
..
Assalamualaikum dan selamat pagi wahai geng geng sengal ku! Sabtu, tentu ramai yang menyukai hari ini. Sebab hari ni cuti ! Dan aku pun tak yah pergi kelas ! hehe.. Korang dengar tak bunyi "kruk, krak" ? Tu bunyi perut aku rupanya. Abaikan ye bunyi tersebut. Nanti akan ku isi something, supaya bunyi tersebut hilang ditelan angin. hehe
okeh okeh, oleh kerana sekarang aku dah mandi, aku nak cerita something nih. Sebelum tu aku nak tanya, rumah korang ada tak shower yang panas tu? ala.. yang ada dua temperature tu, satu "WARM" satu "COOL". Ada kan? hehe tadi, time aku mandi, aku terkenang something tentang kampung halaman aku yang kat Kuantan tu. Korang nak tau tak, kat kampung aku tu mana lah nak ada air panas time mandi. hehe.. Semua air sejuk taw! dan, kekadang bila mandi, bukak je pili air pancut tu, air panas yang keluar untuk 3 saat, pastu baru kluar air sejuk ! hehe time tu rasa sangat selesa dan nikmat tak terkata woo.. Walaupun hanya untuk 3 saat mandi air suam/ panas, ia satu pengalaman yang best. Korang penah tak mengalami situasi sebegitu? hehe..
ni yang rasa rindu kat kampung nih! haihhhh ! nak balik !! =P
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks