Assalamualaikum ! Haaa.. Tak jawab berdosa tau ! Hehe.. Well well west, aku tadi terbungkang tido sampai ke Maghrib. Ya Allah, teruk kan aku? Itu tidak disengajakan tau, lepas makan tengahhari dalam pukul 1 lebey tadi, settlekan pape yang patut, then black out terus. Haha.. Terbaik dari ladang gandum !
Bangun bangun je meraban cari handset, bukak lampu, tutup tingkap dan jugak tutup kain pelikat aku yang berjurai bagai roti jala ni.. Haha.. Well.. itu lah kehidupan sebagai seorang student yang berdedikasi. Haha.. Nah tisu.. Aku tau korang nak termuntah punye.. Ngeh ngeh ngeh..
Sekarang nih, mengadap laptop, dengan kain kain yang berbukit bukau macam Everest dah ni. Haha.. Entah bila nak dilipatnya pun aku tatau. Jap lagi kot. Ehehhh.. Mau la esok baru lipat. Hehe.. Amacam hari Khamis korang? Mesti la lagi best dari aku kan? Haha.. Ecececehhhh.. Blushing pulak .
Well.. Aku terima banyak pertanyaan dari kawan kawan aku, camna nak buat blog? Camna nak mulakan ? Well untuk menjawab soalan korang ni. Aku nak menegaskan, berblogging ni perlu ada misi. Macam spy tuh.. Macam aku, misi aku adalah untuk menghiburkan korang disamping bagi berbagai bagai informasi. Aku tak kekal pada satu topik mahupun penceritaan . Even Blog aku ni "Sengal" , aku takde la merapu berpanjangan. Kerapu ada la. haha..
Memetik kata kata Abg Ben Ashaari dalam komen dia dekat entri blog aku suatu ketika dahulu, blogging ni perlu divarietykan, ada orang suka sukan, hiburan dan macam Astro . Aku still ingat lagi kata kata taipan beliau. Dan aku jadikan satu bekalan untuk aku terus menaip. Ia jugak sumber kekuatan aku woo..
Terima kasih Abg Ben ! Hehe.. So.. untuk menjawap soalan tersebut, korang mulakan dengan yakin, yang penting idea dan gaya penulisan. Lepas tu baru la korang promote, lepas dah promote, jangan cepat putus asa kalau takde yang bagi komen, follow mahupun bagi feedback. Teruskan menaip dan jangan giveup. Hari ni maybe diorang tak pandang entri korang, esok lusa sapa tau kan? Hehe.. So.. bila semua ni dah lengkap, baru la duit tu datang ! Hehe.. Duit tu hanyalah sebagai bonus atas hasil korang memerah idea dan menaip woooo.. Macam bonus !!! Hehe..
So.. Aku rasa macam dah panjang je karangan aku malam ni. Hehe.. So.. Akhir kata, blogging ni sama je macam memancing ikan, perlu umpan, tunggu, dan kalau ada rzeki dapat ikan besar,.. Berblog ni beza dia takde ikan la kan. Memang pelik la kalau tetiba ikan keluar ikut skrin ni. hahaha memang aku melompat keluar tingkap sambil pegang kain pelikat ni. haha..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks