Tampilkan postingan dengan label Nasihat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nasihat. Tampilkan semua postingan

Derhakakah Kita?





         Assalamualaikum sahabatku.. Menjelang ke petang dah ni kan? Apa yang korang sedang buat? Confirm la tengah menikmati makan tengah hari kan? Hehe.. Aku? Sambil update ini blog sambil dengar panggilan mak aku dari dapur dok memanggil aku makan. Hehe..



         Well.. Biasala kan, Time kite kecik kecik, mak dengan ayah kita jaga kita, belikan apa yang kita nak. Kalau nak dihitung setiap pengorbanan ibu bapa kita tu, memang tak dapat di bayar mahupun dinilai dengan wang ringgit mahupun dolar ! Huhu..



        Sebab tu la, zaman sekarang ni, kita confirm dapat tengok ramai golongan yang tak hormat ibu bapa langsung. Haihhh.. Sepak sana, lempang sini, tu belum kira lagi ikat dengan rantai mak bapak diorang. Camni ke anak anak yang dahulu pernah ibu bapa diorang tatang bagai minyak yang penuh? Camni ke anak anak masa depan? Kalau camni la bakal berlaku, aku pun taknak la kahwin, taknak ada anak!



        Serius.. Isu ni memang selalu dibangkitkan, malahan, dalam surat khabar, berita, majalah, ada saja hal camni. Huhu.. Tapi part yang paling bestnya, keinsafan diorang selalu datang time time "ajal" mula menghampiri mereka atau pun ibu bapa diorang ! Time tu la kita boleh lihat tangisan, meratap, leleh air hidung sana sini. Haha, time tu semua tak guna dah weh !



       So.. Dalam entri aku kali ni, aku nak seru supaya kita semua sentiasa la beringat pada ibu bapa kita ! Tak bererti kita perlu bahagiakan diorang dengan harta benda pun. Tapi cukup dengan ingatan dan tunaikan tanggungjawab kita sebagai anak ! Dosa besar weh bagi mereka yang menderhaka ! So.. korang nak dibakar atau nak duduk dalam taman Firdausi? Hehe.. Jum sama sama merenungi diri kita di hari Sabtu ni ! =)





P/S : Tadi, time aku gi kedai komputer belikan charger laptop ayah aku, ada budak bangang ni dok tengking ayah dia ! Aku pon ada la jugak rasa nak bertumbuk dengan dia kat situ. Huhu nasib baik ada beberapa orang yang menghalang! Korang nak tau tak isu dia apa? Ayah dia tak kunci pintu kereta !!!! Bangang kan? 









Read more »

Hisap Benda Ni Lagi Sedap Dari Rokok Weh !




Sedut lagi bang ! banyak banyak ! 


            Selamat pagi ! Dah bangun ke belum? Mesti la dah kan? Hehe.. Erm.. Di pagi yang sejuk ni kan, aku nak bagi korang satu cara untuk mengelakkan diri dari ketagihan rokok mahupun menghisapnya ! Okeh, adakah korang sudah bersedia untuk mengetahui caranya? Well, sebelum tu, sila sudikan diri anda membaca bebelan aku yang tidak seberapa ni.. Hehe..



             Tahukah korang, makin ramai makhluk bernama manusia di Malaysia kita ni merokok? Angguk angguk! Okeh, apa perasaan anda bila merokok? Rasa macho? Bertenaga? Bangga diri? Bongkak? Riak? Nusyuz? Erkk..



             Abaikan statement kat atas kerana itu semua hanyalah persoalan biasa yang sudah lama ditanya oleh kebanyakan orang. Hanya orang yang merokok je yang mampu menjawabnya kan? Hehe.. So.. Aku nak share dengan korang satu video yang aku rasa ada menerangkan tentang sesuatu yang mampu menggantikan ROKOK dan ia juga SELAMAT ! Nak tahu tak apa itu? Mari kita tengok bersama sama guna home theater korang! Hehe











    Dah tengok? Amacam? Nak try? Jum try beramai ramai sampai sakit perut ! Haha ! Gas Helium memang terbaik dari ladang ! :P






P/S : Berhenti la merokok weh, korang tak sayang aku ke? Ngeh ngeh =P













Read more »

Jangan Perlekehkan Blogger !

           Assalamualaikum pembaca pembaca merangkap teman teman aku di dunia maya ni! Macam mana keadaan korang malam ni? Aku harapkan semua sihat je okeh, almaklumlah, sekarang kan musim hujan. Jadi dah tentu ramai yang akan terkena demam selsema dan batuk batuk kan. Hmm.. Better kita mencegah daripada mengubati kan?



          Entri aku malam ni agak ringkas, aku tak berapa berkenan dengan entri yang meleret leret kebawah, tapi last last menghampakan korang pulak nanti. Hehe..



          Aku rasa kalau korang tengok tajuk entri ni dah tentu korang tau kan apa isi dalam dia? Tak tau? Ecehh.. Buat buat tatau pulak dah.. Hehe.. Erm.. Ada kawan aku tanya tadi, "Apa motif ko buat blog ni udin?" sambil dia tersengih manja. Identiti penanya terpaksa dirahsiakan sebab nanti dia jadi artis pulak kan.



          Well, nak tau jawapan aku? Aku cakap, "Aku buat blog untuk cari kawan, share pape yang aku taw, dan cari pendapatan sampingan". Bila aku cakap pendapatan sampingan, member aku tu gelak gile gile. Aku pun join jugak gelak. Kitorang siap bergelak seiringan lagi.



          Haha.. dek kerana beliau ni kawan aku, aku takde la nak touching touching. Memang la pelik kan, buat blog dapat duit, dan memang patut pun dia ketawa. Tambah tambah bila aku tunjuk Nuffnang aku yang Rm2.34 tu kan. Lagi la beliau gelak gila gila !



          Kemudian, aku cakap kat dia satu ayat je yang buatkan dia terdiam dan tersipu sipu malu. Nak tahu apa ayat dia? hehe.. Aku tanya dia "Ko tau ke rezeki ko Allah nak bagi bila?"..



        Dan, Akhirnya kitorg pun bergerak secara senyap ke kedai berhampiran untuk menjamah secawan teh tarik. hehe.. Dan member aku tu, dah bersemangat nak buat blog ! Hehe...





P/S : Suatu hari nanti , aku akan tunjukkan yang berblogging ni pun satu kerjaya ! Aminnnnn



Read more »

Mari Muhasabah Diri !





Selamat pagi !  ataupun Good Morning dalam bahasa omputih nya ! Sedap sungguh tidur malam tadi . Dek kerana hujan yang turun membasahi bumi Kuantan malam tadi membuat kan aku tido dalam kesejukan. Hehe.. Bangun bangun je on laptop yang dah tersedia depan tilam ni. Semangat nak update blog la katakan. Hehe.. Subuh aku solat okeh, aku dah bangun dah pukul 6.15 tadi, pastu lepas solat, aku menterbalik kan badanku diatas toto berhampiran ruang tamu rumah ku di kampung ! Perghhh.. best woo tido time hujan hujan camni ! Boleh buat kita diulit mimpi indah woo!


            Okeh, Aku tau time ni ramai yang sibuk sibuk bersiap, nak pergi office, nak gi kelas, dan ada jugak yang still membuta lagi kan? hehe.. Standard la tu. Tapi, dalam kesibukkan kita tu, apa kata amik masa sejenak untuk fikirkan tentang orang lain yang jauh lagi susah daripada kita. Hmm.. ye la, kalau kita buat camtu, InsyaAllah, kita akan senantiasa bersyukur. Walaupun kita ni tak la sesenang mana pun. hehe..



             Entri aku pagi ni, bukan nak menasihati ke apa ke, just nak mengajak korang bermuhasabah diri.Aku pun sama la jugak bermuhasabah sekali. So.. Aku sebenarnya nak bagitau, dalam kita dok asyik berblogging, jangan abaikan soal hukum hakam, perasaan orang dan sikap menghormati ! hehe.. Well.. Blog kita mencerminkan diri kita kat luar. Hehe.. So.. aku nak pergi berkebun jap . Nanti jumpa lagi ye. Tata ~





Read more »

Mempelbagaikan Kebolehan Itu Indah !

          Assalamualaikum dan selamat pagi kepada teman teman, guru besar dan guru kecik, tuan majistret dan Ulam raja ! Apsal aku rasa macam cerita P.Ramlee ni? Hmm.. P.Ramlee itu idola aku tau, that's why aku menggunakan beberapa dialog filem beliau.. Heee



          Erm.. Dah exercise? meh berpoco poco dengan aku sambil layan lagu 2PM - I'll be back ! hehe.. Lagu apa? Itu lagu kumpulan Korea woo ! Best gile kumpulan tu ! I likeee ! hehe..



         Okeh, semua orang ada kebolehan masing masing kan? Apa kebolehan korang? Kalau aku, Aku suka mempelbagaikan, maksud aku, aku boleh memasak, aku boleh mengrepair, aku boleh mendesign, aku boleh memberi nasihat berkaitan fesyen, boleh macam macam lagi la, hehe..



         Kenapa aku mempelbagaikan kebolehan aku? Okeh, simple je, korang fikir la kan, dekat luar nun jauh di sana, pelbagai orang dan pelbagai ragam serta fi'il orang kat luar tu kan. Jadi, untuk survive kat luar tu agak penuh dengan berbagai dugaan dan kesusahan. Sama ada kita lepas atau jatuh. Dua benda ni je yang menentukan hala tuju hidup kita.












         Okeh? boleh faham kan apa yang aku nak sampaikan? Erm.. Sama la jugak dalam berblog ni. Serius sama je semua ni. Kalau korang tak mempelbagaikan entri korang, korang bakal kehilangan pembaca dengan mendadak. Sebab, macam Abg Ben cakap, "orang bukan nak tengok satu channel je kat Astro."! Dapat tangkap tak makna tersirat disebalik kata kata beliau? heeee.. Korang fikir dengan mendalam okeh !



         So.. kesimpulannya, mempelbagaikan entri or kebolehan mampu meletakkan kita pada satu tahap yang amat berlainan woo.. Tak percaya? Try it ! Aku nak pergi makan nasi lemak jap ! hehe Jumpa lagi ye di lain entri ! Makan tu ingatlah daku di rantauan.. Ecehh.. :)





Read more »

Budak Budak Ni !

           Gudmorning kawan kawan ! Huargghhhh ! Sedap menguap ni, tambah tambah dengan suasana kat kuantan yang sejuk sampai ke tulang ni kan. Mengoda aku untuk terus berselimut dan bermimpi. hehe Aku bangun lewat? haha macam mana korang tau nih? korang pasang spy ke kat rumah aku? hehe ..



           Di pagi Sabtu ni kan, ramai ibu bapa bawa anak anak mereka gi jalan jalan, mandi manda, maklum la cuti sekolah kan. Dulu time aku kecik kecik pun camtu, hehe dapat makan KFC pun dulu dah anggap satu rahmat! hehe.. Kekadang aku terfikir, kenapa la sesetengah remaja dan kanak kanak ni diorang lain sikit daripada zaman aku or zaman dulu eh? Hmm..



           Ye lah, zaman sekarang, budak budak dah pandai couple, hisap rokok, buat "projek", dan macam macam lagi la, semua tu berlaku terang terangan pulak tu. Haihhh.. Kenapa boleh jadi camtu eh? Kenapa budak budak sekarang memilih jalan sebegitu rupa yang dah ternyata salah dan menyimpang?








Go Go Power rangers ! :D




           Kan bagus kalau ada Power Rangers yang ditugaskan untuk membetul dan membaiki mereka mereka ini. hehe.. Diorang buat salah je, Power Rangers datang tangkap diorang.



            Akhir kata, senang cerita, semua orang ada tugas dan tanggungjawab untuk menegur dan membaiki diorang. Kalau tak kita, siapa lagi ? Jawab Cik Salmah ! :P





Read more »

Naga Jelmaan Muncul di Gerai Makan !


Assalamualaikum sahabat sahabat ku comel dan kacak seadanya! Apa yang korang buat malam malam nih? Shopping? Main DOTA ? ataupun berskipping dengan rakan sebaya? hehe.. Aku malam malam nih macam biasa la, membasuh kain dalam baldi, merendam dan membilas, disebabkan esok ada kelas pukul 8.30 pagi ! haha Jadi sebab tu aku rajin.
Hey ! ingat kaum hawa je ke pandai membasuh kain? haha Lelaki lagi terer tau ! Tak caya? Gi la tanya Lelaki lelaki berhampiran anda ! hehe..
Sebut pasal lelaki dan perempuan nih kan, aku nak cerita sikit nih, tadi kan, dalam tengah hari, aku keluar makan dengan Cik Teddy aku, dan ada lagi dua orang kawan baik aku. Kitorang menjamu selera di gerai makan kat Seksyen 2. Ala dekat dengan KFC tu ! hehe.. masa aku makan nasi ayam kan, aku ternampak satu kejadian "pelik" berhampiran dengan tempat aku makan tu.
Nak tahu tak apa kejadian aneh tu? Aku nampak asap keluar berkepul kepul dari dua orang awek sekolah menengah yang duk makan ABC kat situ. diorang ni aku rasa diorang nih NAGA JELMAAN la. hehehe.. Yang best nyer, diorang dah tau diorang tu spesis Naga kan, tanpa segan silu berhembus hembusan asap di merata rata tempat. Dah la tempat tu agak crowded ! cover cover la identiti tu cik adik oi, awak tu anak dara. Kalau lelaki yang berhembus hembusan takpe la lagi. Ni wanita wanita yang bakal mengoncang buaian kat rumah !
Haihhh.. Sekarang ni jadi macam satu trend kan? NAGA JELMAAN ni dah memperturunkan kuasa nyer kat WANITA ! Hmm..
Aku tau la, benda ni dah lama ada ! tapi, aku just nak menasihati ! benda tak elok, buat apa nak ikut? benda baik taknak pulak buat. Pastu bila orang tegur, mula lah nak pukul cikgu la, pak guard la, tarik rambut sana sini pastu buat video 3gp ! haihhh.. Ni la nak dikatakan dunia semakin sampai ke penghujungnya ! Baik insaf sebelum matahari terbit dari arah berlawanan weh ! Nanti pintu "tu"dah tertutup, jadi naga yang boleh terbang pun takde guna dah !
Gudnite korang ! hehehe =)
Read more »

Lori Sampah Yang Dibenci !

Burppp ! Alhamdulillah ! kenyang jugak aku .. hehe.. Eh Eh ada orang rupanya. Sorry sebab sendawa kuat sangat ! Itu tandanya aku sudah memenuhkan "tangki" perut aku yang di paras E tadi ! hehe Korang dah makan? makan petang? Better gi beli keropok lekor atau goreng pisang kat gerai depan tu, alaaa.. yang ada payung tuh ! hehe.. Mandai mandai je aku kan? haha..
Okeh, Entri aku kali ni bukan tentang keropok lekor ataupun makanan dan seangkatan dengannya tau ! Tapi entri aku kali nih tentang persepsi orang bila lalu or duduk dekat dengan "lori sampah"
haha.. Kenapa entri aku sebegini? Sebab tadi, time aku on the way balik dari kedai makan, ada lori sampah duk menjalankan kerjanya, dan aku pun lalu la sebelah dia sambil membonceng kawan ku sebab nak balik rumahku yang jauh nun di sana ! hehe.. Takde la jauh mana pun. Dalam 50 meter je. Okeh, sambung balik penceritaan aku tadi. Hmm.. bila aku berselisih dengan lori sampah tersebut, confirm la ada bau kan, memang la bau tu kurang enak. dan ia tidak la berbau seperti HUGO, DKNY, ESCADA, AXE dan DASHING. Tapi aku tak de la nak buat reaksi mulut senget, idung kembang kempis, atau pun nak menarik muka kearah berlawanan seperti mana "sepasang" merpati sejoli yang duduk kat dalam kereta nih, siap Pakwe die ni tutupkan hidung Makwe dia dengan baju dia ! Fuyoo ! romantik siot ! haha.
Korang dapat tak bayangkan situasi tu? aku kat luar naik moto, dan COUPLE nih kat dalam kereta yang bertutup litup! haha Dapat kan? Jadi soalan aku disini, siapa yang dekat dengan bau bauan itu? haha.. Korang tentu tau jawapan dia! kan kan kan ?
Jadi, apa yang aku nak sampai kan kat sini, kesimpulan dia, jangan la merendah rendah kan orang atau pekerjaan seseorang, sebab, bagi aku, pekerjaan mengutip sampah tu satu kerja yang amat mulia ! Sebab, kalau diorang ni tak de, confirm la sampah penuh kat rumah kita! dan satu bumi penuh dengan kotoran dan sampah ! Nak harapkan korang buat kerja camni , jangan harap lah kan, confirm la ayat ayat " Takde standard la", "Eeeee.. Ape barang" akan keluar ! betul tak rakan rakan? jadi, moral of the story is, jangan memperkecilkan orang, sebab nanti kalau kita mati or meninggal, tetap tutup mata dan di kafan kan jugak ! Lagi satu disisi Allah S.W.T, kita sama je ! hehe.. Pesanan ni ikhlas dari Udeen si Sengal ! =)
.
.

*begini la keadaan di dalam kereta COUPLE tersebut =P

.
Read more »

Aku Dengki Kat Korang !

Assalamualaikum sahabat ku sekalian. Haih, hari nih sangat la membosankan, aku duk terperuk je kat dalam bilik nih, berteman kan laptop spiderman aku nih.. Korang bayangkan betapa bosan nya hari ni , sampaikan aku makan pagi dan tengah hari pun pukul 4 petang ! haha.. Tapi bagus la gak, boleh saving sikit secara tak langsung kan. Al maklum lah student kan. hehe.
Haihh.. kekadang perasaan dengki dan iri hati datang dalam jiwa ku . Dengki kat sapa?
Dengki dari segi kebaikan la, aiseyyy ! Aku mendengki kat entri entri blogger lain, haha macam mana la diorang leh dapat idea yang banyak eh! Haihhh tergaru garu kening kejap aku, rasa best pulak baca entri blogger lain yang kebanyakkan nya, boleh membuatkan aku rasa best, hepi, dan seronok. Apa rahsia diorang eh? karang aku suruh PLANKTON yang dalam SPONGEBOB tu curi rahsia korang karang ! hehe..
Well, takpe takpe, aku nak gi bertapa kejap, mencari ilham dan nak menarik minat pembaca pembaca blog aku nih. hehe tapi, nak bertapa kat mana? kat ULU YAM boleh? boleh mandi air sungai dan BBQ ! hehe.. =)
.
*Nanti akan ku tawan otak otak kalian yg banyak idea! haha ! :P

Read more »

Jangan la camni !

.
Selamat malam ! Uih. Apsal dah semakin gelap di luar sana? Ohh.. rupanya sudah malam rupanya. Haihh.. Hari ni, aku berjalan jalan di Sunway Piramid, dan menghabiskan hampir sejam untuk mencari parking! Huh ! ramai sungguh manusia manusia di sana ! Tapi takpe la, aku datang sana pun pergi kedai buku je. Usha usha buku, sambil lepak lepak, boleh bersila woo sana.. ! Rasa cam itu Sunway aku dan kawan baikku yang empunya je ! hehe.. Well lepas lepak lepak dengan beberapa orang kawan baikku, kami pun pulang ! hehe.. Dan time aku on the way nak gi Sunway tu ikut federal highway kan, rata rata pemandu kat situ, sangat la bahaya! Maksud aku, tak bagi signal, bawak secara melulu, petik hon sana sini, menghalang laluan dan banyak lagi la.. haihhh.. segila gila aku drive pun, aku rasa diorang lagi gila kot! serius aku takut ! haha.. satu pertanyaan aku, diorang nih tak takut ke? apa tak sayang dah ke nyawa diorang tuh? haihhh... yang lagi best nye, even family car yg ada satu famili pun laju gila ! fuyohhhhh ! Gua respek beb ! tapi kan, semalam kot tak silap aku, time aku drive kereta cik teddy aku kan, ada Pak Aji bawak LANCER, pastu relax dan cool je dia bawak, takde pon nak speed, cucuk sane sini ! Tu baru racer sejati ! hehe.. okeh la, pesanan aku bagi korang yg drive, hormati la pengguna jalan lain jugak, orang lain pun bayar jugak taw road tax ! dan orang lain pun guna jugak toilet kat R n R tu.. hehe.. Aku sekadar berpesan ! aku pon bawak gak laju ! nih pesanan untuk aku jugak ! =) Jangan laaaa camni !
Read more »

Melepas Tension !


assalamualaikum sahabat sahabat ku di seantero dunia !
hehe amacam hari korang? okeh ke tak okeh? kalau tak okeh tu kan, jgn lepaskan tension cara
tak berhemah pulak! hehe ikuti la style aku yang dikala tension, pergi berkaraoke, tak kisah la kat mana, dalam "kotak" ke, toilet ke, dan, kat mana mana la, janji korang bleh bernyanyi dgn rentak yang betul sudah, bab pitching, key, semua tu takyah la dok kisah, sebab kita bernyanyi bukan untuk jadi artis pun kan? hehe tapi, kalau memang dah ada bakat tu, memang InsyaAllah ada la rezeki kearah tu di kemudian hari. Amin.
hehe .. Well, hari ni, aku pergi karaoke dengan cik Teddy ! hehe dalam berbelas lagu gak lah aku hentam dgn dia. aku nih, siap nyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi untuk cik Teddy aku.. lagu dia plak lagu yang Siti Nurhaliza buat cappoira (seni bela diri Brazil kot) tu. Ala.. "Dialah Dihati".. haa.. ingat pun! hehe sebab Cik Teddy aku nak balik dah ke Bestari Jaya hari nih ! sebab tu aku pi karaoke. Tapi lagu yang best aku nyanyi, lagu Aizat - Lagu Kita ! hehe best jek.. aku rasa suara aku macam Aizat plak di ketika itu ! hehe.. perasannya aku ni ! haishhh.. okeh, setiap orang akan ada saat dimana mereka akan mengalami ketensionan, kegeraman, ketidak puas hatian dan berbagai ke- lagi lah
kan? mesti wajib ada punya kan, so, kat sini lah kita boleh nampak betapa "kuat" nya seseorang itu menentang "perasaan" sendiri dan seterusnya berlawan dgn diri sendiri nya itu.. kalau kita "kuat" kita akan menang, dan hadiah dia, ketenangan yang di hadiahkan Allah S.W.T. tapi, jika kita "kalah", hmm korang tau kan apa yg akan jadi? kan kan kan? hehe.. so.. pandai pandai lah pilih jalan hidup sendiri,
tak semua kesenangan itu nikmat, dan tak semua kesusahan itu bala ! jadi, fikir fikirkan, dan selamat beramal (macam yang aku dok dengar kat radio era tu) ! Okeh la aku nak pi lipat kain yang dah dua hari tak dilipat nih, kain tu dok panggil panggil aku dah nih, hehe.. take care and carrefour! (ada kaitan ke mereka berdua nih?)
hehe tata ! =)
Read more »