik buat kerja sendiri.. Hmmm.. Tapi.. Alhamdulillah la, hubungan aku ngan adik beradik aku still maintain sama macam time kecik kecik.. Hehe.. Ni semua berkat mak dan jugak abah aku la nih. Kalau tak, takkan la jadi begini..  Ecehhhh..





Jadi , dalam entri aku ni, aku nak habaq mai, eventhough kita ni dah dikira tua bangka kan, tak semestinya kita ni boleh abaikan adik beradik kita. Jangan biarkan diorang sendirian.. Hmmm.. Kekadang jugak, tak salah pon jadi macam budak budak demi melayan karenah adik adik korang yang masih kecil itu.. Comel dowhhh ! Haha.. Dan lagik satu, walaupun masing masing dah besar kan, try la ambik masa sama sama buat benda gila gila ke, geletek kakak korang ke, usik mengusik ke, main kejar kejar ke, usik mak abah korang ke, dan banyak lagi la benda seronok yang tak perlukan duit pun.. Sapa kata keseronokan itu mesti dengan wang ringgit? Hehe..





So.. Aku pun nak bersiap siap ni, aku nak cakap apa eh.. Adehh.. Lupa lak .. Haaaa.. Keluarga umpama satu dulang yang ada banyak makanan. Kalau kita sorang sorang je yang menikmati makanan tu.. Best tak? Tak syiok kan?  Hehe.. Cuba try korang satu keluarga makan dalam satu dulang yang sama ! Seronok wehhhhh ! Renung renungkan dan selamat bercuti !! :)







Koyok Ditempek  :  Aku pemalu.. Okbai ! :P
Read more »

Pegang Lah Tangannya Selagi Mampu !







Assalamualaikum ! Selamat hari Ahad ! Haha.. Mesti ingat aku nak wish Selamat Hari Raye kan? Tidak, belom lagi pon ! Ermmm.. Hari Ahad, aku masih lagi duk nyibuk kacau kakak, mak dan adik aku dok buat kuih raya. Aku nak buat kang, kuih tart nenas jadi roti jala. Haaa.. Sapa nak makan? Aku? Memang aku sorang je laaa.. hahaha..





Ermm.. Aku nak tanya soalan kat korang nih.. Erm soalan dia adalah "Hari ni korang ada tak pegang tangan mak dan ayah korang?".. Haaaa.. Nak jawab? Sabar dulu, sila simpan jawapan anda itu diakhir rancangan ni. Erkk.. Pape je la... Lalalalala..





Kenapa aku tanya soalan camtu? Ermm.. Sebenarnya, aku adalah berbual bual manja dengan seseorang yang aku jumpa waktu dekat Shah Alam dulu.. Baru hari ni aku teringat, dan aku pon share la dengan korang.. Nak tau tak story die? Jap eh, aku nak polish balik memory diriku ini.. Almaklum lah, aku ni banyak makan semut ! Hehe..





Haaa.. Dah ingat dah... Kisahnya camni,





Mamat, merupakan seorang anak yang baik, taat pada perintah agama, dan jugak seorang yang agak berada.. Dia jugak amat mementingkan kesenangan hidup sampaikan akhirnya dia dapat semua benda yang dia idam kan.. Boleh dikatakan , dia ni dah berjaya la dalam hidup..





So.. Hendak dijadikan story, Mamat ni tinggal bersama Ibu nya yang semakin meningkat usia. Tapi sayang, dek kerana kesibukan Mamat mengejar kejayaan hidup, boleh dikatakan, dia hanya mampu bertegur sapa dengan Ibunya pada hari Ahad je.. Hari hari lain , tak sempat.. Ye lah, bila dia balik kerja je, Ibunya dah tidur, Memang takde masa nak jumpa, borak borak , apetah lagi nak bergelak ketawa..





Kemudian, hari berlalu dengan amat laju tanpa Mamat sedari, dan Ibunya pon makin dimamah usia. Sehinggakan satu hari, Ibunya cakap kat Mamat ..





" Mat, tolong tengok tangan mak sat, mak kena minyak panas waktu mak goreng ikan keli kat dapur" 




Mamat yang tengah sibuk tu pon menjawab..





" Alaa.. Mak , Mamat sibuk ni, satgi balik satgi la mamat tengok ! Mamat nak pi meeting ni"




Lalu, dengan penuh tergesa gesanya, Mamat pun keluar dan meninggalkan Ibunya yang masih menadah tangannya yang melecur tu untuk ditengok oleh Mamat..





Pada malam tu, Mamat pun balik la kerumah, sebab tiba tiba je dia teringin nak makan ikan keli.. Sesampainya dia kat rumah, terus dia makan nasi dengan ikan keli yang digoreng oleh ibunya tanpa menegur ibunya.. Setelah selesai menjamu selera, hati nya terdetik tentang ibunya.. Dan Mamat pun bergegas ke bilik ibunya untuk mencari ibunya..





Mamat pun buka la pintu bilik ibu dia ni dengan penuh berhati hati, dan beliau ternampak Ibunya sedang tidur sambil memegang sesuatu.. Mamat pun dengan slow slow mengambil benda yang dipegang oleh ibunya.. Dan, dia menangis bila tengok benda yang ibunya pegang tu adalah...





" Gambar gambar disaat dia dan ibunya tak sesenang sekarang.. Setiap gambar tu ada terpampang yang ibunya memegang tangan nya setiap masa, "




Air mata Mamat mengalir secara tiba tiba, dan beliau terus memegang tangan ibunya yang melecur teruk tu.. Mamat cium dan usap usap dengan penuh lembut.. Kemudian Mamat panggil dengan perlahan..





" Mak ..  Bangun mak.. "




Ibunya tidak menyahut langsung.. Kemudian Mamat memanggil lagi dengan rintihan digenangi air mata..







" Mak.. Mamat dah balik mak.. Mamat nak pegang tangan mak.. "






Ibunya masih tidak menyahut.. Kemudian, semua nya kelam... Mamat tersedar dia di kubur arwah ibunya.. Sambil sapu air mata, beliau tersenyum sendiri... Tersenyum kerana kebodohan dia sendiri yang mementingkan harta kekayaan daripada harta yang paling bernilai dalam hidupnyaa.. Sesekali beliau melihat batu nisan , sesekali jugak beliau terkenang bagaimana ibunya memegang tangannya dari kecil, sampai la dah berjaya.. Tangan itu tak pernah terlepas.. Tapi Mamat?













Koyok Ditempek  :  Ini berdasarkan kisah sebenar yang diolah secara karangan oleh aku.. Hmm.. Pegangla tangan Mak Ayah anda selagi masih ada peluang, nanti tak berpeluang, anda akan merinduinya.. percaya laaaa.. :')





Read more »

Kerana Ayah Seorang Lelaki.









Sila baca sampai habis ye.. =)






Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.


Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.


Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.


Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu.


Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.


Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?


Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.


"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."


"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."


"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."


"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."


"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."


"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."


"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."


"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."


Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.


"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."








Koyok Ditempek :  Sayangi lah ayah anda ! ;(








Read more »