Hmm.. Aku perasan yang blog aku dah semakin down sejak 3 - 4 hari ni. Yeee.. Itu kesan daripada aku dah mula berkerjaya. Tak sempat woo nak mengupdate ini blog. Hehe.. Nak curi curi masa update kat tempat kerja memang bukan style aku beb ! Hari tu sekali je aku update dekat tempat kerja aku. Pastu aku rasa macam tak elok pulak mencurik masa kan. Kerja adalah kerja. Dan once kita dah pasang niat dan dah jadi pekerja disesebuah syarikat or kedai tu kan, even kedai komputer sekali pun. Work always first ! Hehe.. Baik kan aku? Ahakss.. Bukan bukan, cuma menghormati waktu kerja aku dan company aku serta majikan aku ni. Hehe..
Disebalik cerita tentang prestasi blog Sengal Zone yang merudum 15% ni kan, ada satu cerita yang aku takmo la berfikiran negatif ! Haha.. Idea aku diciplak dan dijadikan satu blog dan bakal jadi fenomena ! Hehe.. Aku takmo la bagitau idea apa kan, tapi aku rasa macam ada iras iras sikit.. Hehe.. Kalau pembaca setia blog aku ni perasan, maybe diorang akan tau kot. Hmm.. Idea apa? Ermm.. Tak yah la, biarkan je la.. Kejayaan dengan cara menipu, mengubah hasil idea orang lain kemudian menjadi satu hasil dia takkan berpanjangan ! Hehe.. So.. Sama sama la kita tengok apa Allah nak bagi nanti okeh? Hehe..
So.. Di sebalik kekecikan hati aku ni, aku rasa beruntung sebab berkerja di Plaza Alam Sentral ! Hehe.. Biar pun baru 4 hari aku berkerja disini, dapat kawan baru dan semua sempoi sempoi.. Hehe. Nak tau eh aku kerja kat mana? Hehe..
Tadaaaaa...
Aku kerja kat My10's Tingkat 3, Plaza alam Sentral sebagai Technician ! Hehe.. Kedai komputer dekat dengan tempat karaoke tu.. Hehe.. Datang la ! Diskaun diskaun , aku kena tanya bos aku. Hehe.. So.. aku nak tido dah ni.. Korang jangan tido lewat okeh ! Hehe.. Terima kasih kerana menyokong blog aku ni ! Nanti aku bagi skru lebih.. hahaha :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks