Assalamualaikum dan selamat petang geng geng bas sekolahku ! haha.. Kita adalah GBS! hehe.. Well.. hari ni agak memenatkan bagi daku yang sedia maklum keding ni kan. Haha.. Aku just berkesempatan membuat entri tentang salji tu je.. itu pun kopi pasta ! Haha.. Tapi aku ada letak sumber kan.
Okeh, dek kerana hari ni hari memenatkan bagi aku, asyik ulang alik fakulti je korjenye. Maka dengan ini aku mengumumkan, hari paling penat aku adalah ini hari ! Yahuuuuu... Apalah aku dok merepek nih kan? Well.. bila badan dah penat otak pun jadi sengal sikit. haha.. Korang bayangkan la , makan tengah hari + makan pagi pukul 3.45 petang tadi. Gempak tak? Haha..
Tapi takpe, aku bersyukur la, atas segala kepenatan aku tu dibalas dengan approval dari dekan aku ! Proposal tentang Research on blogging tu dibetulkan sebanyak 3 kali sebelum di approved oleh beliau dan akhirnya, ia diluluskan jugak. Alhamdulillah.. Terima kasih pada Kohki, Jess dan Fatin Amirah jugak yang banyak membantu dengan jayanya.. Ecehhhh..
Korang bosan ke baca entri aku kali ni? Haha.. Aku dah rasa macam tulis diary pulak dah. well tu la serba sedikit tentang kehidupan dan kegiatan aku hari ni. Hehe.. So.. aku nak berblogwalking kejap sambil sambil skodeng blog blog orang lain yang macho dan cun itu. Nanti kita jumpa lagi ye rakan rakan ! :)
P/S : Aku tengah memikirkan nak collaborate dengan blog seseorang ni ! Haha akan berjayakah aku? :P
Twitter
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks