Aik !, kenapa tak tido lagi nih? dah malam nih tau ! mentang mentang la cuti esok kan ! Takpe takpe, oleh kerana esok hari cuti umum, maka dengan ini korang dibenarkan "overnite" sampai pagi ! hehe kita buat marathon tulis entri sampai pagi ! apa macam? boleh cipta rekod dunia tau tak? hehe.. Baru la blogger ni bleh jadi famous macam Famous Amous cookies tu ! Sedapp !.
Okeh, aku nak ceritera ni ! hehe Aku kan suka blogwalking ! Korang tengok la kat profile aku tu, ada berapa banyak blog yang aku follow ! hehe.. Aku pun tak mengira jumlahnya sebab aku malas nak kira. hehe.. Pengiraan itu suatu permasalahan buat aku, sebab ia membabitkan jumlah yang banyak dan nombor nombor itu membuatkan aku fening fening lalat ! hehe..
Takde lah, gurau je la! I love number very the much ! hehe..
Okeh, aku nak senaraikan 3 perkara yang buatkan aku rasa macam nak tarik rambut dan bulu kening bila BLOGWALKING. Diantaranya
Loading yang lama dengan widget widget yang cantik cantik, tapi sangat la slow untuk loading, ditambah tambah bermacam macam warna ! pink campur hijau, diadun dengan biru pekat, kemudian ditumis dengan kaler hitam. Perghhhh... memang mata aku akan jadi macam pakai spek 3D ! Blog macam nih aku selalu tunggu gak la, kalau loading dia asyik hang je, aku tekan butang pangkah untuk mengundi EXIT TAB
Yang kedua, aku ni suka cari tempat FOLLOWERS, sebab aku akan follow terus blog yang mana berkenan di hati ! so.. aku paling tak shuke bila aku cari tempat nak follow tu dan ia terletak kat tempat tempat tersorok ! Haihhh.. Letak kat bawah sekali tu yang takleh blah tu, dah la satu page ada 14 Entri ! korang bayangkan la aku nak scroll guna mouse uzur aku nih. Mouse aku ni dah nazak dah, tunggu nak kiok je ! pape pun, I lap U Mouse 10 hengget
Yang ketiga nih, Award melampau lampau ditambah dengan pop-ups yang menyerabutkan keadaan ! Tersilap klik je, keluar lagi satu tetingkap, pastu makin bertambah tambah pulak ! dah jadi macam Domino dah ! Tolak satu, semua jatuh ! haha.. memang aku rasa macam nak makan sirap je ! hehe..
So.. ini lah perkara yang aku tak suka ! Sebenarnya banyak lagi, tapi aku mention 3 je la..
malas nak bagi banyak banyak, nanti jemu pulak korang nak scroll sampai ke bawah ! hehe
oke la, aku pun da menguap macam buaya dah nih, Gudnite ye ! jangan lupa pasang ubat nyamuk ! =)

*huarghhhhh ! Ngantuk nyerrr !
Twitter
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks