Tip Blogging Terbaik !









            Assalamualaikum ! Tip Blogging Terbaik ? Wujudkah itu semua ? Ehemmm.. Ekceli, ia memang wujud. Tip blogging terbaik tu memang dah lama wujud dalam diri kita woo.. Erm.. Senang cerita, diri kita sebagai blogger perlu mengcungkil ia keluar ! Pernah makan siput sedut tak? Haaa.. Isi dalam dia sedap kan? Tapi nak keluarkan dia kena guna sedutan yang power rangers woo ! Paham kan? Camtu la jugak dalam arena blogger ni yang makin hari makin mencabar jiwa raga blogger ini !





            Entri ni aku buat khas untuk masuk satu pertandingan antara blogger di 2DayBlogger.com ! Nak tahu pertandingan apa? Klik je nama diatas okeh ! Hehe.. Mencuba nasib, mana la tau kan dapat rezeki lebih sikit menjelang Hari Raya ni ! Aminnnn ! Korang pon join la okeh !





            Okeh, teruskan kepada tajuk entri diatas iaitu TIP BLOGGING TERBAIK ! Pada aku la kan, kan , kan, ehemm.. Ada beberapa tips yang aku pernah amalkan dan sedang amalkan kembali untuk mengejar kehilangan sebulan dua lepas ! Haha.. Dan kebanyakan tips tips tu aku dapat dari Kujie2.com , Denaihati.com , 2dayblogger.com dan tak dilupa blog blog lain yang ada dalam bloglist aku ni ! Hehe..





             Disini aku senaraikan 5 Tip Blogging Terbaik yang pada aku, tak rugi pun kalau dipraktikkan dan ia mendatangkan kesan yang amat menusuk kalbu ! ;)






  • Senantiasa mengkaji dan mengresearch perkara berkaitan SEO, blog, traffik, UV, pageviews dan segala macam berkaitan blog dan dunia internet ni. Makin banyak kita tau, makin banyak la kita boleh praktikkan kat blog kita sendiri. Nak kaji? Search je kat Google, Yahoo dan beraneka jenis enjin pencarian lagi. Senang kan?







  • Menulis, menaip entri perlu dilakukan dalam keadaan minda yang relax, tenang dan jugak tak dipengaruhi sebarang emosi ! Sentiasa berfikiran positif jugak membantu dalam menghasilkan entri berkualiti .








  • Jangan terlalu mengharapkan pada JUMLAH FOLLOWER, DUIT , POPULARITI, KOMEN sebab itu semua akan datang sendiri kalau entri ataupun blog anda berkualiti dan ada UMPHHH.. Semua benda tu akan bergolek datang pada anda tanpa diharap ! Hehe..








  • Mencipta kelainan dan identiti sendiri penting dalam setiap blogger. Memang agak susah untuk dipolish. Tapi cuba untuk lebih menjadi diri sendiri ketika menaip mahupun menghasilkan entri berkualiti. Termasuklah gaya penulisan, interaksi dengan pelawat blog, Facebook, mahupun YM ! Bila dah ada gaya dan style sendiri, sudah tentu pembaca akan dapat ingat anda dengan mudah dan berkekalan serta mungkin menjadi sebutan ! Sapa tau kan? ;)








  • Template blog, widget, muzik dan segala macam jenis paparan luaran blog banyak mempengaruhi mood pembaca ! Jadi, kalau blog anda amat lah serabut, lembab dan penuh bunyi bunyian ditambah pulak dengan pop ups window penyambut tetamu, Tak ke anda rasa anda dah menyusahkan tetamu untuk menjengah kerumah anda untuk singgah beraya? Hehe. Jadi, biarlah template blog anda tidak la se"havoc" mana tapi isi dalaman dia cantik dan best ! Macam buah manggis la ! Sedap woo ! Hehe.. 










           So.. Itulah dia tadi tip blogging terbaik dari aku Sengalman ! Hehe.. Maybe takde lah baik mana kan, tapi itulah yang aku guna sampai sekarang ! Hehe.. 








           Akhir kata, jom ikuti pesanan penaja dibawah ini !









“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBloggerupprofitsbroframestone , MJMySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen , DenaiHatik-worlds ,hairulazniummihaniedinsblog.













Koyok Ditempek  :  Mana pulak game DOTA aku ni .. haishhhh.. 












0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post