Assalamualaikum. Haa.. Jumaat dah? Cepat betul masa ni berlari kan?
Dalam sekelip mata je ia bertukar dan berganti hari. Hmm .. sebab tu la ramai orang cakap,
masa tu tak menunggu kita walaupun satu saat. Nampak nya aku kena lebih menghargai masa lepas nih, sebab aku selalu gak pilih kasih dalam penggunaan masa yg menjerumus kearah "tidur" dan juga "DOTA" walhal aku nih sangat la mencintai masa sedalam dalam nya. Nak aje aku propose cik "Masa" supaya menjadi teman aku di kala susah dan senang. Boleh ke ?
Disaat masa ni berlari pergi meninggalkan kita, makin banyak la kejadian kejadian yang akan kita cipta, termasuk lah yang terjadi tanpa kita sedari. Contoh la kan, dulu, aku asyik baca je blog orang, pastu dengan muka blur klik sana klik sini, blur bila orang cakap tentang dashboard la,
HTML la, Nuffnang la, sekarang, aku yang dah ada blog, dan tau macam mana nak gunakan semua benda nih. Haihh... Boleh dikatakan, masa la "cikgu" berterusan aku dan korang kot ! hehe.. Dan lepas ni, apa lagi agaknya yang akan ditunjukkan oleh cik "masa" nih.
tetiba kan , aku rasa macam membebel plak kan? haha. Takpe lah kan, sekurang kurang nya , aku nak bagitau betapa pentingnya "Masa" nih. Kan dalam Quran pun ada sebut tentang masa nih. So.. better kita beringat ! Sebab masa kita kat dunia nih pun hanyalah satu "loan" yang akan ditarik balik olehNya bila bila je nanti. so... renung renungkan, dan selamat menunaikan Solat Jumaat ! =)'
.....

*Gambar dan waktu entri ni diterbitkan sama taw! hehe
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks