Pages

Pemandu Berhemah Ke Berkhemah Ni!

        



          Assalamualaikum dan selamat Maghrib kepada semua pembaca blog Sengal Zone yang setia ! Aku sungguh terharu tatkala cek aku punya views, ada jugak yang view blog aku ni even aku tak update pon lagi. Hehe.. Terima kasih noh ! Aku bagi coklat nak? Ala.. Coklat syiling tu. Hehe



         Okeh, aku nak share satu kejadian yang berlaku dekat aku tadi. Korang nak tau tak, tadi kan, aku drive gi pasaraya yang terletak dalam 4 KM dari rumah aku kat Kuantan ni. Erm drive la aku dengan kadar kelajuan 60km/j sambil melayan lagu lagu yg jiwang meleleh ni kan.



          Suddenly, aku terpaksa membrek dengan mengejut kerana ada sebuah kereta yang dalamnya terdapat "Couple" sedang bersiar siar kot, keluar dari satu simpang yang agak "Corner Baring" sikit. Maka, aku dengan mood yang agak baik, tidak mengambil apa apa tindakan seperti meng hon kan mahupun mencucuk rapat kereta tersebut.



           Tapi, kebaikan aku dibalas oleh kekejaman daripada kereta tersebut. Nak tau tak kereta tu buat apa? Mari ikuti cerita aku ni. Hehe.. Okeh, disaat aku nak memotong kereta tersebut, kereta tu membelok dan menghalang aku potong dia. Haihhhh.. Boleh korang bayangkan tak situasi tersebut? Dengan kelajuan 30km/j  tu.



           Lalu, aku ambik langkah drastik, terus memotong dari tepi kiri, macam longkang, tapi bukan longkang. Nasib baik kereta aku ni Kancil je. Hehe.. Dek kerana permotongan aku tu, COUPLE yang duduk dalam kereta tu sempat mengusha aku sambil dok suap menyuap KEROPOK LEKOR ! Haihhhh.. Korang boleh rasa tak apa yang aku rasa? Hehe.



           Akhirnya, aku berjaya memotong mereka, sambil hidung kembang kempis menahan kemarahan yang membuak buak ! Lalu terdetik di hati aku, " Apsal kalau bawak kereta je, si Pakwe mesti poyo tak tentu pasal?" haha.. Ada jawapan tak agak agak?









P/S : Jalan raya bukan hak kita sorang, tapi duit raya memang hak milik kita sorang ! Hehe 





          

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks