
Morning eberibodi !! Hehe.. Pagi yang indah dan diiringi dengan bunyi ayam berterbangan dan kucing melompatan. Errr.. Betul ke tu? Abaikan okeh, ini adalah cara aku menghayati waktu pagi yang agak menenangkan. Hehe..
Well.. Mesti korang tengah melantak kan? Ececehhh.. Nasi lemak dan kuih kuih atas meja tu sebagai bukti.. Ooooo.. Bak sikit.. Lapar beb !
Ehem.. Entri ni adalah satu entri kesihatan okeh, eventhough ia agak melalut, tapi ini adalah teknik teknik mudah bersenam di pagi hari. Betul.. Aku selalu try di pagi hari dan hasilnya, aku kelihatan awet muda dan diawet sebaik baiknya.. Haaa.. Aku bukan mumia ! Haha.. Jom la ikut teknik bersenam semudah mudahnya oleh aku Sengalman !
- Teknik Pertama
- Diawal proses kebangkitan kita dari alam mimpi, sudah semestinya, rambut kita akan mengerbang seperti Hantu Kak Limah, Son Goku dan errr.. Sapa sapa jela kan? Okeh, apa kata, sementara dok betulkan rambut tu, try ulang aksi anda mengibas rambut menggunakan dua tangan tu selama beberapa minit. Estimated dalam 2 minit pun dah okeh. Hehe.. Sambil sambil tu, boleh la ambil detik pengiraan macam, 1 , 2, 3 aku lekuk ke.. Eh.. Macam Sang Kancil plak. Hehe..
- Teknik Kedua
- Okeh, ni mudah dan simple macam Smart Shop ! Hehe.. Ketika ingin menuju ke bilik air untuk mencuci muka, gigi , hidung dan serba macam aneka juadah, try pusing pusing keliling bilik, katil dan almari anda selama 5 minit. Hehe.. Ini boleh dikategorikan sebagai jogging secara malu malu segan ku mahu ! Hehe.. Try la.. Hasil dia? Emm.. Eight pack korang dapat kot. Haaa..
- Teknik Ketiga
- Teknik terakhir adalah, ketika selesai membasuh muka, jangan beredar dahulu, sebaliknya kan, korang ambil masa selama 3 minit, sambil sambil memerhatikan aktiviti hidung kembang kempis tu kan, try korang buat senaman muka macam kerut kerut dahi, mata, hidung, mulut dan geleng geleng sikit kepala tu. Hehe.. Ia amat menenangkan wooo ! Simple mudah dan amat sesuai dipraktikkan. Kan?
So, itu lah tadi serba sikit tentang teknik bersenam cara mudah yang aku selalu praktikkan sekarang. Hehe.. Try okeh, ia tak merugikan pun.. Cayalahhh... Eh, nasi lemak korang tu ada lagi tak? bak sikit !! :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks