Keseronokan Berblog Kian Pudar !













            Ohoiiii.. Gud morning ! Errr... Belum pukul 12 lagi kan? Hehe. so masih dikira pagi la ni.. Embun pon dok menitik kat lengan aku ni.. eh.. Bukan embun, tapi paip bocor !  Haha.. Alaa.. Jangan anggap paip bocor, anggap je la itu embun pagi nan menyinar harum. Haha..



            Erm.. Kita serius sikit okeh, ni tajuk entri aku serius tau. Hehe.. Seperti mana tajuk entri aku tu. begitu jugakla apa yang terkandung dalam sanubari aku dan limpa serta jantung aku ni. Seprti genderang mahu perang ! Ecehhh.. Tetiba ternyanyi pulak. Hehe.. Ye. Aku merasakan keseronokan aku berblog ni semakin kurang ! Entah kenapa tah.. Isu semalam tu satu hal, dan banyak lagi isu. Korang perasan tak , aku dah makin kurang buat segmen? Ada sebab kenapa aku kurang buat segmen, kecuali segmen VIP dengan TOP 10 BLOGGER tu ! Itu pun bakal aku terminated dalam masa terdekat ni. Hehe.



            Kenapa? Ermm.. Kalau aku bagitau sebab dia, confirm aku akan diserang bertubi tubi. Maklum la, aku ni kecik je kat dunia blog ni. Hehe.. Segmen megmen tu ada something yang buat aku rasa, eh. Ni salah ni. Hmm.. So. InsyaAllah, aku dalam perancangan untuk cipta segmen yang lain  dari yang lain. Maksud aku disini , lain daripada segmen biasa ! Hehe.. Untuk lebih adil dan saksama. Disitu la kepuasan aku !!



            Semalam jugak aku termenung, betapa  dunia blog ni kecik je dan pusing pusing jumpa balik. Tiada istilah otai, newbies dan baru. Semua yang ada BLOG itu dikira sama je. Yang membezakan mereka ni adalah, skill, pengetahuan, cara nak tarik pembaca, gaya penulisan dan jugak ada sesetengah, kreativiti mempergunakan blogger baru dan SEO. Hehe.. Nak serang aku? I'm on !



            Kalau aku nak explain kan satu persatu, memang aku akan terlepas waktu kerjaya aku tu la.. Hehe.. Tapi, aku yakin, korang boleh memahami nya.. Try korang kaji ! Confirm korang akan jumpa rahsia yang korang sendiri pon tak sangka korang buat. Dan aku? Dah rasa dah. Dan ia bukan style aku.. That's why, aku nak stop buat benda benda gitu. Semut aku marah tau. Dia cakap , kalau nak teruskan, tiap tiap malam dia gigit hidung aku yang comel ni sampai bengkak. haha..



             So.. Disini, aku nak bagi tau, aku maybe akan mengubah sedikit gaya blogging SENGAL ZONE ! Hehe.. Tapi ia tetap akan sengal okeh, cuma beberapa pembaharuan itu akan aku laksanakan. Kalau tak, aku maybe akan stop blogging. Haha.. Stop, pastu pergi mencari satu sinar baru ! Ecehhhh.. Boleh kan? Kan kan kan?









Koyok Ditempek :  Tanda tanda nak kiamat, yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin ! Renungkan dan selamat beramal ! Hehe.. Gua chow lu, nak siap siap ! 



          



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post