Pages

Kenapa Tak Ada Wifi?





        Assalamualaikum sahabatku sekalian. Yey ! Akhirnya aku sampai jugak di kampung halaman dengan selamat. Alhamdulillah ! Syukur perjalanan aku hari ni best ! Aku dapat duduk sorang sorang dekat double seat! Rasa macam Bas Transnasional itu aku yang empunya ! haha..



         Well.. macam biasa la kan, bila naik bas dan juga melalui perjalanan beratus kilometrico kilometer. Bermacam macam ragam manusia kita dapat tengok. Dan aku yang dah bertahun menaikkan diriku diatas bas ni pun kalau catat setiap ragam mereka  dari awal aku naik bas, memang nak jugak berbuku buku ! Haha. Dah macam buku sejarah pulak nanti kan.



          Okeh, diatas bas tadi, aku hanya mampu melayan lagu guna earphone je. Sambil sambil tu tangan aku ni ada gak gian nak menaip. Alaaa.. gian nak update blog. Sebab time time tu la idea nak bergaduh dengan aku. Berduyun duyun pulak geng geng idea tu masuk menyusup ke sanubari aku. ecehhhhh.



          Tapi malang nya.. Tak ada connectivity ! Haihhh.. jenuh gak la aku try refresh wireless kat laptop aku ni. Kot kot la ada signal dari sattelite mana mana yang tersesat kan. Haha.. Tapi, aku dah dikecewakan oleh angan angan aku sendiri ! Miahaha..



          Lalu, aku pun tersebut satu perkataan yang agak kuat ( sebab aku bajet lagu yang aku dengar pakai earphone tu dapat mengaburi segala galanya ) haha. perkataan tersebut adalah " Kenapa takde wifi ke kat sini weh?" haha..



           Dek kerana kejadian tersebut, penumpang semua membuat muka seakan akan zombie kat aku ! Alaaaaaa.. maluuuu wehhh ! Haha.. Dan aku hanya mampu membuat muka penyu sambil mengetap gigi! :P



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks