Pages

3 Teknik Jahat Tarik Pembaca Ke Blog !





          Assalamualaikum .. Selamat malam sahabatku yang nun jauh didepan laptop or pc korang ! Huhu.. Hari ni aku agak kurang mengupdate blog aku dek kerana terpaksa berperang dengan MIGRAIN aku. Huhu.. Terpaksa la aku banyak berbaring dan juga melelapkan mata aku.



            Amacam korang semua? Okeh? Hehe.. Well.. Sekarang ni aku dah okeh sikit dan sedang berusaha menyiapkan questionnaire untuk aku punya research. assignment beb ! Hehe.. Sambil sambil ditemani biskut Tiger dan juga air Guava kaler pink. aku membongkok dan menaip. Best woo !



             Okeh, impian setiap blogger sudah tentulah nak upkan followers, traffic dan juga komen bukan? Tapi sedar tak yang ada sesetengah golongan blogger yang menggunakan cara jahat untuk mencapai impian mereka ! Dan mengikut pendapat dan pemerhatian aku, cara tersebut adalah







  1. Mereka membuat satu kontroversi tentang blogger blogger lama ! Haihh.. contoh la kan, cakap buruk buruk tentang blog insan tersebut. Lepas tu mesti ramai yang komen kan? Hah.. Ada yang backup , ada yang kutuk. Well.. Cara camni cara paling bangang sekali.. Menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri . Haihhh

  2. Mereka gak membuka aib orang tertentu. Dalam erti kata lain membuka aib dengan cara menegur, menyebarkan cerita, mahupun membuat rantaian cerita. Korang faham kan? Tambah tambah insan yang terkena tu dah top dah ! Lagi lah diorang suka ! Kebanyakan daripada mereka ni banyak selindungkan diri disebalik profile or imej lain.

  3. Mereka suka memperlekehkan blog or orang lain. lepas tu siap ajak pembaca sekali join aktiviti bangang mereka tu. Huhh.. Orang camni la banyak menyusahkan orang lain.. pastu diorang tak sedar kesan die agak berpanjangan ! Haihhh





         Well itu sahaja yang dapat aku katakan tentang teknik teknik nak tarik pembaca dengan cara yang agak keterlaluan. Huhu.. Ingat ! Dunia ni bulat, pusing pusing mana pun tetap akan jumpa punya. Dan lagi satu Allah tu Maha Melihat dan Mengetahui. Jangan ingat mudah terlepas ! Ini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri serta orang lain ! Berblogging pun biarlah PROFESSIONAL ! Take care ! Hehe =)





            

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks