Nyiau.. Pulanglahhh !







              Assalamualaikum dan selamat malam rakan rakan blogku ini. Dah start merindui aku la tu kan? Ececehhh.. Aku memang keperasanan ! Hehe.. Tapi , aku bukan perasan tak bersebab, actually, aku dapat tau dari semut semut aku yang dok jaga laptop aku ni kata ada orang duk rindu serindunya dekat blog daku ini. Betul ka? Habaq mai !! Hehe..



               Hehe.. Sebenarnya hari ni , aku tak start kerja lagi. Hehe.. entah camna tah, boss aku suh start kerja esok pulak, sebab tersalah inform yang aku kerja shift petang, padahal aku kerja shift pagi ! Hehe.. So.. Esok la permulaan kerjaya aku sebagai?? Hehe.. Rahsiala.. Nanti bahaya...  Hehe.. Aku kan low profile sikit orangnya.. Hehe..



                Baik lah, hari ni, aku sengaja taknak update entri sebab aku agak busy dengan hal di luar rumah aku, berjumpa orang itu, orang ini. Sekarang baru ada masa untuk melabuhkan bontot dan menaip ! Haihhhh.. Tadi, kat luar banyak idea, bila duk atas tilam ni rasa macam idea tu disedut oleh tilam aku ni. Hehe.



                Aku nak cerita ni, tadi kan, time aku makan dengan kawan baik aku ni kan. Datang la seekor anak kucing dok panjat atas peha aku ni. duk lentok lentok, tidoq la, baring la, kuak lentang la. Aku ni dahla peminat haiwan haiwan. Aku usap usap la. Comel pulak rasa dalam hati ni. Laluuuu....








Suspek disyaki hilang, NYIAU ! 







              Aku pun berhajat la nak bawak balik rumah, lepas beli Friskies la bagai, aku pun angkat la bawak balik rumah kan. Nama dia aku taruk NYIAU ! haha.. Macam kucing dalam kartun Zack Zukhairi tu ! Hehe.. comel kan?



            So.. Hendak di jadikan cerita, sesampainya aku di rumah sewaku ini, aku pun letak la nyiau tu kat depan, sambi dia dok menjamah Friskies tu kan, aku berlari lari berganti untuk mengambil airpaip satu mangkuk. Hehe.. Nak tau tak apa jadi pastu?



             Nyiau dah takde !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Arghhhhhh.. Ku pusing kanan, ku pusing kiri, dikau tiadaaaa !

haihhhh.. Dia dah lariiii !!! Sekarang ni aku duk cari lagik dia, tapi still tak jumpa.. Sedey... Baru je aku pasang niat nak jadikan dia THUNDERCATS ! haihhh.. Takde rezeki nak buat camna kan? Wahai Nyiau, memori kita bersama takkan dilupakan, walau satu jam sahaja .. Ku tetap merindui mu nyiauuuuu ! Isk..







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post